HANTOO STEAMBOAT & GRILL SYAHDU DI SANTAI SETIA ALAM


Bismillah,

Mana la tau korang terlajak ke sana kan, boleh la singgah kat Hantoo Steamboat & Grill, Santai Setia Alam ni 😍👍


Ada 2 set steamboat yang boleh korang cuba pada harga serendah RM30 sahaja. Bukan setakat steamboat sahaja, malah kalau korang nak makan menu-menu alakat lain pun ada gak tau. Antaranya ialah :

👉 Sotong Kangkung (RM15)
👉 Nasi Putih Blackpepper Kambing (RM17)
👉 Nasi Putih Spicy Korean Octopus (RM17)
👉 Nasi Putih Spicy Korean Ayam (RM13)
👉 Nasi Putih BBQ Kambing (RM17)
👉 Nasi Putih Ikan Dory (RM13)
👉 Nasi Putih Ayam Popcorn (RM13)
👉 Nasi Putih Oden Seafood (RM15)
👉 Bubur Nasi Baby Crab (RM13)
👉 Bubur Nasi Ayam (RM7)


Kalau aku kira la kan, hampir 30 jenis menu yang boleh korang cuba di sini. Kalau korang rasa tak cukup set steamboat dia tu, korang still boleh add on lagi bahan-bahan yang lain. Untuk set steamboat, dorang ada 2 jenis pilihan kuah iaitu sup ayam dan tomyam. By the way pada aku kedua-dua kuah tu tak berapa pedas pun so kanak-kanak pun boleh makan.


Then dia ada sediakan (3) jenis kuah perapan dan (2) jenis kuah cicahan tau. Kuah perapan yang dorang sediakan adalah :

👉 BBQ sos
👉 Black Pepper sos
👉 Spicy Korean sos

Personally bila makan steamboat dia, aku suka dip ngan spicy korean sos dia. Sos dia memang sedikit pedas so aku tak syorkan untuk anak-anak la ye. Then untuk menu alakat plak, aku rasa set Nasi Putih Black Pepper Kambing dan Nasi Putih Spicy Korean Octopus memang syahdu dan kena ngan tekak jawa aku haha 😂


Kambing dia tak berbau hamis dan tekstur dia lembut. Then Spicy Korean Octopus dia memang sedap. Memang kena la dengan rasa pedas sos korea dia tu. By the way tekstur ayam, kambing dan ikan dory dia rangup tau. Rasa rangup dia tu kekal walaupun dah digaul bersama sos-sos dia 😍👍


By the sebelum aku terlupa, killer kat Hantoo Steamboat & Grill ni juga adalah dia punya Sotong Kangkung. Dia punya rasa memang asli seperti korang makan Sotong Kangkung kat Penang tu. Rahsianya dia punya sos tu. Pergh lain macam bhai. Tak perlu pergi jauh-jauh ke Penang dah nak makan original Sotong Kangkung sebab kat sini pun ada dah 😍👍


Hantoo Steamboat dan Grill ni beroperasi setiap hari dari pukul 7.30PM hingga 11PM. Korang jangan risau bab parkir sebab parkir kenderaan banyak dan mudah. Caj parkir cuma RM2 je. Kat situ pun ada busking, tandas dan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung.


So jangan lupa bawa family dan kawan-kawan ke sini ye. Memang port terbaik untuk korang lepak dengan kawan-kawan sebaik habis waktu kerja atau makan bersama keluarga pada cuti hujung minggu.


Hantoo Steamboat & Grill
26, Persiaran Setia Dagang,
Bandar Setia Alam, Seksyen U13,
40170 Shah Alam, Selangor

Google Maps
https://maps.app.goo.gl/T5tKHJDwNWnfa3hD8

Waktu Operasi
Buka setiap hari
dari pukul 7.30PM hingga 11PM

Santai Setia Alam 

#BotakMakan
#foodreview 
#kitasupportkita

1 Comments

  1. Ada satu tu nampak macam ketam (kecik) goreng. Lama dah tak nampak ketam jenis ni

    ReplyDelete