TinyTAN Message Chocolate Ver.2 Edisi Khas BTS


TinyTAN Message Chocolate Ver.2 Edisi Khas BTS | Khas untuk kipas-susah-mati BTS dan BTS Army. Ada berita baik untuk korang! Buat julung-julung kalinya korang akan menemui selebriti kesayangan korang dalam bentuk coklat! Amacam ada berani ke nak makan? Haha.


Tapi sebelum itu aku nak cerita sedikit bagaimana TinyTAN ini tercipta. TinyTAN telah dihasilkan oleh Big Hit IP Co yang mana merupakan salah satu anak syarikat pengurusan BTS, Big Hit Entertaintment. Ia telah dilancarkan pada 13 Oktober 2019 sebagai barang dagangan rasmi Big Hit dan merupakan salah sebahagian daripada barangan ekslusif BTS Pop-pup House of BTS di Twitter. TinyTAN pula merujuk kepada nama Korea bagi BTS yang berasal dari Bangtan Sonyeondan. TinyTAN merupakan tujuh  karakter yang dicipta berdasarkan pengaruh daripada sebuah kumpulan pop Korea yang terkenal di seluruh dunia iaitu BTS. Buat sekian kalinya TopzMall tampil menjadi pengedar semula “TinyTAN Message Chocolate Ver.2” yang rasmi.


TinyTAN atau lebih dikenali sebagai BTS ini mempunyai 7 ahli kumpulan iaitu :
  • RM
  • Jin
  • Suga
  • V
  • Jung Kook
  • J-Hope
  • Jimin

Disebabkan pengaruh kumpulan ini terlalu besar jadi TinyTAN dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat mereka di seluruh dunia. Maka terhasillah TinyTAN Message Chocolate Ver.2 yang mana ianya terdiri daripada empat jenis kotak coklat dengan bungkusan yang cantik dan berwarna warni serta menyampaikan mesej yang paling manis dan mengembirakan kepada semua die hard fans mereka.


TinyTAN Message Chocolate Ver.2 didatangkan dengan 8 keping coklat dalam setiap kotak. Pada setiap coklat telah dicetak dengan gambar watak-watak comel ahli kumpulan bersama mesej daripada mereka (7 ayat rawak dengan 49 gaya kesemuanya), dan 1 keping coklat lagi dicetak dengan logo TinyTAN. Masing-masing mengandungi mesej-mesej positif daripada setiap ahli kumpulan yang aktif disampaikan kepada dunia. Bukan sahaja dengan itu,  setiap kotak juga dilengkapi dengan pelekat 7 aksara yang  boleh dikumpulkan dan khas until peminat-peminat tegar kumpulan tersebut.

Terdapat 4 kotak berwarna untuk setiap set dan setiap warna membawa maksud dan pesanannya yang tersendiri :


Dynamite (Putih)
Menyampaikan mesej harapan dan ketenangan


Purple Holiday (Ungu)
Menyampaikan mesej penyembuhan


Wappen (Hitam)
Menyampaikan mesej empati


Sweet Time (Merah)
Menyampaikan mesej keberanian


Dapatkan Satu Set (Empat Kotak) TinyTAN Message Chocolate Ver.2 pada harga promosi RM499.00 dan dapat percuma Beg Penyejuk TinyTAN edisi terhad tau. Beg penyejuk ni merupakan edisi terhad dan kepada kipas-susah-mati BTS, korang kena dapatkannya selagi stok masih ada. Oh ye tawaran ini terhad bagi mereka yang membeli 4 set sahaja ye. Tapi kalau korang nak beli sekotak-sekotak pun boleh. Harga sekotak jadi RM130.


Macamana nak dapatkannya? Korang boleh layari laman web TopzMall atau muat turun aplikasi Yippi. Daftar akaun dan bolehlah mula membeli belah di sana. Oh lupa nak bagitau korang boleh dapat diskaun voucher sebanyak RM50 dengan menggunakan promo kod ni D50TTMC

By the way untuk pengetahuan korang, TopzMall merupakan platform e-dagang yang merentas sempadan Malaysia di mana ianya ditubuhkan pada Jun 2020 Konsep jenama yang diperkenalkan adalah ; Hidup Sihat Bermula dengan Gaya Hidup Berkualiti. Pelanggan boleh membeli-belah secara dalam talian 24/7 pada harga terendah dan menikmati pelbagai tawaran istimewa. TopzMall juga mempromosikan tawaran eksklusif bulanan serta tawaran istimewa untuk pembeli. Mereka juga menjalankan Kempen Jualan Dua Digit secara bulanan selain menjalankan acara jerayawara dan kedai flash pop-up. Malah di platform tersebut juga ada pesta pelancongan dan pakej pelancongan bagi mereka yang mencari tiket dan pakej-pakej percutian murah. Korang boleh dapatkan tawaran terhebat sewaktu pelepasan gudang dalam talian dan jualan akhir tahun

TOPZ & LANGGANAN
Ia merupakan program kesetiaan langganan tahunan khas untuk pelanggan-pelanggan setia TopzMall. Mereka akan berikan diskaun dan tawaran istimewa yang tidak dapat diakses oleh pembeli biasa. Kelebihan ini hanya untuk Pakej eksklusif bulanan untuk ahli Topz+ sahaja.

TOPZMALL X TOGAGO
TogaGo pula adalah platform tempahan pelancongan dalam talian sehenti di Malaysia. Ianya menawarkan lebih daripada 1.4 juta penginapan di seluruh dunia, tempahan tiket kereta api China, pakej pelancongan dan tawaran eksklusif. Ianya merupakan sebahagian ahli Matta Fair, Tourism Malaysia dan Malaysia Truly Asia. Melalui platform TogaGo ini, mereka menyediakan tawaran pelancongan termasuk hotel dan pakej pelancongan malah ada tawaran eksklusif pelancongan bulanan melalui kempen yang dilancarkan oleh TopzMall

TOPZMALL X PEMILIK JENAMA
TopzMall menyediakan platform untuk peniaga dengan bayaran subsidi RM10,000 untuk siri perancangan iklan pemasaran.
Mereka juga akan membantu untuk membuat publisiti secara percuma melalui platform media sosial. Selain daripada itu melalui platform e-dagang TopzMall ini, peniaga tak perlu khuatir untuk mempromosikan jenama dan hasil dagangan mereka kerana semuanya akan dilakukan oleh TopzMall itu sendiri.

Sebarang pertanyaan dan kerjasama, sila hubungi pegawai BD Team mereka yang bertanggungjawab:
 
Encik Nicholas Gan
Hubungi / WhatsApp: +60147352600
E-mel: nicholas.gan@topzmall.com 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati akaun media sosial kami di:

Laman Web Rasmi :



Yippi Program Mini : @Topzmall 

TikTok akaun:@TopzMallOfficial


Jika korang berminat, boleh klik pada link di bawah untuk mendapatkan TinyTAN Message Chocolate Ver.2 ni :




#TopzMALL #TinyTAN #BTS #MessageChocolate #MALAYSIA #ARMY  #TinyTANMessageChocolateVer2

0 Comments