PORT MAKAN FAMILY DI D'PALLET PLACE, CHERAS


Bismillah,

Hari ni aku nak share satu lagi port makan yang terletak di Jalan Hulu Langat, Cheras. D'Pallet Place ni betul-betul setentang dengan stesen minyak Petron Hulu Langat. Kalau korang nak lepak ngan kawan-kawan atau family, memang cun sangat tempat ni weh.



Berkonsepkan foodcourt, D'Pallet Place dilengkapi dengan 20 kiosk yang menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk korang cuba dari menu-menu tempatan, fusion, western, grill, arab dan banyak lagi. Haish rambang mata aku nak makan apa weh. Mujur la aku datang 4 family hari tu. Sorang satu menu haha.



Antara menu-menu yang boleh korang cuba sekiranya ke sana adalah seperti :


👉 Ayam Penyet Sambal Hijau (RM8)
👉 Ayam Penyet Sambal Merah (RM8)
👉 Bakso Beranak (RM15)
👉 Mee Kari (RM10)
👉 Ikan bakar (RM22)
👉 Sotong Bakar/kg (RM80)
👉 Nasi Arab Chicken Mandy (RM10)
👉 Chilli Giant Crab/Kg (RM60)
👉 Shellout / 2 pax (RM32)
👉 Cendol Durian (RM17)
👉 Coconut Shake (RM6)
👉 Ice Blended Mango (RM8)
👉 Set Buffalo Chicken Wing (RM13)
👉 Sup Gearbox Kambing (RM15)
👉 Laksa Sarang Special (RM9.50)
👉 Takoyaki 12 pcs (RM14)
👉 Ayam Cheese / 4 pcs (RM5)
👉 Dim Sum / 3pcs (RM4)
👉 Set Nasi Goreng Daging Kicap (RM14)
👉 Sizzling Yee Mee (RM9.90)
👉 Kopi Manshor (RM7)
👉 Kopi Terbalik (RM4)
👉 Big Cup (RM5)
👉 Sate

  1. Daging (RM1.20)
  2. Kambing (RM1.80)
  3. Ayam (RM1)



Apa yang sedap? Okay masa aku makan dan sempat rasa menu-menu family aku hari tu, aku rasa (Chilli Giant Crab) Ketam Nipah Chilli sedap. Ketam fresh, tapi sos dia pedas padu. 1Kg RM60, kalau 2kg RM100. Tapi memang sedap dan berbaloi lah dengan harganya. Shellout dia pun sedap cuma masa aku dapat hari tu dia punya lala tak fresh sikit.



Then aku recommend korang try gak dia punya Bakso Beranak dan Laksa Sarang Special. Portion banyak, condiment pun penuh. Tapi apa yang boleh aku katakan portion menu dorang besar-besar. Memang puas makan. Then sambal Nasi Ayam Penyet dia padu bhai. Jarang aku berpeluh-peluh makan sambal ayam penyet ni. Cendol sedap tapi dia guna isi durian yang di frozenkan. So korang sendiri boleh bezakan macamana rasa durian fresh ngan frozen kan?



Ikan bakar pun sedap dan fresh, sotong bakar dia padu terok. Sate pun besar dan tebal. Worth it la dengan harga dia RM1 secucuk untuk sate ayam. Abah aku suka dia punya Sup Gear Box. Betul-betul makan dia malam tu haha. Seronok dapat tengok mak ngan abah aku makan makanan kegemaran dorang malam tu. Siap ajak repeat lagi tu yang tatahan haha. By the way kepada coffee lover, korang memang kena try Kopi Manshor di weh. Syahdu bhai. Pekat likat, kaw bukan main.



Serius selama ni aku tak perasan pun ada foodcourt kat situ. Mungkin sebab aku lalu situ pun waktu siang, nak bawak family mandi Sungai Congkak. Foodcourt D'Pallet Place ni start buka petang hingga malam je.



Oh ye sebelum aku terlupa kat sini ada gak kemudahan tandas dan surau. Parkir terhad sikit dan kena berkongsi dengan kedai bundle kat sebelah D'Pallet Place ni. Setiap malam ada live band dan busking dan ada paparan skrin layar besar untuk tontonan pengunjung.



So kalau korang plan nak bawak family atau kawan-kawan, nak buat any event atau nak booking boleh lah wasap tuan Husni ni ye :

www.wasap.my/60176719565/nakbooking


D'PALLET PLACE
Jalan Hulu Langat,
Taman Kemacahaya,
43200 Cheras, Selangor

Google Maps :
https://maps.app.goo.gl/HtG576bM26un5eir6

Waze :
https://waze.com/ul/hw283kp4d6


Waktu operasi :
Buka setiap hari dari 3.30pm hingga 11.30pm


P/s : Hanya kiosk cendol je buka dari 12tgh hingga 10pm

#BotakMakan
#foodreview
#kitasupportkita


0 Comments