Blog Sihatimerahjambu

Apa Ada Di Bilik B404??

1:01 AM

Jam mula menunjukkan kurang 15 minit pukul 2 pagi. Azad dan Sahlan masih lagi berada di meja belajar masing2. Walaupun mata Azad semakin berat, tetapi dia harus terus berjaga selagi kertas kerja yang diarahkan oleh Puan Rogayah belum disiapkannya. Bila difikirkan pensyarahnya yang macam singa itu.. Azad terpaksa ambil risiko. Biar tunggang terbalik sekarang, jangan esok di kelas dia di denda berdiri atas kerusi seperti yang berlaku pada Syuib dan Munzi. Malu dia seminggu!

Sahlan masih macam selalu, hanya membawa dirinya sendiri. Pada mulanya Azad fikir dia sangat beruntung dapat bilik yang dikongsi berdua sahaja dengan Sahlan..tetapi dia tak sangka pula Sahlan kera sumbang seperti ini. Sepatah yang ditanya..sepatah pulak yang dijawab. Ai kalau macamni sampai hujung sem, boleh jadi gila Azad tapi nasibla si Fauzi dan Azim rajin lepak stadi ngan dia. Almaklumlah biliknya besar.. tinggal pula berdua. Cukup selesa untuk dorang lepak bersama2 tambahan pula si Sahlan sering keluar rumah pada pukul 2 pagi.. setiap hari tak pernah miss walau satu hari pun. Azad cuma bersangka baik yang rakan serumahnya itu pergi stadi grup atau buat grup discussion. Jangan si Sahlan ditangkap buat bukan2 sudah.. alamat gelap la masa depan dia untuk dapat hostel lagi akibat dituduh bersubahat. Simpang malaikat 44!


Macam biasa tepat pukul 2, Sahlan mula menjinjing buku2nya keluar meninggalkan Azad tanpa sebarang pesan.. Azad dah tak kisah. No heart feeling la kata orang putih, mungkin kerana dah biasa dengan fiil si Sahlan tu. Dia sendiri tak sedar pukul berada si Sahlan akan pulang kerana sebaik Sahlan pulang..dia sudah enak dibuai mimpi. Selang beberapa minit Sahlan keluar.. macam biasa Fauzi dan Azim datang menjenguk. Hai untung jugak ada mereka, tak kering gusi malam2 Azad. Ada saja keletah Fauzi yang acapkali menganjing si Azim membuatkan waktu pagi2 mereka hiruk pikuk dengan gelak ketawa. Kalau dorang ada.. alamat lambatlah dia nak siapkan kerja tapi sekurang2nya mereka boleh temankannya menceriakan suasana yang sepi.

Malam semakin larut..hujan baru sahaja reda. Cengkerik bersahut2an diselangi dengan bunyi2an katak. Mereka berborak sakan, membiarkan si Azad menyiapkan kerja yang masih tertangguh. Ada ketika Azad turut mencelah sekadar mengurangkan rasa mengantuk matanya. Tatkala mereka sedang leka berborak.. tingkap bilik Azad diketuk dari luar. Mereka terdiam seketika, Azad menghampiri tingkap. 'Tido..tido! Dah pukul berapa ni?', suara garau tersebut datang dari luar. Kelihatan pakgad hostel di situ membuatkan Azad tersengih2 macam kerang busuk. Sebaik pakgad tersebuat beredar.. Azad segera menutup tingkap dan kembali menghampiri Fauzi dan Azim. Kelihatan aneh apabila dia mendapati Fauzi yang bising mulutnya itu terdiam seribu bahasa manakala Azim berpeluh2 walhal cuaca tak sepanas mana malam itu.. baru lepas hujan kan?

'Azad ko tak perasan ke tadi?', Azim cuba memulakan perbualan..tetapi agak kaku membuatkan Azad sedikit kebingungan. Fauzi hanya membisu membiarkan Azim terus bercakap. Azad sekadar mengangkat kening minta Azim meneruskan bicara. 'Agak2 ko la..apa yang pakgad buat kat luar tu sedangkan rumah ko ni berada di tingkat paling atas dan tiada balkoni di luar sana untuk dia berjalan!' kata2 Azim membuatkannya terus terkesima..terkedu. Yela masakan pakgad boleh berada di luar tingkap biliknya padahal di bahagian luar tingkap biliknya tiada laluan pejalan kaki mahupun balkoni! Fauzi mula beredar diikuti Azim meninggalkan Azad dengan seribu persoalan. Mereka taknak 'pakgad' yang sama datang menjenguk mereka buat kali kedua! Azad tanpa banyak bicara kembali ke katil, menarik selimut.. membiarkan lampu bilik terbuka. Harap2 Sahlan cepat balik..sekurang2nya dia tidak keseorangan.

