Jangan Tutup LampOOooOo (3)

12:34 AM

'Damn !!', Arip mula menepuk dahinya. Mukanya masam mencuka..berkerut2 memikirkan sesuatu. Dilihatnya kengkawannya yang lain sedang tekun mengadap latihan yang diberikan oleh Cikgu Azlan, guru Matematik kelasnya. Dia masih lagi terbayang2 rakan kelasnya yang pernah disuruh berdiri di kaki lima kelas dek kerana tidak menyiapkan latihan yang diberikan. Arip mengambil keputusan untuk kembali ke dorm, mengambil semula buku latihannya memandangkan kelas Cikgu Azlan bermula seawal pagi. Melihatkan temannya yang lain sibuk dengan kerja yang diberikan, Arip tekad untuk pergi sendiri..


Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Suasana asrama lelaki pada malam itu sunyi, hanya ditemani bunyi cengkerik yang bersahutan. Arip mengharapkan ada la di antara senior2nya yang ponteng prep pada malam itu.. tetapi hampa. Tiada satu kelibat pun yang dilihatnya tatkala melewati setiap blok lelaki. Nafas Arip turun naik kerana terpaksa mendaki tangga yang berjujuk menuju ke bloknya yang terletak paling hujung.. bersebelahan dengan bukit. Dari kejauhan kelihatan bloknya gelap.. tiada lampu dipasang kerana arahan daripada warden yang bertugas.

Arip melangkah ke dalam blok asrama.. menuju ke dormnya. Suis lampu dibuka, tapi masih lagi samar2 kerana ada beberapa lampu dorm yang tidak berfungsi kerana terbakar. Sesekali Arip memanggil manggil.. mana tau ada penghuni yang tidak pergi prep pada malam itu. Namun hampa kerana dia pasti cuma dia sahaja yang berada di sana ketika itu. Dia terus melangkah menuju ke biliknya yang terletak di bahagian tengah dorm. Sesekali matanya meliar melihat ke arah bilik2 yang disinggahinya.. kosong dan gelap semata. Masih juga berharap ada penghuni yang menemaninya ketika itu.

Dia kini berada di hadapan bilik.. setentang dengan almari bajunya di mana tempat dia menyimpan buku latihannya. Arip menyeluk poket seluarnya, mencari kunci almari. Sedang dia asyik menyeluk, tiba2 dia terdengar bunyi ketukan. Bila diamatinya betul2..bunyi itu datangnya dari dalam almari bajunya ! Arip tergamam.. mula berundur sedikit langkah kebelakang. Tetapi bunyi ketukan tersebut makin lama makin kuat.. dan akhirnya almari bajunya mula bergegar2. Arip tak tunggu la.. dia mula melangkah kaki berlari ke hujung dorm.

Pada setiap hujung dorm terdapat cermin dinding setinggi 6 kaki. Sedang dia berlari ketakutan, Arip mendapati bahawa imej yang terpantul pada cermin hujung bloknya itu.. bukan imejnya tetapi imej seorang perempuan tanpa muka, berambut panjang mengerbang yang sangat mengerikan. Arip hampir menangis ketakutan tatkala melihat lembaga tersebut terawang2 menuju ke arahnya dari dalam cermin.. seolah2 ingin menerkamnya. Semakin laju Arip berlari, semakin laju juga makhluk tersebut menghampirinya. Tidak pernah terbayang olehnya imej pantulan cermin dirinya merupakan makhluk yang tidak mahu dilihat oleh sesiapan pun! Nak tak nak Arip kuatkan semangat berlari menutup mata.. dan akhirnya dia menyimpang ke kanan menuju ke pintu keluar.. yang kedengaran cuma hilaian kecil yang membontotinya yang semakin lama semakin menyepi. Arip terus berlari menuju ke kelas..berlari sekuat hatinya..

