Jom Kongsi Tips & Punca Masalah Kereta ~

Pagi2 ni aku nak ajak korang mengenal masalah yang berpunca daripada kereta korang. Aku kongsikan ni pun sebab aku ada pengalaman handle kereta aku, dari aku mula pakai satria 1.3 SE Fuel Injection tahun 2002 sampai sekarang aku pakai Honda Civic EG/SR4 92 1.6 SOHC Fuel Injection. Kereta2 ni aku beli second, so memang banyak problem sebenarnya. Aku fokuskan kat sini masalah2 yang sering berlaku pada kereta2 terpakai ye..kalau kereta2 baru selalunya takkan ada masalah macam yang sering berlaku pada kereta2 terpakai.


Bila Bateri Kereta Cepat Kong


a) Masalah Bateri






  • Recheck balik dah berapa lama korang pakai bateri tu. Jangka hayat bateri maksimum 2 tahun.
  • Check air bateri, kadang2 air bateri korang dah kurang (bagi yang pakai bateri basah)
  • Tengok samada bateri yang korang guna tu, sesuai tak dengan kereta korang. Contohnya model 60/70 untuk kereta 1.6 dan model 40 untuk kereta seperti kancil atau MyVi dan plat plumbum yang digunakan di dalam bateri tu. Jika banyak plat, lebih kuat bateri untuk menghasilkan cas dan lebih tahan.
  • Sekiranya masalah terjadi pada bateri baru, itu disebabkan bateri tersebut memang bermasalah tidak boleh menyimpan cas. So korang kena tukar lain kat kedai yang korang beli bateri tersebut.
  • Terdapat serbuk putih yang menyelaputi plat +ve dan -ve menyebabkan kereta korang tak boleh mengecas
b) Masalah Alternator






  • Korang kena tukar baru atau recond. Kalau cari kat kedai potong pon boley. Aku baru kena hari tu, baru tukar sebab kereta aku bateri cepat kong. Lepas hantar cas kat kedai, dalam masa 3 hari terus kong balik. Aku tukar bateri baru pun stil sama. So aku hantar bengkel, suspek alternator dan suis lampu. Time aku guna kereta waktu siang, bateri ada cas..tapi bila aku guna pada waktu malam dengan membuka lampu, bateri tak boleh nak cas. So pomen kete aku kata problem alternator dan suis lampu.
c) Suis
  • Ha ni simple dan ringkas. Korang kena pastikan setiap suis lampu kereta korang di padam. Kadang2 jenis yang lampu dah terbakar, kita tak dapat detect kan? so bila korang xsedar yang korang tak tutup suis, secara sukarelanya kereta korang akan makan bateri dengan cepat dan kong.
d) Aksesori


  • Bila kereta korang banyak pakai aksesori pun boleh menyebabkan bateri korang cepat haus. Penggunaan seperti power amp yang watt besar, woofer, amp berchanel2, pasang sistem audio, tv lagi, alarm kereta yang canggih manggih merupakan antara penyebab bateri korang cepat haus. Disarankan supaya korang pakai bateri yang besar atau groundkan wayar pada body kereta untuk balance kan jumlah tenaga yang digunakan. Korang pegi hantar kedai aksesori kereta, dorang tau la nak buat macamana. 

Bila Steering Korang Jadi Berat
  • Ni tak lain tak bukan korang kena check minyak steering kot2 dah kering. Bila minyak steering dah kering, steering korang akan jadi berat dan akan mengeluarkan bunyi bising pada enjin. So penyelesaiannya korang topup je minyak steering kat enjin tu.

Bila Ekzos Korang Keluarkan Asap Putih
  • Masalah ni disebabkan ada licking atau kebocoran pada enjin, disebabkan getah gasket yang sudah menipis dan minyak hitam masuk ke sistem palam pencucuh. So korang kena tukar getah gasket, minyak hitam dan palam pencucuh je :)

