'> Konspirasi Koleh Dan Berus Gigi | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, September 23, 2011

Konspirasi Koleh Dan Berus Gigi

Assalamualaikum,

Gerak ke entry seterusnya. Sudah2 la tu aku pedajal bebudak sekolah pegi baca entry aku lepas, hilang ilmu hisab dorang. Ntah2 leh sampai hilang ingatan. Haha. Ala aku dah pesan awal2 jangan baca..tu ada 50 lebih budak nakal yang kompom2 dah baca, tak termasuk yang tak di-detect lagi tu. Haha. Ai korang memang nak kena babab kan?kan? Kihkihkih

ni gambar gigi aku masa darjah 1.Boleh search dlm Google ye 

Bila sebut pasal budak2 sekolah ni, tetiba aku teringat pasal koleh dan berus gigi. Korang tau tak apa persamaan antara dua menatang ni? Dulu masa aku sekolah rendah, satu hari tu dalam kelas cikgu pesan

'Murid2 kamu dikehendaki bawa koleh dan berus gigi ke sekolah esok ye'

Aku yang tak tau menahu konspirasi apa yang cikgu aku cakapkan tu..tak banyak cakap, listen and follow je. Esoknya aku tengok macam2 jenis cawan yang kengkawan aku bawak. Perghh meriah macam2 design.. dorang ingat ada pertandingan cawan tercantik ke hape? Ada yang tak bawak bagi alasan tak tau koleh tu apa? Tak tau, tak nak tanya..tengok macam aku bawak cawan askim. Kan nak sama bentuknya ngan koleh tu. Sama2 bingai. Mak aku tak bagi bawak cawan mahal2 la ke sekolah.. pecah katanya nanti. Aku pon ikutkan je la. Berus gigo pulak masing2 kecik2 je..setaraf la ngan gigi masing2 kan? Nasib dorang kenal berus gigi lagi, aku risau dorang bawak berus jamban :P

Dah tu datang la encik India yang tak berapa hensem dengan slang yang aku sendiri terkulat kulat nak faham percakapannya. Dia ada gendong model gigi yang besar. Lah rupanya dia nak ajar kitorang berus gigi ke? Aku ingat ada makan2 ke ape siap bawak cawan bagai. Lepas dia tunjukkan demonstrasi, baru aku tau nak gosok gigi pun ada teknik2 yang betul. Selama ni aku gosok depan je, yang belakang aku simpan kumpul taik gigi. Haha. Lepas tu kitorang di bawak beratur ramai2 tepi blok bangunan sekolah..mengadap longkang. Dia suruh berus gigi sendiri macam yang dia ajar tadi. Tu la saat paling lama yang aku ambil untuk berus gigi seumur hidup aku. Aisehmen kalau aku tau kena berus gigi, takyah la aku berus gigi pagi tu. Sebagai ganjaran kitorang diberi ubat gigi percuma. Hehe

Sejak aku diajar memberus gigi dengan betul..aku dapati gigi2 aku makin ensem dan cantik sampai sekarang. Sehari konfom 2 kali paling kurang aku berus..tu yang ubat gigi aku cepat habis. Apa yang aku nak bagitau sebenarnya, malam ni aku nak pegi Mydin cari ubat gigi baru sebab ubat gigi aku dah habis pagi tadi. Sekian :P

P/s : Gigi kena sentiasa dijaga, barulah hidup aman sentosa (ni apa punya ayat daa)

28 comments:

  1. huhu..tibe2 teringat ubat gigi kat umah pon nk abis dah..hihi

    ReplyDelete
  2. dulu mase kat sekolah ade pemeriksaan gigi percuma. sekarang dah tak sekolah dah tak ade pemeriksaan gigi percuma, kena pergi klinik, tu yang malas tu...

    nak balik sekolah semula rasanya

    ReplyDelete
  3. hahaha...bagus2...mengimbau masa lampau...

    p/s : motif nk g ubt gigi je rupenyer..hahaha

    ReplyDelete
  4. eh? aku gosok gigi ntah pagi tadi... ngenggggg :D

    ReplyDelete
  5. hidung awak mancung macam tom kurus...hehe...

    cepat wat entri pasal hidung... :)

    ReplyDelete
  6. halamak . teringat zaman sekolah dulu

    belajar berus gigi dengan betoi . hee :)

    ReplyDelete
  7. hahak adoi, ensemlah sangat gigi tu kan wakakaka

    ReplyDelete
  8. aah,kita baru teringat dulu kena bawak cawan bebagai konon2 nak ajar cara gosok gigi,hehe

    semua duk tertonggeng2 gosok gigi :D

    ReplyDelete
  9. aah kat sekolah salu ade,,nurse tu siap bawak yg gigi palsu besar tu nak tunjuk care2 gosok gigi dgn betul.. haha

    Kisah kasim, wan dan laptonya

    ReplyDelete
  10. aku tak takut cabut gigi..tapi aku takut jarum suntikan bisu tu..adeh,,ngeri

    ReplyDelete
  11. terimbas kembali kenangan belajar gosok gigi kat sekalah..masa tu semua murid2 duk bandingkan berus gigi siapa yang paling cantik..hahahaha

    ReplyDelete
  12. macam cita upin ipin . ada kan ?
    nak bagitau gigi dy cantek ah tu. perasan ! hahaha

    ReplyDelete
  13. aku benci gile kalo kena jumpa dentist...demm!
    *tetibe :P







    cik ana.

    ReplyDelete
  14. gigi ang top referer kat gugel lani na...

    ReplyDelete
  15. tanpa gigi hilang nikmat sebenarnya... so jagalah gigi anda..:)

    ReplyDelete
  16. aku paling takut jumpa doktor gigi. =(

    ReplyDelete
  17. 1'st time dgr nme koleh..wahaha..=D
    awat hang xsenunuh sgt afzal smpai simpan taik gg..nk terjeluak dh niy..wakaka..=D..
    ha..paling bagus, 3x sehari..itu diamalkan oleh gue..biya sentiase kekal berseri..Muahahaha..=D..

    ReplyDelete
  18. haha hang jaga baris depan saja ke?...salah teknik...sayangilah gigi anda...

    ReplyDelete
  19. manisnya senyumanmu dengan ubat gigi Darlie

    ReplyDelete
  20. hahaha...lawak la~! ceit..kiranya gigi awak ni kacak la heh.
    senyum sentiasa..tayangkan senyuman colgate okeh~!!

    ReplyDelete
  21. koleh jugak yg kene~~ isy2.. ekekeke.. tetibe

    ReplyDelete
  22. paling takut masa misi dr klinik gigi dtg utk rawatan gigi....

    ReplyDelete
  23. dulu aku malu je kalau kena berus gigi kat sekolah. org lain cawan semua cantik cantik. aku je kole besi yang besar gila. padahal aku nak kot bawak cawan pirex tu. hahahahahah~

    ReplyDelete
  24. saya suka gosok gigi tapi gigi saya tak puteh2..hahahahaa..Pfttt%&^%!!!

    ReplyDelete
  25. haha teringat jugak aku masa sekolah rendah. masing-masing nak nunjuk koleh sape paling cantek. aisehh, tak matured langsung waktu tu.

    dah tu gosok gigi pulak tepi longkang. haha kelakau rasa :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com