BUFFET RAMADHAN @ THE VENUE SHAH ALAM


Bismillah,


Haa kali ni aku nak bawa korang ke Shah Alam plak kerana di situ ada berlangsungnya promo buffet Ramadhan oleh The Venue Shah Alam. Berpengalaman luas sebagai syarikat katerer, tahun ini merupakan tahun ke-2 mereka cuba untuk mempromosikan menu-menu masakan mereka melalui buffet Ramadhan yang bertempat di Tingkat 2, Plaza Alam Sentral.

Bertemakan 'Riang Ria Ramadan', mereka cuba mengetengahkan menu-menu tradisional tempatan dan Malaysia. Lebih 50 jenis menu akan dihidangkan sepanjang bulan Ramadhan ini dan menu-menunya akan diselang selikan setiap hari.


Antara menu-menu utama yang boleh korang nikmati di sepanjang Ramadhan ini adalah seperti Kambing Golek Power, Apam Balik Utara, Shellout Seafood, Daging Masak Lemak Cili Padi, Lala Masak Pedas, Gulai Kawah Daging dan banyak lagi. 


Di sana juga ada diselingkan hiburan halwa telinga daripada Live Band OJKustik dan turut dihoskan oleh Abg Dee Jangan Ketawa. Tandas dan ruang solat pun ada disediakan. Jangan risau soal parkir kerana ruangan parkir kenderaan ada disediakan di sana.


Menariknya buffet Ramadhan tahun ini, pengunjung berpeluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM20,000. Antara penaja-penaja cabutan bertuah kali ini adalah seperti Galeri Ariani, Empire Classic Furniture dan Tupperware.

Harga yang ditawarkan untuk dewasa RM88/nett, RM49/nett untuk kanak-kanak dan RM800/table dengan kapasiti 10 orang. Tetapi untuk PROMO EARLY BIRD, harga yang di tawarkan adalah RM66/nett untuk dewasa, RM46/nett untuk kanak-kanak dan RM600/table dengan kapasiti 10 orang. Promo EARLY BIRD ini berlangsung sehingga 31 Mac 2022.

Untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA dan buffet Ramadhan ini bermula dari 3 April hingga 1 Mei 2022, dari pukul 6.30PM sehingga 10.30PM. Untuk sebarang pertanyaan atah tempahan, boleh wasap nombor di bawah ni ye.



www.wasap.my/60198585825/bufetramadanTVSA


Buffet Ramadhan @ The Venue

Tingkat 2, Plaza Alam Sentral

Jalan Majlis, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor


Google Maps

https://maps.app.goo.gl/RTLHrWQLwFG4oa3q8


#BotakMakan #foodreview #thevenueshahalam #eventspace #buffetramadhan2022 #buffetramadhanthevenue



1 Comments