PORT SARAPAN PADU UNTUK PENGGEMAR MENU PANTAI TIMUR

Bismillah,

PORT SARAPAN PADU UNTUK PENGGEMAR MENU PANTAI TIMUR | Kak Su Nasi Kerabu Narak ni memang dah jadi port untuk tapaukan sarapan2 officemate aku. Sebab kat situ ada pelbagai jenis pilihan makanan, ada banyak lauk pauk dan berjenis2 kuih muih. Korang mesti teruja bila tengok pelbagai jenis makanan di depan mata korang nanti 😂😍


Antara killer menu kat sini of course la Nasi Kerabu dia. Korang kena padankan dengan lauk ayam bakar atau daging bakar dia. Aku suka nasi kerabu sebab sambal tumis dia tu. Dia punya solok lada pun besar weh, padat dengan isi ikan 😍👍

Selain daripada tu ada gak nasi lemak, nasi putih gulai ikan aya, nasi goreng, nasi dagang, mee goreng, mihun goreng, laksam, pulut ikan masin, pulut kuning, nasi ayam (kalau aku tak silap) dan banyak lagi la. Korang boleh jadi rambang mata tak tau nak pilih lauk apa sebab banyak sangat lauk pauknya haha 😂


Jangan kata lauk, dia punya kuih muih pun banyak. Antara kuih yang selalu aku tapau adalah keria gula melaka, karipap dan seri muka. Kuih2 dia harga standard RM0.50 sebiji kecuali pulut panggang je RM1 sebiji.
Sini memang sentiasa penuh orang. Jangan kata weekend, weekdays hari kerja pun orang pakat beratur. Kalau nak datang makan, kena datang awal. Jangan risau kat sini SOP ketat. Ada lane untuk mereka yang bungkus dan dine in. Ada abang rela jaga kat pintu masuk kedai.

Maaf aku takde contact no. tapi aku diberitahu dorang pun ada buat delivery thru Foodpanda dan Grabfood atas nama Nasi Kerabu Narak. Korang boleh la try cari dan order kat situ ye 😁👍
Kak Su Nasi Kerabu Narak
40, Jalan Cheras,
Kampung Sungai Sekamat,
43000 Kajang, Selangor


Waktu Operasi
Buka setiap hari kecuali Isnin
Dari 6.30AM hingga 2.30PM

#BotakMakan #foodreview #kitasupportkita



1 Comments