Kereta Sekejap Hidup dan Sekejap Mati

a) Masalah distributer
  • Korang kena check distributer pada enjin, kadang2 api (elektrik) ada masuk dalam distributer tapi motor dalam distributer tak dapat hasilkan elektrik ke palam pencucuh di dalam enjin. Kalau korang nak tukar, korang kena beli distributer sebijik dan bukan hanya beli motor sahaja. Boleh dapat di kedai potong atau recond di kedai sparepart kereta.
b) Masalah pam dalam tangki minyak
  • Disebabkan pam kemungkinan bocor, minyak tidak dapat di pam ke dalam enjin dan menyebabkan kereta sukar untuk dihidupkan
c) Masalah Suis Minyak
  • Suis minyak berada di bawah tempat pemanduan. Masalah berlaku sekiranya litar terbakar atau litar terkena air. So boleh diganti dan kosnya pun tidak begitu mahal sekitar RM50-RM80 seunit
d) Masalah Wiring Alarm Kereta
  • Kadangkala wiring yang lama juga boleh menyebabkan kereta kita tersengguk2 di atas jalan dan mati. So di sini korang kena bawak kereta ke bengkel, minta dibuang segala wiring lama yang masih terpasang tetapi tidak digunakan kerana pada wiring alarm yang lama, terdapat transistor yang berfungsi memutuskan bekalan elektrik. So korang kena buang semua yang tidak digunakan ye.
e) Masalah Computer Box


  • Ni masalah berat, seberat harga komputer box tersebut. Boleh nipis poket korang..Korang mintak tolong pomen check sama ada komputer box korang masih berfungsi dengan baik atau tak sebab kes aku, komputer box aku masuk air..ada short circuit. So sama ada korang nak buat wiring balik atau tukar sebijik2. Aku sarankan korang tukar sebijik2 lagi puas hati. Kalau korang nak anta repair pun..harga lebih kurang sama. Kita pun tak tau sebaik mana pomen betulkan.
f) Tuning Balik Enjin Kereta
  • Kalau kereta korang sekejap hidup, sekejap tak..maybe korang kena hantar tuning balik enjin menggunakan perisian komputer. Ni bagi mereka yang pakai kereta berkomputer macam honda la.Hantar ke kedai servis yang boleh buat tuning, bukan semua kedai boleh buat.

Aircond Tak Sejuk
  • Kompressor korang dah rosak, ada licking dan perlu diganti.Kompressor perlu diselenggara setiap masa dan pastikan minyak pelincir dimasukkan ke dalam kompressor selepas topup gas.
  • Berlaku kebocoran pada penapis gas aircond (tabung berwarna perak)
  • Kapasitor korang pada cooling coil tidak berfungsi dan menyebabkan kereta korang cuma sejuk sewaktu bergerak sahaja, bila berhenti..kereta mula menjadi panas. Cuma tukar kapasitor pada cooling coil sahaja.
  • Cooling coil mengalami kebocoran
  • Radiator aircond bocor. Kebocoran boleh dilihat sekiranya terdapat tompok minyak pada radiator kereta korang.

Ha itu je la buat hari ni. Apa yang aku tau..aku kongsikan ngan korang, dan yang selebihnya korang tanya pada yang pakar. Sebab segala punca masalah ni berlaku kepada kereta2 aku. Ok lain kali kalau ada tips lain aku story ngan korang lagi ye. Tata :)

35 Comments

  1. dulu aku ada tegur satu mekanik nie sebab dia tak buang wiring lama kat kereta aku... aku kata kat dia aku sanggup bayar lebih utk tukar wiring baru asalkan kereta aku tak kejap2 berenti kat jln lagi... tapi biasa la, lelaki mana mau dgr kata pompuan bila ckp psl hal kereta... dia takmo dgr kata aku... lagi la dia gi simpul2 je wiring lama pastu biarkan sampai aku dah meluat nak hantar ke bengkel dia lagi... ada sorg mekanik cina nie lagi la bangang... macho je depan aku kata dia terer fix juara tapi ada ke suruh bukak depan juara utk tgk enjin... ingat semua pompuan tak reti psl kereta ke...huh!

    ReplyDelete
  2. kahkahkah.haha :D biasala kdg2 dorg rasa sbab dorang bes sgt.aku ada 2 pomen, 1 kat kuantan dan 1 kat kajang.so kete aku memang hantar kat dorg je, xd serah ke banyak tgn. Dorang cari punca..dorang sndri settlekan :) lagi satu aku pegi hantar kat kedai cina haritu, dia kata nak tukar alternator rm3oo, belum msuk upah wiring.Then aku bawak kete aku kt kedai pomen aku, tukar alternator ngn buat wiring cuma rm 170.Tak ke mcm hampeh tu.Klu tak dah terkena aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii along..hahaha..lama gila dah post ko ni..tp aku tgh dok godek2 pakcik google pasal wiring waja aku, sekali nmpk blog sukasuki ko ni..cam kenal je..macam pernah dgr je..n mmg sah ko! hahaha..bg aku no bengkel ko kat kajang tu..murah la tu kalo rm170..waja aku wiring da problem ni..kete da 9 tahun kot..tq bro!

