PROMO GRILLED BUTTER CHICKEN KATSU HENSHIN THE CHICKEN RICE SHOP

Bismillah,


PROMO GRILLED BUTTER CHICKEN KATSU HENSHIN THE CHICKEN RICE SHOP | Aku tau pasal menu terbaru The Chicken Rice Shop ni pun masa aku pergi Tesco Kajang beli barang dapur. Aku perati apsal la ramai orang dok beratur. Rupa-rupanya ada menu baru. Aku memang tak pernah miss menu-menu kat The Chicken Rice Shop ni sebab setiap menu-menu yang dorang perkenalkan memang dekan dengan hati. Kena plak ngan citarasa dan tekak tempatan aku ni huhu.

Sedang elok aku pun tak beli barang dapur lagi kan. So order terus la menu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ni untuk menu makan malam tu. By the way aku nak inform menu terbaru TCRS Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dihidangkan dalam masa terhad dari 7 November 2022 sehingga 8 Januari 2022 sahaja. Aku 11 November 2022 lagi dah start beratur dah hahaha. Bukan apa teruja weh, tak sabar nak rasa.

Sedap weh Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ni. Dia punya ayam penuh dengan rasa adunan rempah. Buttermilk dia rasa unik dengan gabungan cili kering dan daun kari. Bila sekali rasa ni, rasa macam tak cukup plak. Sedap sangat. Berbaloi untuk korang cuba dan untuk mereka yang sukakan kelainan dalam menu-menu TCRS ni. 


Selain menjamu hidangan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Passion Henshin ni, TCRS juga akan mengadakan cabaran #GBCKatsuHenshin diplatform media sosial mereka di mana peminat-peminat TCRS berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di cawangan-cawangan TCRS yang berhampiran.


So korang jangan lupa bawak famili datang mencuba menu terbaru The Chicken Rice Shop ni iaitu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin sementara dalam tempoh promosi ni ye.




0 Comments