BUFFET RAMADHAN @ LUGAR DE LA BODA, PUCHONG

Bismillah,


BUFFET RAMADHAN @ LUGAR DE LA BODA, PUCHONG | Kepada mereka yang masih tercari-cari lokasi yang menyajikan menu buffet Ramadhan, apa kata korang masukkan juga lokasi ini ke dalam list korang. Tahun ini Lugar De La Boda telah dibuka kembali kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadhan ini.



Aku antara pengunjung tetap setiap kali mereka membuat promosi buffet Ramadhan. Tapi tahun ni aku nampak persiapan mereka lebih meriah dan cantik. Dah ada surau untuk lelaki dan perempuan, tandas yang selesa dan susun atur hidangan buffet yang menarik.



Antara menu-menu utama yang boleh korang cuba nanti adalah seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang' dan banyak lagi.




Bukan itu sahaja, mereka juga turut menghidangkan pelbagai variasi kerabu, aneka kerepek-kerepek, ulam ulaman, jeruk, desserts dan kuih muih tradisional. Pengunjung juga boleh memilih aneka jenis air balang atau minuman panas sebagai pembasah tekak sewaktu berbuka nanti.




Ada 11 stall makanan dan 'Live Cooking' yang aku pasti menarik perhatian korang di sana nanti antaranya seperti 'Kambing Grill Hanana dan Blackpepper Sauce', 'Roti John Adik Manis', 'Char Kuew Tiaw Abang Tanjung','Dim Sum Cheng Ho', 'Tepanyaki Tokyo', 'Noodle Station', 'Air Balang Pasar Malam', 'ABC Mountain', 'Fried Corner', 'Ais Krim Corner' dan 'Soup Of The Day'.



Harga yang ditawarkan bagi dewasa adalah RM69, manakala kanak-kanak dan warga emas adalah RM35. Bagi yang ingin menempah satu meja terus (maksimum 8 pax) harga yang ditawarkan adalah RM520.



Untuk sebarang tempahan, korang boleh lah hubungi nombor-nombor dan person incharge di bawah ni ye 😁👇



016-3111074 (ZURAINI)

016-4318434 (LIANA)

016-6700473 (SHAIDATUL)

016-6700752 (HANIS)

016-6700457 (FARAH)

016-6700471 (AIDA)



Lugar De Laboda,

Jalan Puchong Utama 6,

Taman Meranti Jaya,

47150 Puchong, Selangor


Facebook : @buffetramadhanselangor2022 

Facebook : @lugardelaboda 


#buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetramadhan2022

#buffetramadhanhanana

#buffetramadhan

#buffetramadhanmurah

1 Comments