Rumah Idaman Bayu Sutera (Celyn) Bandar Sri Sendayan


Bismillah,

Dulu aku pernah menyewa rumah selama 3 tahun. Bila difikirkan dan dicongak-congak balik, kan lebih baik jika aku boleh beli rumah terus. Bayaran bulanan pun hampir sama je value nya. Bukan apa, awal-awal dulu aku tak berani nak ambil risiko dan tanggung komitmen lebih-lebih lagi aku baru je mendirikan rumah tangga dan Jasmeen pun baru dilahirkan. Agak sukar untuk mengimbangi aliran keluar masuk kewangan. Tapi lama kelamaan aku bila aku rasa stabil, aku mula fikirkan ada lebih baik aku memiliki sebuah rumah mampu milik yang sama harganya dengan nilai sewa bulanan aku.


Then baru-baru ni aku ternampak iklan berkenaan sebuah kawasan penginapan baru yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Kenapa aku rasa ianya berbaloi ye? Tak jauh ke dari tempat kerja aku di Kuala Lumpur? Bayu Sutera (Celyn) ini merupakan projek di bawah selian syarikat pemaju Matrix Concepts Holding Sdn Bhd dan aku rasa berbaloi sebagai pelaburan jangka masa panjang uqntuk aku dan keluarga.


Menariknya korang hanya perlukan RM1,000 sahaja untuk membuat tempahan rumah idaman korang ni tau. Bagi perumahan Bayu Sutera (Celyn) ini fasa pertamanya dijangka bakal dilancarkan tak lama lagi pada Ogos 2021 dan akan siap sepenuhnya pada November 2022. So aku tak nak tunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah idaman aku kerana aku rasa berbaloi untuk aku milikinya sekarang.

LOKASI PERUMAHAN BAYU SUTERA YANG STRATEGIK


Walaupun aku bekerja di Kuala Lumpur tapi aku tak bimbang kerana mempunyai laluan aksesibiliti untuk aku ke tempat kerja memang banyak. Antaranya adalah seperti North-South Expressway (PLUS), Seremban-Port Dickson Highway, Senawang-KLIA Expressway (dalam peringkat cadangan pembinaan) dan KLIA Linkage.

HARGA RM100K LEBIH MURAH BERBANDING PERUMAHAN SAMA TARAF YANG LAIN


Lagi satu yang menariknya dengan perumahan Bayu Sutera (Celyn) ni, harga Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah serendah dari RM529,999 sahaja tau. Lebih murah RM100K jika hendak dibandingkan dengan kawasan perumahan lain yang sama taraf dengannya. Aku rasa agak berbaloi jika dilihat pada jurang perbezaan harga adalah lebih kurang 100K nilainya. Kadar faedah pinjaman dari bank juga rendah sekaligus tidak membebankan aku sebagai pembeli.

REKAAN RUMAH YANG SELESA UNTUK DIDIAMI
Bila aku lihat pelan lantai perumahan Bayu Sutera (Celyn) ni, aku rasa sesuai sangat dengan harga yang ditawarkan mereka. Ianya nampak selesa untuk jumlah ahli keluarga aku. Untuk pengetahuan korang perumahan Bayu Sutera (Celyn) ini ditawarkan 2 jenis unit rumah iaitu Type A/A1 dan Type B/B1. Kedua rumah ini merupakan 2 storey linked home, lot size 20'x70’ dan mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan kedua-dua jenis unit perumahan Bayu Sutera (Celyn) ini adalah bermula dari 2,142 kaki persegi tau.

Cuba bayangkan dengan bayaran lebih kurang RM1900++ setiap bulan sahaja aku sudah mampu memiliki kediaman sendiri. Adik aku pun beli rumah teres kat rumah aku di Bangi pada harga RM2500++ sebulan. Anggaran saiz rumah perumahan Bayu Sutera (Celyn) yang belum direnovate adalah 2,142 - 2,478 sq.ft. dan sebanyak 325 buah kesemuanya. Jadi better aku pilih rumah baru seperti perumahan Bayu Sutera (Celyn) ni. Kenapa korang perlu membayar sewa bulanan rumah sehingga RM2,500 ke RM3,000 secara bulanan, jika dengan nilai itu korang sudah mampu miliki rumah sendiri.

KEMUDAHAN PRASARANA & PUSAT KOMUNITI YANG MENARIK
Pada aku kemudahan prasarana dan pusat komuniti yang menarik juga adalah salah satu faktor kenapa aku memilih perumahan Bayu Sutera (Celyn) ni. Penting untuk ada kolam renang dan taman permainan yang luas kerana Jasmeen suka tempat-tempat macam ni.


Di kawasan perumahan Bayu Sutera (Celyn) bukan hanya menyediakan taman permainan sahaja, bahkan fasiliti rekreasi juga turut disediakan seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, laluan refleksologi, gazebo, outdoor gym dan banyak lagi. Jadi tak perlu dah untuk kami keluar kemana-mana jika perumahan perumahan Bayu Sutera (Celyn)ini mampu memberikan segala yang kami perlukan di sini.


Selain daripada itu pembeli Perumahan Bayu Sutera (Celyn) juga akan diberikan keahlian PERCUMA d'Tempat Country Club. Antara fasiliti yang disediakan di d'Tempat Country Club ini adalah seperti kolam renang, gymnasium, mini teater, bilik sauna dan banyak lagi.  

Perumahan Bayu Sutera (Celyn) ini juga berdekatan dengan Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Terdapat juga pusat membeli-belah Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley. Dengar kata akan ada lebih banyak lagi pembangunan sedang dirancang oleh pemaju untuk membina institusi pendidikan, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain lagi di 


Bayu Sutera (Celyn) dikelilingi dengan pelbagai jenis fasiliti dan kemudahan yang manta. Jadi pada dasarnya penduduk tidak perlu bimbang tentang hal itu, kerana ia sedia untuk  digunakan oleh penduduk pada bila-bila masa sebaik sahaja mereka berpindah masuk.

So kalau korang pun berminat untuk memiliki rumah idaman korang di perumahan Bayu Sutera (Celyn) dan ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai fasa perumahan Bayu Sutera (Celyn), korang bolehlah layari :-




#BAYUSUTERA #BandarSriSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan 
#BSSDevelopment

2 Comments