NIKMATI MENU HARGA BAJET DI RESTORAN MJ KOK SELERA

Bismillah,

Semalam aku singgah satu restoran ni kat area Simpang Balak, Kajang. Actually lokasi restoran ni bebetul tepi traffic light simpang 4 selepas korang amik susur kiri lepas Tol Sg Balak.


Aku suka vibe restoran ni macam kedai2 makan kampung je. Best kalau nak ajak kawan lepak2 sambil ngeteh. Open air, tepi jalan. Lagi best menu2 kat sini semua harga bajet. List menu dia pun boleh tahan banyak gak 😍


Kat sini ada char kuey teow, kerabu maggi, masakan panas, tom yam, western dan air ikat tepi viral. Nasi goreng merah dia sedap. Nampak biasa2 je tapi pedas. Perghh mengimbau betul la sebab nasi goreng merah dia ni macam nasi goreng yang arwah nenek aku masak dulu2 😍😭




Kerabu maggi dia pun sedap. Tekstur maggi dia kenyal, tak overcooked dan tak lembut sangat. Condiment pun banyak. Ada lala, sotong dan udang kalau tak silap aku. Rasanya pun takde la terlalu masam sangat.



Kalau anak2 korang nak makan western pun ada gak kat sini. Tapi aku ingatkan ni kedai kampung je tau. So janganlah letak high expectation. Rasa setanding dengan harganya yang bajet. Tapi okay la bagi yang ada family besar dan anak ramai. Jimat banyak sebenarnya kalau makan kat sini. Even set talam western dia paling murah pun RM19.90 je 😍👍



Kat situ pun ada Mango Float dan Bingsu Fruity. Dia punya Bingsu Fruity macam ABC je tapi ada buah2 atas dia. Ais dia takde la halus macam real bingsu tapi harga baru RM7 😍 Mango Float dia pun sedap, isi mangga banyak. Kalau air ikat tepi viral harganya RM4. Ada waffle dan rojak buah gak.


Lupa plak ada satu lagi yang boleh korang cuba. Dia punya char kuey teow boleh tahan gak. Portion besar, harga murah. Aku makan char kuey teow special ada 5 ekor udang galah dan telur mata. Harga RM12. Kalau biasa RM7. Macam aku kata dorang menang tang harga murah dan portion yang banyak. Berbaloi untuk mereka yang punya family besar 😍👍


Buat masa ni korang boleh dine in je sebab delivery Grab, Shopee Food dan Foodpanda start bulan depan. Apa2 korang boleh wasap puan Mye Nadiea untuk tempahan atau pertanyaan ye 😁👇



Mj Kok Selera Kajang 
Simpang Balak,
43000 Cheras, Selangor

Google Maps

Rate Google : 4.4/5⭐

#BotakMakan
#foodhuntMY

0 Comments