      Delete
    2. Bro kt mne bengkel area Kajang tu.. boleh bg number bengkel tk?

      Delete
  3. Salam..
    Nak minta tips sket la camne nak check fully condition kereta satria 1.3 (2001)..
    Sebab niat nak beli kete satria 2nd skang..
    Tenkiu..

    ReplyDelete
  4. kalau masalah lampu kereta tak dpat padam macam maner?

    ReplyDelete
  5. bro aku afzal...nk taw gak pomen mana paling best kat area2 kajang/bangi ni...tengs..=)

    ReplyDelete
  6. Salam sejahtera semua. Nak tanya pasal problem kereta waja aku ni. Semlm masa nak start kereta tu tiba2 je elektrik mcm trip dan x ble start. Pastu aku gerak2 sket kepala bateri dan ada power balik. Bila nak start lagi trip lagi elektrik kereta tu.Rasa2nya apa problem tu. Ada member ckp kene tgk switch untuk ignition kot2 dah kong hehe. Tq.

    ReplyDelete
  7. Menda ni pnh jd kt aku dl.ketatkan smula terminal bateri tu sbb klu longgar dia xleh cas..tryla insyaallah...

    ReplyDelete
  8. Menda ni pnh jd kt aku dl.ketatkan smula terminal bateri tu sbb klu longgar dia xleh cas..tryla insyaallah...

    ReplyDelete
  9. Semalam kete aku mati kat tgh jln jem..bateri kong..hp bateri pon kong..aduhai..tpi radio bole pasang tpi bile start x bole.mcm x power..tgk radio bole on..aku terus cas hp(nasib baik hp boleh cas pkai usb)terus tpon hero..abg polis tolong kawal jalan raya my hero tolak kereta..my hero is foreman..foreman terjun..hehehe. .blik amek bateri tiara p.cik(bateri bru dan x pkai) jumper pastu terus boleh idup..then da smpai umah bile mati enjin nk start blik ade bunyi
    Krrekk" kreekk"..rasenye alternator da problem kot..hhmmm. .

    ReplyDelete
  10. Semalam kete aku mati kat tgh jln jem..bateri kong..hp bateri pon kong..aduhai..tpi radio bole pasang tpi bile start x bole.mcm x power..tgk radio bole on..aku terus cas hp(nasib baik hp boleh cas pkai usb)terus tpon hero..abg polis tolong kawal jalan raya my hero tolak kereta..my hero is foreman..foreman terjun..hehehe. .blik amek bateri tiara p.cik(bateri bru dan x pkai) jumper pastu terus boleh idup..then da smpai umah bile mati enjin nk start blik ade bunyi
    Krrekk" kreekk"..rasenye alternator da problem kot..hhmmm. .

    ReplyDelete
  11. salam.sy ade kereta viva.mase sy drive tiba2 kereta mati then dlm 2@3 saat kereta tue hidup balik..kenape ea?

    ReplyDelete
  12. Fius wiper selalu putus.membe kate tukar motor da ok.tp xok jugak!care nk cek wiring mcm mane ea?ade gambaran x?

    ReplyDelete
  13. Fius wiper selalu putus.membe kate tukar motor da ok.tp xok jugak!care nk cek wiring mcm mane ea?ade gambaran x?

    ReplyDelete
  14. wiper klu fius putus,selalunya lavel suis di stereng masalah,kna tkar 1 set..sbb aliran grounding ataw sensor yg hantar ke board suiz mengalami kerosakan buleh menyebabkan kebakaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motor wiper ni ada fius ke? Wiper waja saya buat hal.. bole wiping..tp kalau kita off.. die berhenti dkt tmpt kita off.. tak return ke original position.. mintak bantuan..

      Delete
  15. Terima kasih atas info bateri ni.

    ReplyDelete
  16. as salam. mohon pendapat dan pencerahan. civic sr4 1.6 single cam waktu pagi bila start timing xmau naik. bila check enjin menyala baru timing naik. satu lg waktu tengah bawa slalu enjin mati. kena tunggu dalam 5 minit baru boleh start semula. pening kepala dah ni . mekanik berdekatan pun xtau puncanya apa. dah tukar distributor coil and ic , bateri. plug dan main relay. terima kasih

    ReplyDelete
  17. Looking for car battery? Try this website http://mytayar.com
    Just key in the battery spec on the website. Website will show pricing from the workshops. You choose what is important to you; price, location, brand or specific model.
    Just pay 5% online as deposit. The website will send an email with details of the seller. Pay the balance 95% directly to seller once he delivers.
    We monitor the shops so that they don't cheat the consumer.
    Price Includes Battery, Installation, Alternator Check, Warranty and Free Delivery within KL, PJ, Shah Alam, Putrajaya, Puchong, Bangi & Kajang after Trade In of Existing Battery.

