Nikmati Menu Hidangan Cina di The Emp, The Westin Kuala Lumpur



Hari tu aku kat Pavilion KL bawa family window shopping. Tetiba si Jasmeen request nak makan dumpling. Alahai nak mana la nak cari dumpling dalam Pavilion KL ni. Nak tak nak aku terpaksa google jugak la. Nice akhirnya aku jumpa chinese restaurant yang ada menyediakan menu dumpling kat area Bukit Bintang tu. Lokasinya di The Emp, The Westin Kuala Lumpur.



Lagi best The Westin Kuala Lumpur ni bebetul setentang dengan Pavilion. Perghh terbaik betul. Kami crossroad je dah sampai sana. Tak sampai 5 minit pun haha. The Emp ni merupakan restoran makanan cina. Dia baru beroperasi tahun ni. Aku lebih prefer makan restoran di dalam hotel sebab kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan untuk masakan lebih diyakini walaupun masih tiada status halal JAKIM.



The Emp ni besar, ada banyak ruangan. Untuk mereka yang nak makan di ruangan terbuka atau yang ingin makan di bilik-bilik yang lebih privasi. Harga menu-menunya juga affordable. Pada aku kalau pilih restoran dalam hotel, should be macam tu la harganya kan haha. Takkan nak expect harga mamak plak.



Dia punya dapur open kitchen. Kita boleh tengok chef-chef dorang memasak dan menyajikan makanan dari dalam. Nampak kemas dan bersih. Oh kat sini hanya ada ayam, itik dan seafood je ye. Tiada daging, pig or lard. 



Dekorasi restoran pun nampak mewah, ada ukiran-ukiran dengan kemasan berwarna emas, pasu-pasu dan hiasan daripada China. Kebanyakan pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pengunjung-pengunjung hotel yang berbangsa Cina juga. Kekok juga pada awalnya tapi mujurlah ada staf situ yang fasih berbahasa Melayu. Dia pun suggest menu-menu yang sesuai dan kena ngan citarasa kami orang Melayu.



Sementara menunggu menu sampai, aku pun ajaklah anak dan isteri aku pusing-pusing melihat suasana dalam restoran tersebut. Bilik-bilik private dorang besar tau. Setiap bilik mempunyai tema dan hiasan tersendiri. Biasanya aku lihat bilik-bilik macam ni di restoran-restoran mewah je. Ada bilik yang dilengkapi dengan flat screen TV dengan sound system. Memang nampak gak dan berada di dalam kelasnya tersendiri.



Ada juga bilik yang dilengkapi dengan sistem karaoke bagi mereka yang nak buat private event, event persendirian mahupun syarikat atau gathering. Memang sesuai sangat la kalau buat kat dalam bilik macam tu. Dah la luas, kerusi dan sofanya juga selesa.



Okay berbalik kepada menu yang aku pesan. Asalnya Jasmeen nak makan dumpling kan? Alih-alih banyak plak menu yang kami order haha. Antaranya :


  1. Deep-Fried Black Truffle Mushroom Yam Puff
  2. Wok-Fried Turnip Cake with Dried Shrimp
  3. Steamed Black Truffle Siew Mai Dumplings
  4. Deep-Fried Crispy Black Pepper Duck Dumplings
  5. Black Truffle Fried Rice with Japanese Scallops
  6. Red Ruby Bubur Cha Cha



Perghh sedap-sedap weh makanan kat sini especially dia punya dumplings. Rangup di luar, cair di dalam. Memang kena la ngan tekak dan selera kami. Betul la pilihan kami untuk makan dumplings kat restoran The Emp ni. Berbaloi-baloi!! Then aku tak boleh move on dengan Black Truffle Fried Rice with Japanese Scallops dia. Rasa macam Nasi Goreng Cina. Sedap dan portion dia sesuai untuk 3-4 orang makan. Then last korang boleh pesan Red Ruby Bubur Cha Cha sebagai pemanis mulut. Kombinasi ubi-ubi dijadikan bubur sejuk sangat sesuai dimakan sebagai hidangan pencuci mulut.



Then kepada mereka yang parkir kenderaan di dalam bangunan The Westin Kuala Lumpur, jangan lupa validate tiket korang di kaunter The Emp terlebih dahulu untuk dapatkan pengurangan bayaran. Okaylah dapat reduce harga parkir ke RM12 sahaja.



So kepada yang teringin nak cuba menu-menu masakan cina boleh la ke The Emp, The Westin Kuala Lumpur ni ye. Pasti korang teruja dengan hidangan-hidangan yang mereka sajikan di sini nanti.



The Emp

Level 1, The Westin Kuala Lumpur

Jalan Bukit Bintang

55100 Kuala Lumpur



0 Comments