PROMO Set Korea K-Crunch Marrybrown


Bismillah,

Sebagaimana yang korang tau setiap bulan Marrybrown pasti akan memperkenalkan menu-menu terbaru mereka. Jadi tak hairanlah Marrybrown sentiasa mendapat tempat di hati para pelanggannya kerana variasi menunya yang pelbagai dan dekat dihati rakyat Malaysia.


Untuk pengetahuan korang juga bulan Oktober ni Marrybrown akan launch promo terbaru dorang dalam siri kempen makanan 'Around The World' mereka. Kali ni mereka cuba mengetengahkan menu hidangan bertemakan negara Korea iaitu set K-Crunch.


Penggemar kini boleh seakan merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. Bagi penggemar burger, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.





Sebagai alternatif, jika anda meinginkan hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis akan membuat anda meminta lagi! Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dari RM26.50, lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Peminat juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan.


Pedas! Itu yang boleh aku simpulkan. Dia punya pedas lain maciam bhai ditambah plak dengan rasa manis sosnya tu yang mengekalkan citarasa asli sos korea sebenar.


Tekstur sosnya dia pekat likat. Tapi bila pour atas ayam goreng Marrybrown dan crispy chicken patty burgernya, rasa rangupnya tetap sama ye walaupun dibiarkan lama.


Kalau belum cuba, moh la bawa family pekena set hidangan K-Crunch ni di mana2 cawangan Marrybrown yang berhampiran



Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih dari 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Instagram : Marrybrownmy
YouTube : Marrybrown TV

#Marrybrown #MarrybrownMY #SomethingDifferent #MBKCrunchChicken #MBAroundTheWorld

1 Comments