Movie Review : Kungfu Panda 2

10:26 AM

Salam. Monink2 kamu2 semua. Haha..Macam yang aku bagitau kat MiraEdora semalam yang aku akan tengok Kungfu Panda. Nah..kan betol aku tengok, walaupun jalan nak masuk ke bandar Kuantan sesak, dengan time tu la nak betul2 jalan. Nasib aku belum beli tiket wayang lagi..kalau beli awal konfom terlepas tayangan.


Ok berbalik pada tajuk entry, apa yang aku nak bagitau. Aku sukeeeee!! Haha.Please la gedik macam cipan! Tapi seyesly from my bottom of my heart, aku teruja. Aku suka aksi yang dipaparkan, aku suka lawak2 simple-educated-bangang yang digunakan..buatkan panggung tu gelak memanjang. Gelak reramai..sama2 plak tu. Maknanya punch2 lawak tu menjadi la..dats why gelak secara berjemaah.



Kisah kali ini lebih kepada sejarah Po dan matlamat Lord Shen, seekor merak yang ingin menguasai negara China dibantu oleh pengikut serigalanya yang ramai. Sekian lama dalam buangan setelah dihalau oleh ayah ibunya suatu ketika dulu dari istana, Lord Shen kini kembali untuk menuntut kembali takhta ayahnya. Setelah kematian Master Thundering Rhino, Shifu mengarahkan Po dan Pahlawan berlima pergi menumpaskan bala tentera Lord Shen agar seni kungfu tidak dihapuskan dari negara China buat selama lamanya. Dan dari situ Po mengenali sejarah lampaunya dan mempertahankan pahlawan berlima dan negara China yang dikuasai oleh Lord Shen.


Daripada apa yang aku tengok..aku bagi rating 3.5/5..jalan cerita yang mudah, aksi dan semestinya lucu. Mungkin sebab aku memang minat kartun kot.Hehe..so pegila tengok beramai2 ye :)

You Might Also Like

0 comments