Berapa Banyak Korang Spend Duit Raya Tahun Ni?

1:34 AM

Assalamualaikum,

Terpanjang pulak tajuk entry aku hari ni. Aku tak tau nak letak tajuk apa. Boleh la tajuk macamni kan? Korang tak rasa terseksa kan? Takde la sampai korang terpaksa mandi hadas plak kan? Haha. So aku nak tanya ni, berapa banyak korang spend duit raya tahun ni? Banyak tak? Jeng jeng jeng!


Bila time raya ni..memang rasa meriah betul tak? Tapi antara sedar atau tak, bila datangnya Hari Raya Aidilfitri khususnya..kita terpaksa spend baaanyaaakkk duit sebenarnya. Lagi2 kita terpaksa fikirkan mana nak cekau duit untuk diagihkan kepada anak2 saudara kita yang bakal beratur berjujuk panjang sambil menghulurkan tangan mintak duit raya. Aku ada plan nak bagi syiling, tapi aku fikir panjang bila menjangkakan yang sah2 aku kena kutuk belakang2 ngan bebudak kecik tu. Cheh! Spek mata je baru.. bagi 50 sen je! Kedekut taik idong masin mengalahkan masin taik idong Haji Bakhil! Well u know la.. bebudak sekarang kan??

Since last week kengkawan aku dah tukar duit raya kat bank..siap dapat sampul duit raya free lagi tu. Huhu. Aku pun tak tau nak tukar ke tak nak. Hmm yang aku pasti, aku spend duit raya tahun ni untuk mak abah aku, adik aku yang paling bongsu dan nenek2 aku. Hmm ada la dalam RM300 kat situ je. Humang aih banyak tu kan. Tapi pejam mata je la..buat tak tahu je.

Entah sapa punya idea la yang cipta trend bagi2 duit raya ni kan?Bagi la baulu ke.. kad raya ke atau apa2 yang tak melibatkan duit. Trend sekarang ni pulak, makin lama duit raya yang kecil nilainya orang dah tak pandang. Paling koman pun RM2. Itu pun malu2 nak hulur. Dulu time aku, 10 sen pun ada gak yang bagi..aku amik je. Berat beg pouch aku dengan duit syiling je. Hehe

Tapi nak buat macamana kan, kita yang dah besar2 panjang ni tak la excited sangat beraya tu, bebudak kecik je yang hepi kemain. Korang tengoklah nanti bila dorang dapat duit raya..senyum sampai ke telinga! Dengan menyumbangkan duit raya kepada mereka, sekurang2nya dapat menceriakan dorang. Dorang seronok tang tu je la raya2 macamni. Anggapkan je la itu satu sedekah dan amal jariah kita, nak bagi tu hati mau ikhlas. Korang bebudak kecik jangan nak demand lebih2 plak. Daripada elok aku nak hulur seringgit..kang tak pasal2 aku hulur sampul duit raya kosong je. Padan muka korang!! Haha

So tahun ni aku spend RM300 untuk duit raya je. Huhu RM300 tu..adoyai. Afzal, releks2..raya setahun sekali kan?kan? Haha. So korang pulak berapa banyak? Err..takpe2 aku dah spend megi banyak2 untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas hari raya. Kalau tak cukup megi, saki baki kuih raya pon aku sebat!! Kuikuikui.

P/s : Aku nak buat2 demam la boleh tak. Ngelat taknak bagi duit raya! :P






You Might Also Like

10 comments

  1. mak kepada anak-anak buah yang demand lebih..bwhhahaha

    ReplyDelete
  2. seposen pun tak spend. hahaha. takdak duit nok. tak keje lagi :P

    ReplyDelete
  3. muahahaha...sama dgn milo.~! (^^,) tunggu la 'ahkak aiNa' ni keje dulu ye..

    ReplyDelete
  4. Saya speNd taHuN nie Rm200 jer..Yuhuu..aLmaklumla anaK saudara den sikit je..(",)..sepupu sepapat yang ramai..tu pon bagi yang kecik2 sudah lah..yg budak2 besar itu saya bagi tanggungjawab pada ibu tersayang..hehee..(",)..

    ReplyDelete
  5. argh..cam biase la, ko lari la duduk tandas lame-lame cakap perut sakit makan rendang daging...aku tak payah keluarkan badjut duit raye lagi sbb aku masih cute..haha

    ReplyDelete
  6. saya spend rm150 utk anak2 sedara saya 21 orang + cucu2saya 2 orang. semuanya 23 org..anak sedara yang dah kawin pun nak gak. boleh? hehehe..

    ReplyDelete
  7. tak spend pun.. tengah sediakan beg besaq..masyuk tahun nih.huahuahua

    ReplyDelete
  8. nampak komen nie ok jea.....ape masalahnye afzal?

    ReplyDelete
  9. juz tugu org len je yg spend tuk aku..lalala~~
    sian org tu...:D

    ReplyDelete
  10. lagi 3 tahun baru dpt spend duit raya.. (^^,) sekrang org lain kene spend kan duit raya untuk aiNa.

    ReplyDelete