STAYCATION @ MERCURE LIVING PUTRAJAYA

Bismillah,

Actually hotel ni baru mula beroperasi 1 Julai 2022 hari tu selepas ditutup sejak bermulanya PKP 1 pada tahun 2020. Yup betul sebelum ni under Shaftsbury tapi selepas diambil alih oleh Accor, dorang rebranding balik hotel ni menjadi Mercure Living Putrajaya.


Hotel ni merupakan 1st living concept hotel di Malaysia. Kind of serviced residence jugak la. Ada ruang tamu, bilik dengan kelengkapan rumah seperti :



• Penghawa dingin
• Water heater
• Peti sejuk
• Mesin basuh
• Microwave
• Dapur
• Periuk nasi
• Meja makan untuk 4 orang
• Sofa
• TV di ruang tamu dan bilik
• Pinggan mangkuk & cawan
• Periuk dan kuali
• Exhaust fan
• Blower
• Sudu & garfu
• Safe box
• Seterika dan papan seterika
• Plug point with charger
• Sejadah dan arah kiblat
• Tuala
• Toileteries


Kira korang masuk rumah tu memang lengkap la. Bukan setakat tu je, ruangnya juga luas dan juga bersih. Sangat selesa bagi mereka yang menginap bersama keluarga. Aku diberitahu yang rumah yang aku sewa ni mampu menempatkan sehingga 8 orang dalam satu-satu masa. Korang kena bawa toto sendiri je la. Kami dibekalkan dengan 2 biji bantal setiap orang dan bantal dan tilam dia pun empuk.



Okay dinner korang boleh makan kat restoran Volcano Shabu-Shabu kat level bawah hotel atau boleh ke Alamanda Mall Putrajaya yang lokasinya setentang je dengan hotel ni. Ada flyover untuk cross ke Alamanda Mall tu. Tak pun boleh makan kat Mc Donalds dan kopi-kopi di Starbucks yang terletak di bawah hotel tu je.



Sarapan plak di Restoran Volcano Shabu-Shabu. Actually Restoran Volcano Shabu-Shabu ni under management hotel ni la. So korang nak makan dan pesan apa, restoran ni la yang akan sediakan. Menu dinner dihidangkan secara buffet dan rate dia adalah seperti berikut :

DINNER
RM75/dewasa
RM55/kanak-kanak

LUNCH
RM65/dewasa
RM45/kanak-kanak

By the way breakfast plak bukan buffet tau. Breakfast berkonsepkan alakat. Korang boleh pilih set Asian ataupun American. Harga breakfast aku tak sure berapa sebab aku booking bilik tu siap breakfast untuk 3 orang RM372 dah.



Untuk set Asian, ada beberapa pilihan menu seperti Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan Nasi Lemak. Aku tak sure plak kalau dorang rotate menu ni everyday. Untuk set American plak, ada 2-3 pilihan english breakfast. Then korang akan diberi roti dan dessert, buah buahan dan pilihan air jus seperti fresh orange dan mangga. Kalau nak minum kopi, boleh buat sendiri di mesin kopi.


Antara fasiliti-fasiliti yang boleh korang guna secara PERCUMA sewaktu menginap di hotel ni adalah seperti :

• Kolam renang
• Sauna
• Steam room
• Gymnasium



Then sebelum pintu masuk ke kolam renang plak ada Spa jugak tau. Actually wife aku sempat buat massage full body kat Spa tu hari tu. Harga asal RM158 tapi after 20% diskaun dapatlah harga RM118 macam tu. Nice gak wife aku kata. Di terus tuju kat bahagian-bahagian yang kita lenguh dan sakit.



Parking plak korang guna TNG dan boleh validate kat receptionist time nak keluar. Lupa nak bagitau sabun basuh baju korang kena bawa sendiri. Kalau nak beli kat kaunter receptionist harga dia RM15 huhu. Sejadah dan arah kiblat disediakan. Nak naik ke hotel kena touch room card. Cuma kalau nak turun je tak perlu touch. Dorang bagi 2 room card untuk setiap bilik. Ada beg dobi, selipar bilik dan mini bar. Penghawa dingin dan peti ais super sejuk haha. Okay ni untuk bilik aku stay hari tu 2712.



So kalau korang nak buat tempahan, boleh tempah secara online kat laman web dorang kat bawah ni ;


Kenapa kena booking kat webpage dorang? Tak boleh booking thru Agoda, Booking atau lain-lain webpage? Eh boleh apa salahnya cuma aku dah riki tempah thru webpage Occor tu (Mercure Living Putrajaya sendiri) lebih murah RM50++ berbanding webpage lain. Lagipun harga yang korang dapat tu termasuk breakfast tau. Tempat lain kena add on breakfast. Kan lebih jimat.

Pada aku berbaloi kalau korang punya family yang ramai. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan repeat balik sebab memang puas hati dengan kebersihan, kelengkapan, kemudahan yang disediakan di hotel ni. 5 bintang rate dia di Google!


MERCURE LIVING PUTRAJAYA
Blok A, Menara Shaftsbury
Jalan Alamanda, Presint 1
62000 Putrajaya

#BotakTravel #HotelMalaysia #MercureLivingPutrajaya

0 Comments