Beralihlah Ke Alternatif Bebas Asap Rokok


Bismillah,


Pagi tadi aku terpandang kereta yang berhenti di sisi aku. Kami menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Dia menaiki kereta Bentley. Cermin tingkapnya dibuka sambil tangannya memegang rokok. Dihembus-hembus asapnya keluar. Mujurlah aku pakai face mask. Kalau tak memang terbatuk-batuk dah. Aduh sayangnya kereta mahal-mahal tapi melekat dengan bau rokok. Betul ke orang kata lelaki kelihatan macho sekiranya merokok?



KENAPA AKU TAK MEROKOK

Ada sebab kenapa aku tak merokok. Ini kerana aku mengidap asma sejak kecil lagi. Aku rasa sekitar umur aku 3 tahun. Atuk aku (abah mak aku) pun ada asma. Dia kuat merokok dan penyakit asma dia semakin kritikal. Akhirnya atuk aku meninggal disebabkan serangan asma secara tiba-tiba. Pada ketika itu abah aku merupakan perokok tegar. Dia mula menghisap rokok semenjak habis sekolah lagi. 



KESAN BILA ABAH MEROKOK

Untuk pengetahuan korang, abah aku mampu habiskan sekotak rokok (20 batang rokok) dalam sehari sahaja. Aku tak tau la korang rasa hebat ke tak tapi aku rasa membazir. Badan abah aku bau busuk rokok, apatah lagi bau mulut dia. Giginya kuning dan bibir dia jadi birat kehitaman. Perwatakan abah aku pula berubah-ubah. Jika dia tak dapat hisap rokok, dia jadi tak tentu arah. Cepat je dia keluar beli di kedai walaupun dah lewat malam. Kalau kedai tutup atau tak jumpa rokok, dia jadi baran. Asyik nak marah je keje dia.


Aku pula diserang asma tak tentu masa. Kadang-kadang lewat malam pun boleh kena. Aku alah dengan bau rokok, habuk dan debu terutamanya habuk rokok. Aku kerap kena serangan asma disebabkan bau asap rokok abah. Kejadian waktu tu tengah malam. Masa tu klinik semua tutup. Masa tu abah terpaksa bawa aku ke klinik swasta kerana aku hanya rasi dengan ubat dari klinik swasta sahaja. Belanja ubat sahaja pun dah memakan puluhan ringgit (waktu itu). Dengan gaji abah masa tu, memang tak mampu nak tanggung kos perubatan aku setiap minggu.


Keadaan berlarutan sehingga aku masuk ke sekolah berasrama penuh. Aku selalu dibekalkan dengan ubat asma dan ubat batuk. Keadaan di asrama lebih baik berbanding di rumah. Tiada asap rokok dan lebih sihat untuk aku. Aku mengidap asma sehingga umur aku 17 tahun. Sebelum abah mengambil keputusan drastik untuk berhenti merokok!


BAGAIMANA ABAH BERHENTI MEROKOK

Kesan asap rokok dirumah bukan hanya berlaku pada aku, malah kepada mak. Sepanjang aku di asrama, rupa-rupanya keadaan mak semakin memburuk. Mak asyik batuk-batuk tanpa henti. Dadanya selalu sakit. Sama juga dengan kepalanya, seakan migrain. Dengan keadaan kesihatan mak yang semakin membimbangkan saban hari, abah semakin risau. Bila mak sakit, kerja rumah pun banyak tergendala. Setelah mendapat nasihat daripada doktor dan kawan-kawan terdekat, abah nekad untuk berhenti rokok.


Mula-mula nak berhenti dulu, badannya menggigil-gigil. Aku rasa mungkin sebab ketagihan rokok membuatkan dia jadi macamtu. Dia senang emosi dan mudah melenting. Tapi disebabkan mak, dia kuat. Cuba mengawal amarahnya. Dari sebulan, menjadi 3 bulan. Dari rokok di tangan, dia mula menggantikan gula-gula hacks hitam. Abah bukannya batuk-batuk sejak merokok. Dia pun ada batuk-batuk gak cuma dia ignore je. Biasalah degil kan? Then alhamdulillah abah totally berhenti menghisap rokok sehingga ke hari ini. Aku rasa dah 20 tahun jugalah dia berhenti merokok.


Bibir abah dah kembali cerah. Badan dan mulutnya tak lagi berbau. Tapi efek daripada 30 tahun dia menghisap rokok dulu, doktor mengesan ada kesan tompok-tompok putih pada paru-parunya. Doktor masih mengkaji dan abah masih mendapatkan rawatan di hospital kerajaan setiap 2 bulan sekali. Akibat merokok, abah menghidap darah tinggi, gout dan buah pinggang.



KESAN TABIAT MEROKOK KEPADA TUBUH MANUSIA

Sudah terbukti bahawa asap rokok mengandungi 6000 bahan kimia yang memudaratkan. 70 daripada bahan tersebut merupakan bahan karsinogen yang menyebabkan penyakit kanser.


Walaupun kita mengetahui bahawa asap rokok adalah penyebab utama kepada penyakit kanser, tetapi masih banyak kawan-kawan kita menganggap bahawa nikotin adalah bahan yang paling memudaratkan. Sebenarnya nikotin pada rokok merupakan punca yang menyebabkan seseorang itu menjadi ketagihan menghisap rokok, tetapi nikotin bukanlah penyebab utama seseorang itu menghidap penyakit-penyakit merbahaya akibat merokok.


Oleh itu, terdapat banyak pakar kesihatan awam bersetuju bahawa tobacco harm reduction products (produk pengurangan kemudaratan tembakau)  seperti heated tobacco products (“ HTP”, tembakau yang dipanaskan) memainkan peranan yang amat penting untuk menolong perokok untuk mengurangkan kemudaratan semasa mengambil nikotin melalui tembakau.



Untuk pengetahuan korang juga, asap rokok yang mengandungi bahan kimia yang memudaratkan boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada sistem pencernaan seperti kanser mulut, kanser esofagus an kanser pankreas. Oleh itu, untuk perokok yang hendak teruskan merokok, cubalah beralih ke alternatif seperti HTP.


BERALIHLAH KE ALTERNATIF BEBAS ASAP ROKOK

Aku nasihat bukan kerana aku marah. Tapi kerana aku sayang. Aku pun ada keluarga kawan-kawan. Aku pun tak mahu ada di antara keluarga dan kawan-kawan aku mati akibat penyakit yang disebabkan rokok satu hari nanti. Kita jaga kita okay?


Rujukan :


0 Comments