Mee Bandung Muar HARAM DIMAKAN !!

1:45 PM

Assalamualaikum,

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Persatuan Pengguna Melayu Negeri Johor di sini menegaskan mee bandung Muar yang selama ini terkenal dengan keenakannya, haram dimakan! Unbelievable..aku macam gila sekejap. Weh menu feberet aku tu, kalau lalu Muar mesti mau singgah la. Kuah pekat likat, dengan rasanya yang marvellous..isk takkan la kot? Ni kalau aku dah tak boleh makan, sampai Muar aku nak makan apa? Takkan nak balun sugus je?


Penduduk Muar sendiri mendakwa yang mereka rata2nya terkejut mendengar berita ini. Walaupun sudah diberitahu pengharamannya, tetapi rata2 kedai menjual mee bandung di sekitar Muar terus beroperasi malah pengunjung tetap penuh seperti biasa. Ada yang bersetuju tentang pengharaman ini berkata ianya satu tindakan yang wajar diambil bagi mengelakkan kerugian kedai2 mee bandung sekitar Muar. Aik??Jap2 aku baca balik petikan tadi.

Sepatutnya,
Mee bandung Muar haram > kedai tutup > kedai rugi

Tapi petikan tu kata,
Mee bandung Muar haram >  kedai tutup > elak kerugian?

Musykil aku sekejap. Haji Kamarudin (bukan nama sebenar) yang ditemubual ketika sibuk interframe lalu lalang di belakang wartawan berkata, mee bandung Muar sememangnya haram dimakan SEKIRANYA pengunjung kedai tidak membayar harga makanan tersebut sesudah makan, dan blah begitu sahaja. Jadi jatuhlah hukum haram! Perghh mati2 aku ingat memang haram dimakan, kot2 la ramuannya ke hape.. rupa2nya haram dimakan sekiranya tak bayar. Maknanya kalau makan berbayar takde la haram kan?kan? Pada masa yang sama Dev Chandrapuri yang bekerja sebagai jurupam minyak di salah sebuah stesen minyak di Muar mengesahkan kenyataan Haji Kamarudin tadi adalah benar dan tiada apa yang benar selain yang benar2 belaka. Betul la tu, abis kalau dah semua orang pakat2 makan then lari taknak bayar.. lingkup la bisnes tokey kedai. Tak gitu?

Apa yang aku nak bagitau sini sebenarnya, segala hasil makanan yang kita makan mestilah dari sumber2 yang halal. Tak semestinya pada ramuannya, tapi cara kita memperolehi hasil makanan berkenaan. Aku pernah terserempak dengan sekumpulan lelaki yang makan, dan blah macamtu je. Tokey kedai tu pelik dan tak kata apa2 sebab dalam keadaan konfius. Tak rasa bersalah ke? Yela mentang2 la tokey kedai bizi dengan customer lain..boleh pulak korang amik kesempatan yek? Pernah terfikir tak makanan yang ko makan akan jadi darah daging..dan sehina2 tempat untuk daging haram hanyalah di neraka.

Kalau rasa takde duit, janganlah makan. Tak pun mintak la kengkawan belanja sekali sekala. Jangan sampai korang makan tak berbayar. Kita pun begitu.. pastikan apa yang kita makan adalah dari sumber yang halal. Sekiranya rasa tak pasti atau was2, elakkan je la. Ini akan menentukan zuriat yang bakal kita lahirkan nanti. Baik darah daging kita..baik jugalah zuriat yang kita dapat

P/s : Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan :)

You Might Also Like

46 comments

  1. ada je yang tergamak makan-makan blah macam tu...

    cisss kejuuuu sungguhlah..

    ReplyDelete
  2. mee bandung kt ipoh terbaekk derr. menjilat bulu idung~

    ReplyDelete
  3. ish, de plak makan xbayar... haishhh macam2

    ~hengat kan betul2 haram mee bandung kat sane tu... huhu

    ReplyDelete
  4. wahhh CB rindu mee bandung muar !!!

    dah lama takmakan sbb x ddk johor dah =.=` .~~

    btw , ingatkan haram betul2 :):)

    ReplyDelete
  5. hadoii mak..ingat betul2 lah tadi..baru nak buang dari list peberet makanan ni..ish suspen je

    ReplyDelete
  6. tapi aku selalu je makan tak bayar...sebab makan kat warung akak aku..kah kah kah

    ReplyDelete
  7. choii!!!igt ape le td....harammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!

    ReplyDelete
  8. ingt haram betul2 tadi.,.
    ceh,, mmg la xbyar haram untuk dimakan.. huhu..

    feveret tu.. terkezut berok tadi.. haha

    ReplyDelete
  9. memang tak baik tau..ramai buat cam tu..makan-makan tak bayar...terlupa ke atau sengaja..mana boleh lupa..makan sampai licin ingat lak nak minum air lepas tu...!!!ish!!

