Port Ikan Bakar @ Coffee Village, Desa Saujana Putra

Bismillah,

KIOSK KECIK JE TAPI IKAN BAKAR DIA PADU | Kalau korang ke Coffee Village Desa Pinggiran Putra, aku suggest korang pekena ikan bakar kat situ. Actually ikan bakar tak sekali ngan Coffee Village tu tau. Coffee Village hanya provide masakan panas dan ikan bakar ni kat kiosk Khayra Ikan Bakar.


Bukan setakat ikan bakar, kat kiosk tu pun ada set seashell. Set seashell ni macam set shellout gak la dan ada 2 jenis :

• Seashell Pedas
• Seashell Pedas Petai
• Seashell Buttermilk




Harga aku ada share dalam gambar kat bawah ye. Tapi personally aku suka ngan set seashell buttermilk dia. Pekat dan sangat creamy. Even abah aku pun suka tau. Jarang-jarang abah aku makan buttermilk ni 😂 Oh kerang bakar pun ada gak tau.



Pes ikan bakar dia pun sedap. Kalau korang sukakan ikan bakar dengan tekstur moist-moist gitu haa sini port terbaik. Ikan bakar dia tak kering dan boleh rasa lembut isi ikannya. Harga dia pun boleh tahan murah. Tak expect plak kiosk kecik je tapi ikan bakar dia sedap. Recommended! 😍👍




Buat masa ni korang boleh order thru Lalamove je. Korang boleh wasap tuan Falah Zahari untuk order atau sebarang pertanyaan ye 




Khayra Ikan Bakar @ Coffee Village
Exit Persiaran Selatan,
Desa Pinggiran Putra,
43000 Kajang, Selangor

Google Maps

Waktu operasi
Buka setiap hari
Dari pukul 5PM hingga 11PM


#BotakMakan #foodhuntMY

0 Comments