Yeay Kad Raya Korang Dah Sampai !!

1:44 PM

Assalamualaikum,
 Jeng jeng jeng.. Weh kad raya korang dah sampai kat tangan aku!! Aku nak ucapkan trimas kepada ChaCha, AIEN NOT ALIEN dan ZouL sebab susah2 je kirim kad kat aku. Hehe. Bukan ape seronok tau, rasa kembali ke alam persekolahan dulu :) Tapi takde la sampai nak bertanding ngan adik beradik aku..nak gantung kat dinding kebagai. Tu zaman bebudak dulu..kena la ikut peredaran zaman tak gitu? Trend sekarang kalau dapat kad raya, kasi gantung kat leher, baru macho!! Haha. Kalau aku buat pegi ke pasar Ramadhan, mau kena sepak ngan orang! Hehe

kad2 raya yang baru aku terima

So aku pun dah delivered kad raya untuk korang hari Selasa hari tu, so sempatlah sampai sebelum raya kan? Lagi masyuk kalau kad raya aku tu sampai malam raya. Perghh sambil dengar takbir raya.. korang baca kad raya aku kan. Mesti syahdu sambil nangis teresak2. Haha. Eh aku buat karangan dalam kad raya tu.. macam karangan dalam entry aku ni. Biasalah kalau aku dah stat melalut, kalau orang tak suruh berhenti aku memang takkan berhenti. Ke laut la peginya. Kihkihkih

Ni pulak kad raya untuk korang

So kat sini adalah nama2 blogger yang dah aku pos kad raya ye. So korang tunggu je la kad raya aku tu.

AIEN NOT ALIEN
Syida'R
ChaCha
CikYana(",)
Teynteyn
Kunci Locker
Wan Cikgumuzik
Rohayu Md Isa
Cik Kiwi
Shalina Samsudin
Cik Bulan
Onie Iyoko
Merahnya Makngah
Burung

Sepatutnya hari ni WW tapi aku buat entry plak. Hehe. Qada' ke esok hari tak boleh ke? Anyway aku seronok berbalas kad raya ngan rakan2 blogger aku nih :) xoxo a lots :) Ada rezeki tahun depan kita buat lagi ye :)

P/s : Terima kasih juga kepada abang posmen yang tolong hantar kad2 raya aku. Kalau dia
        bagi alamat kat aku, boleh aku sent satu pada dia :) Sian dia penat buat keje

You Might Also Like

21 comments

  1. wah...cepat jugak kad raya tu terbang ke sana ek..hihi...

    tak sabar tunggu kad raya dari afzal lak..^_^"

    ReplyDelete
  2. AIEN NOT ALIEN - awak tak kemana2 kan?insyaAllah sampai la kad raya nanti.Hehe :)

    ReplyDelete
  3. hehe...bereh! awk punya sy tukar last minit kad tu..bwhahah

    ReplyDelete
  4. huhu...tak sabar tunggu kad raye afal ni, tak sabar burung...ari tu aku ada dpt kad raye dari seorang dato ni, tp tertinggal kat kl...dah kat tong sampah agaknye...so kad ko nanti sampai kat kg aku...boleh aku tampal kat depan pintu rumah

    ReplyDelete
  5. ChaCha - haah tu la kad TV3.nape takde bunyik2.haha :D (demand plak)

    Mohammed Faizal - perghh gadang2 ko burung line Dato' je semuanya.ni betul ke Dato' @ Atuk?haha.haa ko tggu je la kad aku sampai kg ko ea :) kim salam orang kampung :)

    ::ini belog saya . cinta hati saya:: - ye choki2.kad raya tu.bukan kuih raya atau hantu raya.harap maklom.haha

    ReplyDelete
  6. best nye dapat kat raya..(",)..nak juga..tapi pak posmen confirm tak nak hantar dah..hehe..(",)..

    ReplyDelete
  7. ♥Aien Najwa♥ - eleh.ngan awak pon nak kena guna posmen ke?sy selit bawah pintu umah awak je nanti.haha :D

    ReplyDelete
  8. ha'ah ! (",)..yer xyer juga erk..(",)..afzal hantar kat office aieN pon okey juga..(",)..

    ReplyDelete
  9. haish ! jeles2. ta aci ta aci. den jugak yang ta dapat2 kad raya. huhu !

    ReplyDelete
  10. ♥Aien Najwa♥ - anta kat opis?nak menyamar macam posmen ke?haha

    ✿ cik pieQa ✿ - hoho dah lama tak nampak?tu la sape suh men ilang2?haha

    ReplyDelete
  11. nasib baik sampai kad raya tu hahah

    ReplyDelete
  12. jumpak pon butang komen...huhu..tertindih tu..=.='

    **ok2..mulai harini mel tunggu posmen tiap2 pagi depan umah..hahaha..xD

    ReplyDelete
  13. banyak juga peminat hang bro!! hehe

    ReplyDelete
  14. ZouL - bro alamat ko mana?aku tak dapat2 lagi nih nak reply camne?

    cik bulan - haha cit tak anta guna posmen..cit anta guna burung :P

    Khairil - kahkahkah tak menahan.mana ada peminat la bro oi :D haha

    ReplyDelete
  15. tahun nih pn saya dapat banyak kad raya,terasa dihargai la.hehe ;)

    ReplyDelete
  16. mira nur Ishak (MNI) - wah2 dapat dari sape?blogger ke?hehe pemes tol :)

    ReplyDelete
  17. haha ! boleh juge menyamar sebagai posmen..(",)..office saya gune posmen ABX..bukan pos malaysia..hehe..so,awak kena la pakai baju formal diorang..(",)..

    ReplyDelete
  18. ♥Aien Najwa♥ - hala..bagi by hand dah la.kasi roger je ye :)

    ReplyDelete
  19. sob sob xde org bgi kad raya kat teyn

    ReplyDelete
  20. teynteyn the doll - gedik!kan afzal ada bagi..blom sampai tu.tunggu je la

    ReplyDelete