RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula Daripada Musibah & Bencana

Bismillah,

Tahun 2021 yang lalu kita banyak mendengar pelbagai situasi buruk, keadaan ekonomi yang tidak stabil ditambah pula dengan cabaran pandemik dan diakhiri bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Aku sangat faham perasaan dan keadaan yang dialami oleh ramai orang di luar sana lebih-lebih lagi apabila aku merupakan salah seorang wakil komuniti di Bangi. Apabila dilanda musibah banjir di Selangor dan Bangi juga tak terlepas daripada terkena tempiasnya, masyarakat hilang punca apabila melihatkan kerosakan teruk yang tak pernah langsung mereka fikir akan terjadi selama ini.

Ini juga termasuk bangsa usahawan dan peniaga-peniaga apabila rata-rata mereka mendapati segala punca rezeki mereka habis musnah dalam sekelip mata. Bukan setakat itu sahaja malahan musibah 2021 turut memberi kesan kepada Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya apabila disahkan dijangkiti COVID-19.


Ibu mertua Dr Azizan sendiri telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir gagal untuk diselamatkan apabila doktor mengatakan yang beliau sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Alhamdulillah, keadaan kesihatan Dr Azizan Osman semakin hari semakin baik. Beliau tekad menggunakan peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT untuk memberi manfaat lebih banyak dan membantu membimbing usahawan untuk lebih berjaya lagi.


Tak berapa lama selepas beliau dikeluarkan daripada hospital, beliau sedang dalam proses pemulihan. Ketika itulah, Dr Azizan membuat keputusan untuk menjalankan PROGRAM PERCUMA dan beliau sangat komited. Program percuma ini telah yang dihadiri oleh ribuan peserta.


Program Percuma Tajaan RichWorks Sepanjang Pandemik 2021

Sebanyak 7 PROGRAM PERCUMA telah diadakan dan ianya bersamaan sebanyak 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan motivasi, tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam bidang keusahawanan dengan harapan orang ramai di luar sana dapat bangkit kembali kesan daripada bencana dan musibah yang mereka lalui sepanjang tahun lalu.


Secara keseluruhannya pada tahun lalu, RichWorks International Sdn Bhd telah dapat menyalurkan bantuan melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks dan membantu hampir 605,000 orang peserta pada tahun 2021.

Program percuma lain tajaan Richworks International juga adalah Wanita Bangkit Berniaga (WBB). Program percuma ini juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat dan kerap kali diiklankan di dalam radio sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya juga tak ketinggalan dalam memberi sumbangan kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu dan ianya telah berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM501,497 bagi membantu lebih daripada 2,000 keluarga yang terkesan.


"Tidak sekadar berhenti di situ, malah sumbangan kilat berjumlah RM500,000 turut dikumpulkan daripada usahawan-usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam tempoh 24 jam agar dapat disalurkan kepada mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

 

Menurut Radz, RichWorks prihatin bersama ahli Titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga turut menaja 9 orang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Tarim Yemen dengan nilai sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


Dalam pada itu, RichWorks International sebagai syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi utama mereka dalam membangun dan mengembangkan kebolehan usahawan-usahawan tempatan ke tahap yang jauh lebih tinggi.

 

Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah telah mencacah seramai 1,855 orang dengan hasil jualan terkumpul adalah sebanyak RM 3.7 bilion. RichWorks prihatin memastikan perjalanan usahawan mereka membuahkan hasil.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan telah berjaya menghasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta untuk 519 orang ahli Spire dan RM46.9 juta untuk 1,024 ahli EliteX.

Melalui program bimbingan Spire yang ditubuhkan RichWorks International, program ini berjaya menyediakan usahawan dengan capaian jualan RM1 juta pertama kali dalam tempoh setahun, dan sebanyak 72 orang usahawan telah berjaya mencapai target yang disasarkan.


Bukan itu saja, terdapat 77 buah bisnes yang bernaung di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih daripada RM10 juta, lima bisnes telah mencapai RM50 juta ke atas dan lima bisnes lagi telah mencapai RM100 juta ke atas pada tahun 2021.



Syukur di atas kejayaan hasil daripada bangkit daripada ujian yang dihadapi pada tahun 2021 lalu, ianya sedikit sebanyak memberi jalan kepada RichWorks dalam mempergiatkan usaha dalam memperkasakan lebih ramai lagi usahawan baru dan lama untuk tahun-tahun mendatang yang lebih mencabar insyaAllah.


Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.


0 Comments