Kelebihan Umat Muhammad Berbanding Malaikat Jibrail

9:02 AM

Setelah Allah SWT mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah SWT mencipta pula baginya 600 sayap yang panjangnya antara timur dan barat. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Di antara sayap-sayap itu, terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung merak. Setelah Jibrail memandang dirinya, ia berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku?". Allah SWT berfirman: "Tidak". Kemudian Jibrail berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur pada Allah SWT, dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun.


Setelah Jibrail selesai bersolat, Allah SWT pun berfirman : "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak seorang pun yang menyembah Aku sepertimana yang kamu lakukan. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja, dalam keadaan lupa dan serba kurang. Fikiran mereka melayang dan bermacam-macam dosa besar mereka lakukan. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solat kamu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."




Kemudian Jibrail berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan pada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?" Lalu Allah SWT berfirman: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal mereka"
Kemudian Jibrail meminta izin daripada Allah swt untuk melihat syurga yang Allah maksudkan itu, iaitu syurga Ma'awa. Setelah diperkenankan oleh Allah swt, lantas Jibrail mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap kali Jibrail mengembangkan sayapnya, dia boleh menempuh perjalanan sejauh 3000 tahun. Maka terbanglah Jibrail sejauh 3000 tahun sehingga dia merasa penat dan berhenti berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan terus bersujud kepada Allah swt. Lalu dalam sujudnya dia bertanya :

"Ya Tuhanku apakah aku sudah menempuh setengah perjalanan, sepertiga perjalanan ataupun seperempat perjalanan?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud : "Wahai Jibrail. Walaupun kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan Aku berikan lagi kekuatan padamu sepertimana kekuatan yang kau miliki sekarang lalu kamu terbang sepertimana yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai sepersepuluh daripada perpuluhan yang telah Aku berikan kepada umat nabi Muhammad terhadap imbalan solat 2 rakaat yang mereka kerjakan"

Jelaslah ibadah solat sunat 2 rakaat yang kita lakukan sangat besar ertinya disisi Allah swt jika hendak dibandingkan dengan ibadah solat 2 rakaat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail selama 40,000 tahun. Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad saw yang mana merupakan kekasih Allah swt.

You Might Also Like

14 comments

  1. subhanallah ...maha suci Allah .

    nice bro !

    excellence!

    ReplyDelete
  2. subhanallah ^^
    mudah mudahan diamalkan selalu :)

    ReplyDelete
  3. tazkirah ramadhan di pagi jumaat ni.

    ReplyDelete
  4. hatikubaik - besar betul rahmat Allah pada umat nabi Muhammad

    Shalina Shamsudin - insyaAllah sama2 la kita amalkan ye

    Mohammed Faizal - insyaAllah aku nak kekalkan tazkirah setiap Jumaat

    ReplyDelete
  5. Subhanallah
    Tazkirah yg mulia dipagi Jumaat

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..Bsar rahmat Allah terhadap umat nabi Muhammad. keep it up afzal. =)

    ReplyDelete
  7. CikYana(",) - hmm tazkirah2 :)

    iiNa yaZiD - InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  8. Allah tu Maha Adil dan Maha Pemurah.:)
    SubhanaAllah..
    amalkan solat sunat ;)

    ReplyDelete
  9. rasa nak nanges pulak. huhu
    mekaseh share entry neh.

    ReplyDelete
  10. Cik Bell - besara rahmat untuk kita tu.Kita je yang selalu lupa dan lalai.

    Fathiah Hamim - sesama.saya kongsikan apa yang ada je :)

    ReplyDelete
  11. aku tak boleh ahh baca entri entri keinsafan ni mesti nak nanges . nanges kangggg . haha

    ReplyDelete
  12. EkaBukanMakcikKau - haha ok la tu nangis insaf :)

    ReplyDelete
  13. subhanallah...nikmat & ganjaran Allah berikan kepada manusia lebih besar dari malaikat seperti yang dijanjikan, semoga kita dapat mengerjakan yang sunat setelah melaksanakan yang wajib...

    ReplyDelete
  14. insyaAllah ye AIEN :) sama2 la kita beramal

    ReplyDelete