Smart Watch Kieslect Calling Watch Ks : Jam Pintar Elegan

Bismillah,

Kita rehearsal dulu ngan jam raya. Nak tengok masuk tak kalau aku padankan ngan baju raya merah hati ni. Korang plak rasa macamana? Bukan apa selama ni aku guna phone je untuk tengok waktu. Raya tahun ni aku ingat nak gayakan dengan baju raya lah. Tu yang aku godek-godek tengok Shopee, berkenan plak ngan model terbaru Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks. Aku beli kat official page dorang tau.


SEDIKIT SEBANYAK TENTANG KIESLECT

Kieslect Smart Watch bukan hanya mempunyai kualiti yang bagus dan tinggi malah dipasarkan dengan harga yang sangat murah berbanding jam tangan pintar yang setaraf dengannya.

Malah Kieslect telah bekerjasama dengan pembekal terkemuka dalam wireless technology dan syarikat terpilih lain yang mempunyai teras dalam menerajui peranti terkini. Kieslect mempunyai hampir 600 orang pekerja di seluruh dunia, dan semua produknya diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA. Ini menunjukkan kebolehpercayaan dan pematuhan jenama itu kepada standard kualiti terjaga.

KENAPA PILIH KIESLECT?

Aku pilih sebab ni model terbaru tahun 2023. Sleek design, material metal tapi ringan. Untuk model ni hanya ada warna hitam sahaja tapi korang boleh padankan dengan pelbagai design dan warna pada tali jamnya. Korang boleh dapatkan semuanya di Shopee. Kalau korang beli, dalam kotak tu dah include sekali tali jam kedua (warna hitam), ada 3D HD tempered glass protective, USB charger, magnetic charging cable dan manual penggunaan.


BETUL KE KIESLECT SETANDING JENAMA BESAR ANTARABANGSA?

Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks ini dilengkapi dengan Cip Panggilan Teras Ke-3 dunia dengan prosesor panggilan 2 dalam 1 ke-3 dunia selepas Apple dan Samsung. Ia mempunyai sambungan bluetooth yang lebih kuat berbanding AirPods, panggilan yang lebih stabil daripada kebanyakan telefon di pasaran, membolehkan korang berhubung dengan lancar di mana-mana, pada bila-bila masa, walaupun dalam situasi yang paling sukar.



FEATURE YANG ADA PADA SMART WATCH KIESLECT CALLING WATCH Ks

Korang boleh membuat panggilan telefon dengan mudah, memainkan muzik daripada telefon bimbit, tetapkan penggera, tanya soalan dan banyak lagi dengan pembantu suara Al yang terbina di dalam peranti. Hanya dengan memberi arahan suara kepada pembantu suara AI, ia akan bantu korang membuka operasi seperti menghidupkan mod sukan atau membuka fungsi kesihatan metrik.


Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks ni ada banyak fungsi yang memudahkan aktiviti dan memantau tahap kesihatan seharian korang. Selain rekaannya yang menarik, ianya juga sesuai dipadankan untuk pelbagai acara, majlis dan gaya. Ia juga tahan lasak, ringan dan kalis air. Kalis air aku maksudkan di sini adalah kalis hujan, percikan air dan mampu berada pada kedalaman 150 meter di dalam air.


Antara tarikan Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks adalah ia boleh membuat panggilan telefon, memainkan muzik, ada game dan juga dilengkapi dengan 100 mod sukan. Jam tangan pintar ini boleh mengesan tahap tekanan dan menentukan emosi korang. Ia mampu mengesan tahap kesihatan korang daripada "Sangat Tenang" sehingga ke "Sangat Tertekan" untuk mempelajari tahap kesejahteraan emosi korang dan bagaimana ia berubah mengikut keadaan dan persekitaran.


Berikut antara fungsi-fungsi Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks ni :
✅ 1.78’’ Super AMOLED Display (368*448)⁣
✅ Bluetooth 5.2 Connection⁣
✅ Abnormal Heart Rate Warning⁣
✅ Music Player⁣
✅ 100 sports modes⁣
✅ SPO2, Heart Rate
✅ Sleep Monitoring
✅ Breathing Training
✅ Pressure Test
✅ Emotion Test

Walaupun memainkan lagu MP3 thru Smartwatch Kieslect Calling Watch Ks, bunyinya sangat jelas dan kuat tau sebab jam ni dilengkapi dengan High Definition Music Playlist on Wrist.



BAGAIMANA NAK DAPATKANNYA?

Aku beli kat official page dorang kat Shopee. Kalau korang nak tengok spec2 dia yang lain boleh klik link shopee bawah ni ye

Korang boleh gunakan kod KIESKS untuk pembelian. Tapi first come first serve la ye.

 ⁣
Kieslect Official :⁣



Twitter :

#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness

1 Comments