Buffet Ramadhan 2022 @ Novotel KLCC


Bismillah,

Rezeki kita tahun ni dapatlah merasa kembali kemeriahan Ramadhan. Bukan setakat berpuasa dan mengerjakan ibadah- ibadah seperti solat tarawih semata-mata, malah insyaAllah tahun ni kita juga dapat menikmati pelbagai jenis juadah di bazar-bazar Ramadhan dan juga promosi-promosi buffet Ramadhan yang disediakan oleh hotel dan restoran-restoran di seluruh negara. So Hari ni aku nak share satu lagi promosi buffet Ramadhan yang disediakan oleh Novotel Kuala Lumpur untuk tahun 2022 ni.


Tahun ini Novotel Kuala Lumpur mengetengahkan signature dish daripada chef-chef mereka sebagai menu-menu tarikan utama bagi mereka yang ingin mencuba promosi buffet Ramadhan mereka tahun ini.


Antara menu-menu hasil tangan chefnya adalah seperti Kambing Bakar Percik Cheese Leleh, Ikan Siakap Kerabu Mangga, Ayam Kapitan Melaka, Lautan Panggang, Satay Temoyong, Char Kuey Teow Lambung dan Sup Huru Hara.



Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menikmati hidangan lain seperti Sup Rawon, Sup Daging, Sambal Jawa, Ayam Percik, Ayam Goreng Berempah, Sotong Kangkung, Udang Masak Lemak, Rojak Pasembor, Rojak Buah, aneka jenis kerabu, cucur sayur dan banyak lagi.



Untuk hidangan sampingan dan pencuci mulut pula, pengunjung boleh mencuba menu-menu seperti ABC, bubur pulut hitam, pengat pisang, aneka jenis kek dan pastri, kuih muih tradisional, jeruk buah, aiskrim, minuman panas, air kordial, puding, tart, mango cheesecake, aneka buah potong dan pelbagai jenis lagi.



Sepanjang bulan Ramadhan ini, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan busker. Surau untuk tetamu juga ada disediakan di tingkat 3 hotel. Harga yang ditawarkan untuk buffet Ramadhan Novotel Kuala Lumpur tahun ini adalah seperti yang tertera di bawah :


EARLY BIRD
Dewasa (RM100)
Kanak-kanak/Warga Emas (RM60)

HARGA BIASA
Dewasa (RM128)
Kanak-kanak/Warga Emas (RM76.80)


Promosi Early Bird sehingga 31 Mac 2022 sahaja. Ini bermakna bermula 1 April 2022 sehingga 29 April 2022, harga biasa akan dikenakan kepada setiap tetamu yang ingin membuat tempahan.


Selain daripada itu, Novotel Kuala Lumpur juga ada menyediakan pakej Stay & Dine di mana pengunjung boleh membuat tempahan penginapan beserta sahur dan buffet Ramadhan untuk 2 orang pada harga RM398 sahaja. Tempahan untuk promosi Stay & Dine ini bermula dari 11 April sehingga 29 April 2022 sahaja.


Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, bolehlah hubungi terus nombor di bawah ni atau hantar ke alamat emel yang dilampirkan di bawah.

NOVOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Kia Peng,
50450 Kuala Lumpur

Google Maps

Contact : 603-21470888

#BotakMakan
#foodreview

0 Comments