PERUMAHAN PROJEK TERAKHIR TIARA SENDAYAN

Bismillah,

Sebelum ni aku pernah cerita pasal Perumahan Tiara Sendayan kan? Kali ni aku nak cerita pasal fasa terakhir mereka di sana. Dulu aku pernah menyewa rumah selama 3 tahun. Bila difikirkan dan dicongak-congak balik, kan lebih baik jika aku boleh beli rumah terus. Bayaran bulanan pun hampir sama je value nya. Bukan apa, awal-awal dulu aku tak berani nak ambil risiko dan tanggung komitmen lebih-lebih lagi aku baru je mendirikan rumah tangga dan Jasmeen pun baru dilahirkan. Agak sukar untuk mengimbangi aliran keluar masuk kewangan. Tapi lama kelamaan aku bila aku rasa stabil, aku mula fikirkan ada lebih baik aku memiliki sebuah rumah mampu milik yang sama harganya dengan nilai sewa bulanan aku.


Untuk pengetahuan korang, Tiara Sendayan telah membangunkan projek terakhir perumahan mereka. Dengan keluasan 416 ekar, ia menjadikannya perumahan kelas pertama yang terletak di Bandar Sri Sendayan. Tiara Sendayan ini merupakan projek di bawah selian syarikat pemaju Matrix Concepts Holding Bhd dan aku rasa berbaloi sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk aku dan keluarga. Kenapa aku rasa berbaloi untuk memiliki Tiara Sendayan fasa terakhir ini?

Kerana selepas ini tiada lagi projek perumahan 1 dan 2 tingkat di Tiara Sendayan. Malah Presint 14C3A&B merupakan pelancaran teres terakhir yang dibina di Tiara Sendayan. Kepada yang ingin memiliki perumahan Tiara, inilah masa yang sesuai dan tak banyak lagi unit yang tinggal. Untuk projek terakhir perumahan Tiara Sendayan ini, saiz lot rumah yang dibina adalah 20’ x 65’ hingga 20’ x 75’ dan merupakan perumahan teres 1 tingkat dengan keluasan 1,056 kaki persegi. 


Manakala keluasan bagi teres 2 tingkat pula adalah 1,575 kaki persegi.Terdapat 336 units telah dibuka untuk pembeli dengan keluasan kawasan 20.54 ekar. Dilengkapi dengan 3 bilik dan  2 bilik air untuk teres 1 tingkat manakala 4 bilik dan 3 bilik air untuk teres 2 tingkat. Harga yang ditawarkan antara RM225K (teres 1 tingkat) dan RM360K (teres 2 tingkat)

KEMUDAHAN PRASARANA & PUSAT KOMUNITI YANG MENARIK

Pada aku kemudahan prasarana dan pusat komuniti yang menarik juga adalah salah satu faktor kenapa aku memilih perumahan Tiara Sendayan ni. Penting untuk ada kolam renang dan taman permainan yang luas kerana Jasmeen suka tempat-tempat macam ni.


Di kawasan perumahan Tiara Sendayan bukan hanya menyediakan taman permainan sahaja, bahkan fasiliti rekreasi juga turut disediakan seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, laluan refleksologi, gazebo, outdoor gym dan banyak lagi. Jadi tak perlu dah untuk kami keluar kemana-mana jika perumahan perumahan Tiara Sendayan ini mampu memberikan segala yang kami perlukan di sini.

Selain daripada itu pembeli Perumahan Tiara Sendayan juga akan diberikan keahlian PERCUMA d'Tempat Country Club. Antara fasiliti yang disediakan di d'Tempat Country Club ini adalah seperti kolam renang, gymnasium, mini teater, bilik sauna dan banyak lagi.  


Perumahan Tiara Sendayan ini juga berdekatan dengan Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Terdapat juga pusat membeli-belah Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley. Dengar kata akan ada lebih banyak lagi pembangunan sedang dirancang oleh pemaju untuk membina institusi pendidikan, pusat perniagaan serta pelbagai kemudahan lain lagi.

Tiara Sendayan dikelilingi dengan pelbagai jenis fasiliti dan kemudahan yang lengkap. Jadi pada dasarnya penduduk tidak perlu bimbang tentang hal itu, kerana ia sedia untuk digunakan oleh penduduk pada bila-bila masa sebaik sahaja mereka berpindah masuk.


So kalau korang pun berminat untuk memiliki rumah idaman korang di perumahan Tiara Sendayan dan ingin dapatkan info lebih lanjut mengenai fasa perumahan Tiara Sendayan, korang bolehlah hubungi 1800-88-2688 atau layari laman web https://tiarasendayan.com.

#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts

6 Comments

  1. Perumahan di Tiara Sendayan memang jadi pilihan ramai buat masa ini. Serba lengkap

    ReplyDelete
  2. Project baru ke ni?
    Berbaloi jugak projek ni, harap2 are promosi yg hebat2

    ReplyDelete
  3. Rumah fasa akhir ni mesti lagi best cantik dan kita boleh pilih nak yang mana hehehe bestnya kalau dapat rumah mcm ni...

    ReplyDelete
  4. pasti impian setiap keluarga untuk memiliki kediaman idaman seperti tiara sendayan ni :)

    ReplyDelete
  5. Cantik cantik design rumah dekat Tiara Sendayan ni. Facilities pun banyak, Sesuai sangat untuk yg da bekeluarga nak rumah yang besar n selesa pada harga berpatutan

    ReplyDelete
  6. I think this is a nice place, Very calm, Relaxing and quite place to live in.
    siding companies near me

    ReplyDelete