    ReplyDelete
  18. knp tiba2 hon kereta berbunyi toot toot toot, toot toot toot...pas tu diam.Tak lama lagi dia bunyi lagi....

    ReplyDelete
  19. Salam tuan,

    Saya nk tanya. Apa problem honda civic 1.7 es. Saya bercadang ingin beli. Jadi nk tau apa problem sblm beli.

    ReplyDelete
  20. Sape tahu nape satria neo 1.6 mnual saya Ad bnyi..tekk.tekk..tekk manjang klo tekan myk. Lbh lgi klo buka aircon.. Timing pun jd rendah gler.. Smada mounting atau clutch lining ke...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum
    Ada sesapa tau kedai mana tiptop nak buat full wiring satria n harga berpatutan area petaling jaya?
    Respon pls.

    ReplyDelete
  22. salam,sy perlu bantuan ni.. sy guna kereta toyota corolla ae80 enjin 2A 1.2cc.. slow plak kereta sy ni,tak boleh lebih 60km/j walaupun da lajak race sampai abes.. masalah apa ni erk???

    ReplyDelete
    Replies
    1. please reply ASAP to my email ( kidkiddo92@gmail.com ) thanks

      Delete
  23. My husband tertukar negatif positif pd bateri kereta bila dia guna jumper dr kereta lain... Lepas tu, kereta terus jem.. X leh nak stat dah.. Nk tahu, klu jd cenggitu, rosak apa ek?? Computer box/fius?? Rege brape klu nk tukar..

    ReplyDelete
  24. Salam sy nak tnya ketera bapak sy honda eg . dia hidup jln sekjup mati2 apa problem

    ReplyDelete
  25. Salam sy nak tnya ketera bapak sy honda eg . dia hidup jln sekjup mati2 apa problem

    ReplyDelete
  26. Salam 1 Malaysia,
    Say are masalh kereta.iaitu masalh geabox ..lmpu ,D,berkelip,dh puas g baiki tpi masih tetap same..kreta proton gen2...ni pomen Kate wiring plk masalh..kn tkar 1 set semua.
    Nk mintk tolong BG pndapat sikit..dh 2 Thun masalh nk..baiki dh beribu abis..nk jual syang....sila toward Kat email..mohdmuiz484@gmail.com

    ReplyDelete
  27. Salam warga malaysia,

    Saya ada masalah kereta wira 1.3 masalah wiring.kadang bila jalan bila berhenti di lampu isyarat terasa enjin nak mati dan terasa berat bila nak jalan.. dan lagi terasa apabila guna aircond.ada siapa2 boleh bantu saya.

    sila email ke malindolife2@gmail.com

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum , nak tanya ni. Macam mana nak buat bila lampu kereta tak boleh tutup? Start kereta enjin semua tak dak masalah. Semua okay. Bila tutup lampu pusingkan dia punya tempaat tu, lampu tak boleh padam jugak. Dia dah macam luss ja.

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum,, sy nak bertanya berkaitan masalah kerete sy.. krete honda civic ferio.. masalah kerete ni.. kerete masih hidup.. tp bler buka aircond,, enjin trus mati? jln sikit tanpa buka aircond pun tak lame lps tu mati juga n payah nk hdup.. distrubtor dah tukar byk kali pun same jugak.. enjin elok lagi.. computer box dah tukar.. agak2 sape tahu punce masalah ni? punce wiring lame ker

    ReplyDelete
  30. assalammualaikum.saye ada peroton iswara 1.3 aeroback.problem die adalh kalau aku bawak jalan dari gear 1,die bergegar sampai gear 5.aku dah cube spray carb dgn carb cleaner,tapi x jugak,pastu kalau press minyak,bunyi die mcm bergegar,tlg k.

    ReplyDelete
  31. salam tn.. nak tanya sikit ttng kereta gen2.. ari tu sya ada buat wiring alarm dkt satu kedai akssri krta.. kena tukar alarm lama sbp rosak kena air.. tpi bila dh tkar baru smpi rumah semalaman batery krta weak pla.. ingatkn btry dh rosak dn siap tukar sebiji baru.. lps tukar, mslh mc sama, sdh tkr bila semalaman ja batry sdh kong/weak.. apsal tu ya.. ada mslh wiring kh?

    ReplyDelete