Buffet Ramadan Serendah RM55 Di MZ Garden Hall, Bangi


Bismillah,

BUFFET RAMADHAN SERENDAH RM55 @ MZ GARDEN HALL, BANGI | So hari ni aku nak share promo buffet Ramadhan yang akan berlangsung di MZ Garden Hall, Bangi. Tahun 2022 ni menu-menu yang dorang ketengahkan berkonsepkan Citarasa 1 Malaysia. Buffet Ramadhan tahun ini akan dilakukan di 3 venue MZ iaitu :


👉 MZ Cafe, Sg Merab
👉 MZ Garden Hall, Sg Merab
👉 MZ D'Tasik Restaurant, UNITEN

Tempatnya luas, susun atur serba putih yang menarik dan dihiasi dengan bunga-bunga. Parkir banyak, ada kemudahan surau dan tandas. Kapasiti jemaah dalam satu-satu masa boleh menempatkan seramai 7 orang. Ada persembahan busker yang memainkan irama nasyid dan ketuhanan sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ikutkan MZ Garden Hall ni mampu menempatkan sehingga 800 orang tetamu dalam satu-satu masa. Tetapi buat masa ni hanya 400 orang tetamu sahaja yang boleh ditempatkan mengikut SOP yang dikeluarkan KKM.



Antara menu-manu yang dorang highlighkan tahun ni antaranya seperti Kambing Golek, Ikan Bakar, Chicken Chop, Roti John, Char Kuey Teow, Gulai Daging Kawah, Sambal Udang Petai, Roti Jala, Laksa Kedah, Lemang, Kerutuk Daging, Paru Balado, Fish Fillet Masak Sos Plum, Ayam Masak Cili Api dan Terung Berlada.



Selain daripada itu dorang juga ada hidangkan menu-menu lain seperti ulam ulaman kampung, kerabu kacang botol, kerabu kaki ayam, kerabu taugeh, tauhu sumbat, sambal tempe, rojak buah, sambal kering, sambal ketuk dan macam-macam lagi.




Untuk dessert plak korang boleh cuba Bubur Kacang, ABC, Cendol, Candy Buffet, aneka jenis kek, kuih muih tradisional, agar-agar, talam keladi, talam berlauk, puding dan banyak lagi.

Harga promo buffet Ramadhan aku listkan di bawah ni ye :

MZ CAFE & MZ GARDEN HALL
Early Bird (sehingga 3 April 2022)
Dewasa (RM55)
Kanak-kanak & Warga Emas (RM35)
Kanak-kanak 0-4 tahun PERCUMA

Harga Biasa (bermula 4 April 2022)
Dewasa (RM65)
Kanak-kanak dan Warga Emas (RM35)
Kanak-kanak 0-4 tahun PERCUMA


MZ D'TASIK RESTAURANT UNITEN
Early Bird (sehingga 3 April 2022)
Dewasa (RM65)
Kanak-kanak & Warga Emas (RM35)
Kanak-kanak 0-4 tahun PERCUMA

Harga Biasa (bermula 4 April 2022)
Dewasa (RM75)
Kanak-kanak dan Warga Emas (RM35)
Kanak-kanak 0-4 tahun PERCUMA

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaaan berkenaan buffet Ramadhan, bolehlah wasap nombor ni bawah ni ye 😁👍



Atau boleh check update thru laman-laman sosial dorang di bawah ni 😁👇

Facebook MZ Garden Hall 
Instagram @mzcafebangi

#BotakMakan
#buffetramadhan2022
#promosibuffetramadhan
#foodreview

0 Comments