    ReplyDelete
  10. mati mati ingat haram lah tadi,adoyaii

    ReplyDelete
  11. hampeh tol afzal..dhla den mmg minat mee bndung muar..ngtkan tol2 haram..!!..siape xbayar mmg mengong kowt..tau mkn, xtau byr..aiseymen..

    ReplyDelete
  12. SEO ni...akakakak...

    aku nak makan buat sendiri...sbb aku terer masak okkkkkkkkkkk kahkahkah!

    ReplyDelete
  13. haha !! propaganda nya!!
    :P nasib baca dulu bru menghukum, klu main baca tajuk je? mmg kesimpulan KO lah jawabnya ..

    ReplyDelete
  14. dah tahu order dan makan wajib bayar...kalu tak haram bin dosa...

    ReplyDelete
  15. ingtkn btoi2 td..
    da la kg i kt muar

    ReplyDelete
  16. Erkk..faberet saya nih..trkezut jap bila kata haram..heheh :)

    ReplyDelete
  17. diriku tertipu...huaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  18. baru tgk mee bandung muar kat warung kita.terkejut jgk kalo haram.hehe..

    ReplyDelete
  19. ciss..wat suspen jerp....gupenye ade org mkn x baya ek..ingat de ramuan yg haram ker..huhu

    ReplyDelete
  20. tanjat boboi ~
    engatkan betul2 . selamat tak duduk muar . hehe

    ReplyDelete
  21. mesti Dr.Laili silap bagi ubat nih...overdos dah budak ni...buat entry mengejutkan masyarakat aje tau..~!!!

    ReplyDelete
  22. damnnn!!!matii2 ingt btol!!cis!!ahahaha gua terkene!! ;p

    ade jgkk ea org makan xbyr...xtakot dosa btol la org2 zamn skang nih~

    ReplyDelete
  23. uuuiiiissshhh, ad gak org cmtuh yerrkkk

    ReplyDelete
  24. terkejut kot ingt bnda betol. aishh. nasib baek sebab tak bayar jep.

    ReplyDelete
  25. ceitttttttttttt...
    baca ulang2 cunndaa, tak tertinggal satu ayat pun..
    terkena beb....hahaaa...

    mmg haram pun, makan char kuew tiaw caiyo kat bangi pun haram law x bayau beb...hahaaa...

    ReplyDelete
  26. mee bandung skolah rps shida terbek..hehe ttbe jer...ekekkee ;p

    ReplyDelete
  27. aku malas nak caye ko da lagi... :P

    ReplyDelete
  28. cess! tertipu rupanya!

    haha ingatkan betul betul haram. :D

    ReplyDelete
  29. la..aku ingatkan haram sbb kandungan die rupe2 nyer haram sbb tak bayar. Dah ramai sbnrnyer org wat macam ni. Blah gitu je. Selalunyer kalau kedai tu jenis tak cukup tangan nak layan.

    ReplyDelete
  30. pehhh aku dah cuak ingatkan memang haram... dhla aku slalu je makan mknan tu pastu tetiba kuar cite dia haram.. xmau la lagi... gelap hati aku weh... nasib baik stakat ni aku byr je lagi..

    aku gelak tang balun sugus tu haha

    ReplyDelete
  31. next time sebelumya makan suruh je bayar dulu ^_^

    ReplyDelete
  32. Kim salam kat hj kamarudin yg ckp x habis tu..ker kim slm kat yg buat N3 ni sbb buat tajuk yg bikin saspen nak mampuih!! hahaha..beria la kita dok teropong pict tu kot2 ada menda pelik yg tak halal..terbaek bro!!!

    ReplyDelete
  33. aku pun mati-mati ingat haram di makan, adei

    ReplyDelete
  34. patutlah haram.doh makan x boh bayar!

    ReplyDelete
  35. tak baik tau buat gitu! len kali bila nak makan baik bayar dulu....:P

    ReplyDelete
  36. wat suspen jerk...x elok lau dh mkn x bayor..jdik darah daging tu...

    ReplyDelete
  37. ada jugak eh manusia yang makan pastu blah gitu je.ish ish ish bod*h nye!

    sepanjang mak aku niaga kedai makan ni, takde lagi kes macam ni berlaku. kalau tak, mak aku lesinggg je haha.

    ReplyDelete
  38. peh..tak nak berderau lak kan darah den baca tajuk entry nih. saiko2...~! peberet tuu mee bandung muar.
    kalau makan then tak bayar memang haram la.. neraka jahanam la untuk gol macam ni.

    i loike....makan untuk hidup~!. (^^,)

    ReplyDelete
  39. fuhhhh. ingatkan haram bebetul.

    ReplyDelete
  40. ingatkan letak benda apa yg harammmm!!!

    manusia yg tak pk halal haram mmg camtu... jd darah daging.. iskh3x

    ReplyDelete
  41. wah..terkesima dan terperanjat sekejap..ingatkan haram apa..

    ReplyDelete
  42. cis, saye yang tinggal kat muar ni terkesima.

    ReplyDelete