Meh Sini Aku Nak Ajar Gerakan Kombo!!

11:11 PM

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak ajar korang satu ilmu yang jarang2 benar orang guna pakai sekarang. Ni bukan ilmu salah okey, aku dah dapat pengesahan dari SIRIM dan JAKIM malah turut disokong oleh Belia 4B Kampung Ulu Bertam Hilir, Melaka. Tapi ilmu ni ada pantang larangnya, tak boleh digunakan selalu dan bergantung pada keadaan.


Apa akan korang lakukan bila housemate korang ajak keluar makan?

  1. Follow tanpa banyak songeh
  2. Kata korang dah makan
  3. Buat alasan bangang sebab korang takde duit (situasi ini biasanya berlaku hujung2 bulan)
  4. Korang menolak pelawaan
Jadi aku dah praktikkan ilmu ni lepas Isyak tadi, alhamdulillah berjaya dilakukan ke atas housemate aku. Aku namakan gerakan kombo. Gerakan ini memerlukan kemahiran, kepantasan dan keyakinan diri. Kalau tak konfom korang akan gagal.

*AMARAN KERAS : Gerakan ini tak boleh dilakukan bersama MINUMAN KERAS!HARAM!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila housemate korang pelawa untuk keluar makan, contohnya ;
"Afzal..Jom keluar makan"

Dengan tertib lakukan gerakan kombo dibawah disertai toma'ninah ;
Sebut "Err..Err" + Kerutkan dahi + Tunduk dan garu kepala sambil ketap bibir (Ni critical hits)

Dengan kombo yang korang lakukan, secara tak langsung korang berjaya merentap emosi dan melembutkan hati pihak musuh. Dan inilah hasilnya ;

tomyam campur, kailan ikan masin,daging masak merah, telur dadar,
sambal belacan, ayam masak padprik JEEE!!

Ini bergantung pada tahap kecekapan korang, kalau korang masih belum mahir.. mungkin kurang sikit la bilangan lauk yang akan diorder oleh housmate korang tu nanti. Usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba disamping kenyang perut, duit makan korang juga dapat dijimatkan lebih2 lagi tengah2 bulan macam ni. Haha

P/s : Rasa macam nak berpantun pulak ;

         Gendang gendut tali kecapi,
         Kenyang perut sukahati. Lalala ~

You Might Also Like

26 comments

  1. sodapnyer..dah lapo balik ni...hukhukhuk

    ReplyDelete
  2. kalau lauk cammtu mana boleh tahan Bro!

    ReplyDelete
  3. perh ptt la konyang + ska hati..haha nice (^_^)v

    ReplyDelete
  4. aku da lama praktikkan da cara ko ni..ptot ko tanya aku je..hahah

    ReplyDelete
  5. aduh..terus terase lapa kot.......

    ReplyDelete
  6. arghhh!!!!lapar nyer...bole delivery x?

    ReplyDelete
  7. puteri kasih - adoyai lapo benda,perut kenyang dari malam tadi tak ilang2.huhu

    iaryylr - kehkehkeh takkan tak boleh tahan kot?haha

    Rafidah Mohamad - kenyang sebab org banje :)

    aku - ko tak bagi tau aku,kalau aku bagi tau ko awal2..aku masukkan nama ko skali.hehe

    zuera - barang yang lepas..jgn dikenang.dah jadi ta*k pon.hehe

    Anonymous - kalau la boleh dipos2 kan.tapi nak buat camne..org yang banje.suh org tu yg poskan.huhu

    ChaCha - saya bukan kaki pow la.saya kaki saiz 8 :P

    ReplyDelete
  8. gerakan kombo bunyi mcm pasukan tentera je..hahaha :)

    ReplyDelete
  9. buruk perangaaaiiii! hahaha.. kalau i lah ur roommate, sekali dua boleh aje. ketiga keempat i lipat-lipat duit u masuk lam poket i. hhaha

    ReplyDelete
  10. Mrs.Yie - bukan la.kombo kepsi.jom kak,akk banje.kihkihkih

    Paris Hilton (M) - ya emang beneerrr!!haha

    sofeafaudzi.photography - ala sekali sekala.jarang 2-3 kala.haha :D

    ReplyDelete
  11. bro kire gerakan kombo ni buat muka seposen laaa bro..huhu

    ReplyDelete
  12. harrazdani - haha tu la pasal.unsangkarable menjadi pulak tu.haha

    ReplyDelete
  13. anda memang sengaja menyentap hamba punye keimanan

    ReplyDelete
  14. ptut la xleyh tdo...dah mkn bnyk sngt...huhu...jgn amalkan selalu ye..=)

    ReplyDelete
  15. patutlah kenyang2 sendawa dekat blog orang malam tadi....cisss kejuuu..

    nak cuba la..hehe.. ^_^"

    ReplyDelete
  16. cissss. kalau depan aku hang buat camni apzal. makan sup kasut size 6 la nampaknye....ngeh ngeh..;P

    betul betul kaki paw. hhahahah

    ReplyDelete
  17. leh try pasni smbil uji tahap keyakinan diri..hehe

    ReplyDelete
  18. haha esok jangan lupa buat lagi..mesti lagi lumayan..haha :D

    ReplyDelete
  19. huuuuhuuu...bahagianya da ru mate yg memahami mcm nie yer...huhu

    ReplyDelete
  20. ctk - mana ada.takkan tersentap kot?mari bersantap :P

    moon - tak amalkan pon.bergantung kepada betapa kritikalnya dompet bulan tu.hehe

    AIEN NOT ALIEN - mana ada saya sendawa.org lain kot?saya datang korek telinga je

    cik kiwi's - baru oertama kali pow ni.mana ada selalu cikgu.uhuk3

    chiLleD...!! - cuba ngan watak2 kecil dulu tau.watak yang senang diklepet spt mak abah dan adik beradik.hehe

    milo - sekali sekala je.tak leh buat selalu.nanti gerakat tu boleh dibaca pihak musuh.haha

    Pure Mahabbah Fillah - dia mana memahami..cuma dia terdesak takde transport.hujan malam tu.hehe

    ReplyDelete
  21. orite afzal..nanti tuan hamba cuba..hehe

    ReplyDelete