Di kelas, Arip hanya mendiamkan diri. Dia trauma dengan kejadian yang berlaku padanya sebentar tadi. Walaupun sebelum ini dia tidak mengambil pusing cerita rakan2nya yang lain tentang kejadian aneh yang sering terjadi.. tetapi pada malam tersebut merupakan titik hitam baginya. Dia tak kisah berdiri di kaki lima jalan sekalipun.. biarlah orang nak kata apa, hanya dia sahaja yang tahu kisah sebenar di sebalik tragedi malang itu.

P/s : Ini merupakan kisah benar yang diceritakan oleh rakan penulis semasa menuntut di sekolah
       berasrama penuh dahulu. Pesanan ikhlas ; Jangan suka mengadap cermin.. hehe

You Might Also Like

25 comments

  1. woooo..seram plak dah malam nie...

    ReplyDelete
  2. laskar pelangi = hehe seram ke?jgn tdo lwt2 ye :)

    ReplyDelete
  3. Mak aihhh awat seram sgt ni?
    Meremang bulu roma den

    Adeh
    Xdapat tido la mlm ni

    Eeeeeeeeee
    Afzal ni..grrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  4. CikYana(",)= haha seram?afzal pon dah seram2 sejuk ni.tapi buat bodo je :P janji siap entry.hehe ~

    ReplyDelete
  5. tengah2 mlm macam ni bace memang feel! haha

    ReplyDelete
  6. haiya..dh la tingkap tak tutup ni awk!huhu

    ReplyDelete
  7. Yela seram ni
    Adoyaiiiiiiii

    Camno den nak tido kang?
    Hukhuk..da la blkg umah ni kubur

    ReplyDelete
  8. CintaKhadijah = yes!!sebab malam la ada feel nak buat entry seram.hehe

    ReplyDelete
  9. ChaCha = haa.. disebalik tingkap pun ada kisahnya.nak sy cerita? :P

    ReplyDelete
  10. CikYana(",)= haahla kubo blakang umah ea?haa itu menanbahkan lagi efek keseraman.haha :D

    ReplyDelete
  11. jgn tgk cermin sblom tido ...baca doa tido siap2 k ...

    ReplyDelete
  12. Afzal la ni
    Napelah buat en3 seram tgh2 mlm gini?

    Ok2 kena masuk tido dah
    Basuh kaki..ambik wuduk..baca doa

    Terus kelubung dlm selimut
    Afzal ni..eeeee geramnyeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  13. hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock = yes btol tu bro :) doa pendinding dir :)

    ReplyDelete
  14. CikYana(",) = haha tdo awal plak dia.hehe :P

    ReplyDelete
  15. isk..sepuk awk nie kang..baru t au tau..malam la nk post nie..adui la..tp ifa dulu masa sekolah..ada banyak je pun cte2 cmnie..smp ke u pun ada lg..huhu..sadis..penat dh hadap..lg2 klu bdk histeria..aiyak...penat..T_T

    ReplyDelete
  16. tiefazatie = haha.tu la tetiba dtg plak idea cter horror.nak buat macamana kan.kasi hantam sajala.haha :D tu la, t kuat plak semangatnye ye.tanak tdo?jgn tengok cermin tw.huhu :P

    ReplyDelete
  17. haha best baca cerita seram malam -malam...puteri suka

    ReplyDelete
  18. Puteri Kasih = hehe ingatkan puteri takut.berani gak puteri ea?hehe

    ReplyDelete
  19. hana penah stay asrama mase zaman sekolah..
    seramm.....
    mcam2 jadi..
    dah la pmpuan =)

    ReplyDelete
  20. Nur Raihana Baharuddin = haah la hana,macam2 cerita kan?selalu yang terkena dak2 pompuan la kan?

    ReplyDelete
  21. huhu..xdengaq crita mel agy..hahaha..lagi seram..=.=''..cuma xmau tulis..satgi terbayang2..haha

    ReplyDelete
  22. cik bulan = seram ke mel?ape lagi kasi masuk entry la.haha :D

    ReplyDelete
  23. adushhhh......... syg pulak nak buang koleksi cermin den yg ada! wakaka ;p

    ReplyDelete
  24. hati~♡ = sape suh buang daaa ~

    ReplyDelete