INSTALL DASHCAM AZDOME SEMPENA CUTI PERAYAAN


Bismillah,

Time cuti perayaan macam ni lah seringkali kita dengar banyak berlakunya kes-kes kemalangan di jalanraya. Kalau bukan salah kita, sudah pastinya salah orang lain. Tapi minta dijauhkan la ye. Kalau boleh aku dan keluarga nak pulang dan kembali ke kampung halaman dalam keadaan selamat sahaja.


Aku dah lama plan nak pasang dashcam, tapi harganya boleh tahan juga. Ni ada rezeki lebih aku pasang juga la. Bukan apa, malang tak berbau. Aku pun ada famili. Kalau bukan aku yang drive, wife aku yang bawa kereta tu. Kalau kena pada aku, insyaAllah aku boleh handle tapi kalau kena pada wife aku? Dah tentu dia lebih takut dan cemas. Jadi nak tak nak dashcam memang perlu ada dipasang pada setiap kenderaan. Bukan nak cari salah orang tetapi lebih kepada melindungi diri sendiri dan keluarga.


Aku dah riki-riki, dashcam brand Azdome ni kena ngan range bajet aku. Kalau korang tengok harganya di Shopee dalam RM169 hingga RM274. Kalau RM169 tu dashcam depan sahaja tanpa memori kad. Yang aku beli ni RM219 ada kamera depan, kamera belakang dan memori kad 32GB. Aku pasang sendiri sebab senang je. Lagipun dorang dah siap bagi guideline cara pemasangan.


Aku tengok spec dia boleh tahan padu gak. Antara ciri-ciri dashcam Azdome ni adalah seperti :

1) Menggunakan Mstar prosesor yang lebih multitasking, mampu support dual recording dan menghasilkan gambar yang lebih terang.

2) Kamera dia menggunakan 6 lapisan cermin yang bertindak sebagai membetulkan cahaya, menambahkan ketajaman, menyekat gangguan, meningkatkan ketelusan cahaya, membetulkan warna dan memfokuskan cahaya.

3) Boleh check rekod rakaman serta merta dengan mudah.


4) Saiz paparan 3 inci, menggunakan bateri 250mAH, resolusi 1296P, disertakan sekali 2 port usb charger, 2.4A output pintar, ada screen saver dan sangat ringan.

5) Untuk kamera belakang ada paparan parking assist line. 


6) Capahan paparan sebesar 150° untuk kamera depan dan 130° untuk kamera belakang.

7) Korang boleh setup untuk dual recording view. Kiranya bila dashcam dihidupkan, pada paparan dashcan korang boleh lihat video bahagian hadapan dan belakang kereta serentak.


8) Dilengkapi dengan ADAS safety system. Peranan ADAS adalah untuk mencegah kematian dan kecederaan dengan mengurangkan jumlah kemalangan kereta dan kesan serius yang tidak dapat dielakkan.

9) Korang boleh install aplikasi Azdome di Google Playstore atau di Apple Store. Melalui aplikasi ni korang boleh muat turun video dan lihat video-video yang telah dirakam dashcam korang.

Nak pasang pun mudah sebenarnya. Tak ambil masa yang lama pun. Tadi aku siap pasang around 40 minit je. Tapi 2 orang staff la yang buatkan. Kalau nak mudah korang boleh hubungi dorang untuk pasangkan. Ada 39 lokasi pemasangan dashcam Azdome ni di seluruh negara dan jaminan 1 tahun penukaran 1 ke 1 jika rosak atau mengalami masalah.


Kalau korang nak beli, boleh klik link di bawah ni ye


So sebelum memulakan perjalanan jauh ke kampung halaman ni, boleh lah install satu. Bukan apa, kita mahukan yang terbaik untuk keluarga dan jaminan keselamatan buat mereka. Sekali seumur hidup untuk kereta kita. Apa-apa pun semoga korang selamat sampai ke destinasi yang dituju ye. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

1 Comments

  1. Installing cameras in the Car helps a lot. Everyone should have this in the car to help us. Fence

    ReplyDelete