Blog Sihatimerahjambu

Makan Makan Lagi ~

1:24 PM

Bila ea..aha, hari Senin hari tu bermulanya minggu training peralatan HPLC dan LCMS-MS kat makmal aku. Bukan makmal aku..makmal jabatan aku. Makmal ngan jabatan tu bukan aku yang punya, tapi hak kerajaan Mesia. Aku pencacai je. So tugas pencacai macam aku ni.. kena la attend training tu. Training melibatkan kolaborasi 2 negara, Malaysia dan Netherlands. Saje aku tanak sebut Belanda.. Netherlands baru macho ckit. Ngeh3

Walaupun aku tak terlibat secara langsung, tapi sebab kabel aku kuat giler (memandangkan bos aku roomate aku kat umah), aku menggunakan segala kuasa kabel untuk bawak aku pegi dinner malam Selasa. Bwahaha :D Ala aku pegi pon sebab ada kekosongan..kalau takde malam tu aku makan burger je gamaknye :P Aku tak suka  masuk training, tapi aku suka kalau ada training..sebab boleh makan free. Yeehaaa!!


Ni la kursus yang aku maksudkan. Kursus yang dijalankan selama seminggu melibatkan 2 buah negara. Ah tak penting tu semua pada aku. Yang penting minggu ni duit aku tak luak beli makanan..jimat ! jimat ! Haha


Ni himpunan VVIP dan duta dari Netherlands. Bukan duta produk, duta nasi impit ea atau Jalan Duta.. Betul2 punya duta. Ape yang dorang bincangkan..aku pon tak berapa nak faham. Macam itik cakap ngan ayam la kiranya :P


Ni pulak barisan2 peserta yang terlibat. Aku kompom dorang datang pon nak makan je. Sempat aku tegur mamat baju hitam tu kerana air liur dia meleleh tatkala melihat hidangan sebelum gambar di ambil. Ngeh3


Tak ramai yang dijemput..ada la dalam 30 orang, tapi hidangan mcm 100 orang makan sebab yang dijemput pon adalah mereka2 yang rata2 mempunyai rongga perut yang besar. Aku pun tak terkecuali. Hehe :P


Ni trainer yang berikan training dis week. Ape nama dia ea..Mirjan kot? Sangat straight dan tegas. Padan muka korang..sape suh masuk training lagi.Hehe :P



Makan makan time. Waktu yang ditunggu2 oleh setiap tetamu. Ha yang tu bukan tangan aku..tu tangan orang yang belum sempat baca bismillah dan buruk lantak. Haha :D Lauk yang disaji..ayam masak lemak cili api, udang masak sambal petai, sup sayur cendawan, daging salai panggang, kari ikan dan telur goreng dadar. Aku tak cara sangat ngan semua lauk tu..aku kalau ada telur dadar ngan kicap pon aku tambah 2 kali, janji free :P


Setelah di campur darab kali bahagi, ni la rupa bentuk lauk yang ada dalam tray tadi setelah aku susun atur. Sikit je kan aku makan. Bukan pe, aku bukan spesis gelojoh. Hoho


Dorang nak bergambar.. aku amik. Yela nampak sikit aku buat keje..kang bos aku bising plak, keje tanak buat, tapi makan free nak. Koje jangan tak koje :)


Ketua Pusat Biosekuriti aku control hensem sambil di apit oleh 2 orang MC yang diupah khas dari UIA, Kuantan. Dorang pun student praktikal kat lab aku..

Nak jugak bergambar. Aku layankan je..Mungkin dorang nak jadikan bukti alibi kepada kengkawan dorang yang len, menunjukkan dorang dapat makan di hotel dengan jaya dan cemerlangnya :P

Ha ni la kabel besar aku merangkap roomate aku. Aku masukkan pic dia ni, so pas ni sesape yang belum ada kabel besar, leh isi borang apply kat dia :) comel dan single lagi orangnya. Hehe 


Asyik amik gambar korang je..sesekali nak gak selit gambar aku kan. Hehe. Mesti orang kampung gembira gambar aku ada dalam nih. Kembang kuncup aku macam bunga taik ayam sekejap. Haha :D

P/s : Aku rasa kalau ada pertandingan pakaian beragam malam tu, aku kot pemenangnya :P

You Might Also Like

19 comments

  1. pi kurus eh kusus lah beshh...dpt makang puas-puas..ilmu cedok masuk cket..

    bos tu mmg bjak..mesti minum dumex dulu kala..

    *apsal mcm hemsem jek pic yg last tue..*emoticonjulingmata*

    ReplyDelete
  2. Wilayah Sepet Kuku = haha slalunya kalau training dorang buat mkn2 ikan bakar kat Tg. Lumpur..tapi kali ni mkn kat hotel plak. Tu yang kena skema-ensem pebagai. Ngeh3

    ReplyDelete
  3. 'kiut Rain' sgt jendul dahi nya..

    silau mataku.. but still kiut kan.. kembang kuncup la tu.. hahaha

    bling2 mata tgk dr td.. ^_<

    ReplyDelete
  4. chehwah! asyik kembang kuncup jerrr dak nie.. siap tampal gak gambauuu rain kat bawah sekali...

    =D

    ReplyDelete
  5. gambar last skali tu xleh blah..patut bagi warning soh pkai spek mata hitam taw dak..pergh..dongga punya mai..lalala~~

    ReplyDelete
  6. hati~♡ = haha :D jgn pandang lelama, leh juling2 itik.haha :D

    ReplyDelete
  7. laskar pelangi = haha mana de gmbar rain :) semua tu dusta belaka :P ngeh3

    ReplyDelete
  8. Mr. Ronok-ronok = toce2 :) akan folo balik :)

    ReplyDelete
  9. cik bulan = kahkahkah..ni sebab banyak minum minyak tanah.tu yang dongga mcmtu.wakakaka :D

    ReplyDelete
  10. mkn time paling best..mknan semuanye nmpk menyelerakan.. ;)

    ReplyDelete
  11. LiLy @ MumMyQiStInA = lagi bes kalau makan free kan?kan?hehe :P

    ReplyDelete
  12. Hayati Hamzah = eh samala kita.sy paling makan suka suka :P

    ReplyDelete
  13. wahhhH! terboek! aen sker gilersss makan! nyum3

    p/s : tlg aen leh?

    http://officialaenlicious.blogspot.com/2011/06/life-is-so-colorful-photo-contest.html

    ReplyDelete
  14. aku nak kirim salam blazer wei....

    ReplyDelete
  15. Mawar Berduri = haha ekau nak kim salam blazer atau ko nak blazer?haha :D

    ReplyDelete
  16. Ikr@m = ala ikram, tengok memang sedap.lagi2 makanan free.hehe

    ReplyDelete