BUFFET RAMADHAN @ ALIYYAH CASTLE WEDDING & EVENT, RAWANG


Bismillah,

Haa kali ni aku nak bawa korang ke Rawang plak kerana di situ ada berlangsungnya promo buffet Ramadhan oleh Aliyyah Castle Wedding & Event. Berpengalaman luas sebagai syarikat katerer, tahun ini mereka cuba untuk mempromosikan menu-menu masakan mereka melalui buffet Ramadhan pula.


Bertemakan Semarak Ramadhan ; Barakah Dicari Pahala Diraih, mereka cuba mengetengahkan menu-menu tradisional tempatan dan Malaysia. Lebih 60 jenis menu akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan ini dan menu-menunya akan diselang selikan setiap hari.


Antara menu-menu utama yang boleh korang nikmati di sepanjang Ramadhan ini adalah seperti Kambing Golek, Nasi Arab Mandy, Oden, Mee Rebus, Soto Nasi, Pecal dan banyak lagi. Selain daripada itu korang juga akan disajikan dengan lauk pauk tradisional seperti Ikan Bakar, Daging Masak Hitam, Asam Pedas Daging Tetel, Gulai Kawah, Sambal Sotong dan Daging Salai Masak Lemak.


Bukan itu sahaja malah menu-menu lain seperti Ayam Masak Merah, Sambal Udang Petai, Ayam Goreng Berempah, Lala Masak Pedas, Ikan Dory Masam Manis, Dory Buttermilk, Terung Berlada, Lemak Ikan Masin dan ulam ulaman juga turut dihidangkan kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadhan nanti.


Manakala sebagai hidangan pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis kuih muih tradisional, kuih talam, bubur pulut hitam, bubur jagung dan macam-macam lagi. Di sana juga ada diselingkan hiburan halwa telinga daripada busker. Tandas dan ruang solat pun ada disediakan. Jangan risau soal parkir kerana ruangan parkir kenderaan ada disediakan di sana.


Harga yang ditawarkan untuk dewasa RM75/nett dan RM55/nett untuk kanak-kanak. Tetapi untuk PROMO EARLY BIRD, harga yang di tawarkan adalah RM65/nett untuk dewasa dan RM45/nett untuk kanak-kanak. Promo EARLY BIRD ini berlangsung sehingga 31 Mac 2022 dan tertakluk kepada 500 orang terawal sahaja.



Untuk kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA dan buffet Ramadhan ini bermula dari 6 April hingga 1 Mei 2022, dari pukul 6.30PM sehingga 10.30PM. Untuk sebarang pertanyaan atah tempahan, boleh wasap nombor di bawah ni ye.




Aliyyah Castle Wedding Event 
3, Jalan Anggun City 1, Sungai Bakau,
48000 Rawang, Selangor

Google Maps


#BotakMakan #foodreview #buffetramadhan2022 #promoramadhan #buffet2022 #ramadhankareem

1 Comments

  1. Dah macam pi majlis kawin ek konsep dia, best ni suasana macam ni.. banyak pilihan menun ada..

    ReplyDelete