Dolu2 adalah jugak ruangan kembang setaman dalam majalah2. Semua pakat letak gambar paspot. Kira tu gambar paling macho pernah dorang tangkap seumur hidup la. Posing mengalahkan artis ! Sekarang ni lain pulak caranya. Cari jodoh kena guna duit, perabis kredit. Taip ON CHENTA dan hantarkan ke 33333. Aku tak pernah cuba lagi, tapi berkesan ke? Dengan chatting lain pulak gayanya. Cakap tak serupa bikin. Tapi bila jumpa..Nah, amekaw!! Mimpi ngeri seminggu direct! Hehe. Sekarang ni pun dah macam2 cara boleh guna lagi2 terlalu banyak laman sosial yang boleh kita gunakan untuk buat kawan. Kalau korang stil fikir cara lama, jumpa awek kat bas stop tanya jam pukul berapa.. aku rasa baik korang hentikan je la. Aku tak tau kalau korang jenis mudah terpengaruh pulak, korang buat macam dalam iklan. Colet deodorant cap kapak.. another girl bau terus bagi contact number. Jangan berangan la yek!!
Aku berangin kalau ada yang siap request lagi ciri2 pasangan idaman. Orang nak tolong carikan tu kira bersyukur la tu.. nak yang hensem2 atau cantik2 je. Kulit hitam sikit tak nak, badan gempal sikit terus tolak tepi. Bila someone tu takde rupa, tak cantik.. kita kata dia muka pecah rumah, pervert atau mak orang. Bila tengok someone cantik atau hensem pulak, mesti kita fikir "Mesti dah ada bf / gf nih" then yang jadi mangsa dorang gak..takde sape berani nak tackle. Mungkin tu la yang terjadi kat kawan aku yang sorang tu. Kesian..kesian.
Ai kan senang kalau aku leh bikin satu blog cari jodoh. Sekurang-kurangnya leh jugak aku tolong kengkawan aku dapatkan pasangan. Ramai lagi kengkawan aku yang dah tua bangka blom kawen..heh samala macam aku. Aku nak buat portal carian jodoh macam mudah.my. Tapi boleh ke? Jom aku tunjuk contoh. Haha ~
(takde rupa takpe,gaya mesti ada)
Nama : Kamil Karipap
Umur : Rahsia (Jawapan hampeh)
Status : Bujang
Tinggi/Berat : 170 cm, 40 kati
Pekerjaan : Pengumpul setem
Kebolehan : Memasak, mengemas, menyanyi dalam 3 bahasa,
tahan maki, boleh melompat dengan satu kaki.
(lagi banyak lag bagus)
Mencari pasangan : Yang beriman (jawapan cliche),
menghormati orang tua dan bendera Malaysia,
pandai masak megi special, boleh bermain snuker
suka kemas katil.
Contoh semata2 yek. Rasanya tak dapat la aku nak nolong. Payah nak kenen2kan orang nih. Yang penting..kita kena ikhlas dan jujur kalau nak berkawan. Niat kena betul. Jangan kalau putus cinta, sibuk nak cari port bunuh diri..tak yah la wei..buat sesak suratkhabar je. Lelaki mahupun perempuan kenalah usaha dan mainkan peranan, jangan harapkan lelaki je mengorat..bak kata ustazah Siti Bahiyah la :) dan yang paling penting percaya jodoh tu ketentuan Allah..tawakal sentiasa ye :)
P/s : Den serah pado omak..Kalau ado oghang masuk minang, den terimo jo :P
18 Comments
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete♥ LuRveLyAmiera ♥ = haah la tak perasan benda tu ada kat tepi.suka tol dia jaga tepi kaen oghang.huhu :P
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteececeeee! serahkan pada omak yeeee.dah la nak tunggu orang datang minang. 40 tahun takde kot wahai RAIN weih! HAHA =D
ReplyDeleteRAIN,Pelangi nak kenal kenal dengan Kamil Karipap tu haaaaa...Hensem Wooooo! HAHAHA
laskar pelangi = haha.ekau nak kenal ngn Kamil Karipap ea?lambat sikit je..dh ada orang booking.haha :D
ReplyDelete=.=''..haha..ada ke tunggu org datang minang..lawak sungguh
ReplyDeletecik bulan = hehe.sy ni pemalu,mak kata kalau orang tak datang minang..saya tunggu menapos je.haha :D
ReplyDeletedrpd cri jodoh utk org, bek cri jodoh utk diri sndiri. hehe.
ReplyDeleteerk. tunggu dipinang?:D
nk cari jodoh gak ...hihi ...namun aku percaya jodoh itu ketentuan Allah :)
ReplyDeletemira = sy jd tempat rujukan wak, tp problem sendiri tak leh settle.macam pelik kan?
ReplyDeletehatikubaik-mohdhazlan Dreadlock = cari jodoh sekarang ni..bukan leh buat men2.salah pilih, porak peranda hidup.kena buat pilihan yang terbaek :)
ReplyDeletenak jugak cari jodoh kat sini . . tp tatau laa jumpa kew tak.. :)
ReplyDelete| schaza | = nak cari jodoh kat sini?sini tapak pasar malam cik.tempat cari jodoh kat hujung simpang sana tepi public fon :P
ReplyDeletehahaha... kena bukak syarikat agen carik carik jodoh nih~
ReplyDeleteSiti Mashitah Saidin = haa..nak join ke?jadi rakan kongsi :) ngeh3
ReplyDeletemaybe tok jd tmpt mengadu masalah sbb muka tok mcm kaunselor tak bertauliah kot hihi..(^_^)
ReplyDeletesusah nk cari jodoh.......
ReplyDeletesusah nk cari jodoh.......
ReplyDelete