Resipi Mudah Sushi & Tom Yam Udon

Bismillah,

Jasmeen memang hantu sushi. Kalau keluar ke mana-mana mesti dia akan cari sushi. Ni bila cuti sekolah ni, aku rasa nak ajak dia buat sushi sendiri la. Lagipun kalau buat sendiri lebih puas dan boleh buat ikut citarasa dia. Bila dia tau plan aku nak buat sushi, kemain happy dia.



Bila melibatkan makanan-makanan import dari luar ni, apa yang aku risaukan adalah status halalnya tu. Susah nak cari produk sushi yang betul-betul halal. Mujur la kawan aku ada kongsi pasal satu produk frozen food ni. Dia kata produk-produk ni halal dan ada macam-macam jenis. Korang biasa dengar KANIKA Frozen Food tak? Aku pun baru first time dengar ni. Lagi best kebanyakan produk-produk dia ready-to-eat tau. Lagi senang kerja aku ngan Jasmeen nanti haha.



Mana nak dapat? KANIKA Frozen Food ni keluaran HSH Frozen Foods Sdn Bhd. Produk KANIKA ini boleh didapatkan di hampir semua pasaraya di Malaysia. Bukan itu sahaja malah korang boleh dapatkannya secara atas talian juga melalui Shopee, LAZADA dan website KANIKA B2C. Harga produk- produknya juga cukup berpatutan. 





Actually masa aku nak beli ni dorang tengah buat promosi sempena Hari Bapa nanti tau. KANIKA ada sediakan bundle set di mana di dalam set promosi ni ada beberapa produk seperti :

1 x Black Jute Bag
2 x Udon
2 x Breaded Scallop 
2 x Sesame Salad Dressing
2 x Chuka Wakame 
2 x Chuka Hotate
2 x Chuka Idako





13 item dalam bundle set ni hanya RM127 je weh. 10% lebih murah berbanding harga biasa. Kepada kaki-kaki sushi cuba korang bayangkan berapa banyak sushi yang boleh korang buat dengan bundle set ni jika nak dibandingkan dengan beli siap. Serius banyak penjimatannya. Okay untuk promosi bundle set produk KANIKA ni kan berlangsung dari 6 Jun sehingga 18 Jun 2022. So sempat lagi kalau korang nak dapatkan produk ni tau.

So kat sini aku nak share resipi buat sushi dan Tom Yam Udon. Sushi tu aku akan buat Sushi Chuka Wakame, Sushi Hotate, Sushi Idako, Sushi Baby Octopus. Oh yang baby octopus ni aku beli asing sebab tak termasuk dalam bundle set KANIKA ni.


RESIPI SUSHI


Bahan-bahannya
1) Beras sushi
2) Dried seaweed (beli kat AEON)
3) Timun jepun
4) Bamboo mat (ada jual kat DAISO)
5) Chuka Wakame 
6) Chuka Hotate
7) Chuka Idako
8) Baby octopus



Cara-cara penyediannya

  1. Masak beras sushi dengan nisbah beras kepada air (1:2)
  2. Lepas beras masak, biarkan sejuk seketika.
  3. Basuh dan belah timun jepun secara memanjang.
  4. Lapik atas bamboo mat dengan dried seaweed. Kemudian ratakan dengan nasi sushi sebelum digulung bersama timun jepun.
  5. Potong sushi tadi kepada beberapa bahagian.


  1. Kemudian boleh la diletakkan topping Chuka Wakame, Chuka Hotate, Chuka Idako dan baby octopus.
  2. Bagusnya produk KANIKA ni ready-to-eat tau. Ia disimpan pada suhu sejuk beku dan bila nak guna korang perlu defrost sahaja.
  3. Dah siap dan sedia dihidang. Lagi sedap kalau diletakkan sesame salad dressing di atasnya.

RESIPI TOM YAM UDON


Bahan-bahannya
1) Udon
2) 1 sudu Pes Tom Yam
3) Serai dititik
4) Tomato dibelah 4
5) Dada ayam yang dipotong dadu
6) 2 gelas air

Cara-cara penyediannya

  1. Didihkan 2 cawan air terlebih dahulu
  2. Masukkan 1 sudu pes Tom Yam
  3. Masukkan dada ayam yang dipotong dadu
  4. Masukkan serai yang dititik. Kemudian masukkan tomato yang dibelah empat.
  5. Masukkan pula udon. Tunggu sehingga mendidih sebelum dihidang.

FRIED BREADES SCALLOP


Paling mudah resipi ni. Korang hanya perlu defrost breaded scallop ni. Kemudian panaskan minyak dan goreng secara deep fried pada suhu 150°C sehingga 170°C. Bila rupanya menjadi kuning keemasan, korang boleh angkat dan toskan minyaknya. Dah siap!



Senangkan resipi-resipi yang aku kongsikan tadi. Macam udon tu, korang boleh pelbagaikan resipinya. Korang boleh goreng, buat Mee Kari atau pasta. Terpulang sebab apa-apa resipi yang korang buat tetap sedap dan masuk dengan selera rakyat tempatan.





Untuk keterangan lanjut, korang boleh layari:-


Atau boleh terus hubungi:

Kanika Malaysia@Selayang
Block K, Lot 46903,
Jalan Taman Perusahaan Selayang.
68100 Batu Caves, Selangor


Nombor untuk dihubungi :

1300-88-0707
010-2117549
012-9897424


Email:

#kanikamalaysia #premiumquality #frozenfood #freedelivery #easyrecipe #easypreparation #japanesefood #chuka #appetizers #snackfood #halal #sesamesaladdressing #breadedscallop #udon #chukakurage #food #yummy #delicious #easycooking #onlyinkanika #idako #kurage #wakame #hotate


1 Comments