Azad masih belum tido manakala jarum jam mula menunjukkan pukul 3 pagi. Tatkala itu pintu bilik dikuak, kelihatan Sahlan baru pulang. Lega rasanya..mahu sahaja dia menceritakan apa yang berlaku, tetapi niatnya ditangguhkan ke esok hari. Azad buat2 tido.. manakala Sahlan langsung tidak memandangnya malah terus kembali ke meja belajar.'Ai kuatnya ko stadi Sahlan oi..kalau tak dekan aku pun tak tau', getus Azad di dalam hati yang kian reda perasaan takutnya itu. Sebaik sahaja Azad cuba menutup mata.. Azad tiba2 terkedu. Peluh jantan dia kembali mengalir dan berderau darahnya apabila melihat Sahlan tanpa bergerak dari meja stadi memetik suis lampu bilik yang jaraknya hampir 10 meter. Tangannya memanjang!! Azad rasa mau pitam..ingin saja dia menjerit. Dia terus memerhati rakan sebiliknya itu yang kemudiannya menghampiri tingkap. Azad seolah tidak percaya yang dia melihat Sahlan terjun tingkap! Jelas kedengaran jeritan suaranya sebelum mencecah bumi.. rasanya. Azad memberanikan diri menghampiri tingkap, dilihatnya tiada siapa di bawah! Tiada Sahlan..tiada susuk tubuh malah tiada orang yang keluar untuk memerhati. Yela punya kuat suara orang menjerit takkan tiada siapa yang perasan? Patutlah Fauzi sering bercerita mengenai suara orang menjerit malam hari..rupanya suara itu datang dari biliknya sendiri! Sedang Azad leka mencari jawapan, tak semena2 dia di sapa dari belakang. 'Cari siapa??' suara itu datang dari Sahlan yang menyeringai berdiri di belakangnya, Azad rasa kepalanya makin berat sebelum pandangannya semakin kabur dan gelap..

Seminggu sebelum..

'Encik boleh la. Saya tak kisah ditempatkan di bilik mana pun. Mahal pun mahal la janji saya dapat bilik sem ni', rayu Azad kepada salah seorang staf kolej berkenaan. Staf tersebut tak mampu berkata apa lagi kerana balik2 muka Azad juga yang muncul seawal 8 pagi.. setiap hari. 'Nah ambil kunci ni. Tak perlu bayar. Agak2 kalau awak ubah fikiran tak nak duduk lagi, pulangkan kunci pada saya balik', jelas staf berkenaan. Azad tersenyum puas. Tak sangka akhirnya dia dapat bilik di tingkat 4 itu..bilik yang setahunya telah lama berkunci tanpa penginap, tetapi dia sendiri tidak tahu di sebalik bilik tersebut terdapat satu kisah yang seharusnya tak perlu dikongsi oleh sesiapa pun kecuali staf kolej berkenaan..itulah bilik B404!

You Might Also Like

38 comments

  1. memang bagus aku baca cerita ko ni tgh2 malam...dan sekarang aku takleh tido.demn! +.+"

    ReplyDelete
  2. suspen..suspen...ada sambungan tak..manalah tahu..bilik2 lain pulak...heeee

    ReplyDelete
  3. apzal!!~~ xberani nak bace..hukhukhuk..

    ReplyDelete
  4. hahahah. hantuuuuu tangan panjangggg.....hahahah. kenapa aku tak takut ni?. hahha..oh lupa hari dah sianggg...:P

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sib baik malam tadi tak baca..

    wah..boleh menulis cerita seram ni..Chaiyok!! Chaiyok!!

    ReplyDelete
  7. mujur akak baca cerita ni siang2,...
    huh!

    ReplyDelete
  8. best. sambung la lagi. kat asrama kan banyak citer hantu...hehe

    ReplyDelete
  9. nasib baik baca siang2....kalau mlm...tak tido den....

    ReplyDelete
  10. mmg sengaje tanak bace. psl skrg tgh menginap kt area hospital HTAA.. sebelah block ni plak wad dahlia (orang mental)..sebelah lg satu bilik mayat. lain kali la datang bace eh.

    ReplyDelete
  11. makk aihhh nasib pukul 10.++ am


    kekekeke

    tapi kannnn, apasal tgn panjang? elastik kah?
    demmm

    ReplyDelete
  12. asal aku baca pagi hari pun seram...
    maybe sorg2 kot... huhu ^.^

    ReplyDelete
  13. huhuhu..cerito ni berlaku lobih 10 tahun dulu...kat tempat den blajar..
    hehehehehe

    ReplyDelete
  14. mak aiii~naseb emy bace da tghri..hahaha :)

    ReplyDelete
  15. Khusyuk baca citer niyh..dengar org bersin terus berderau darah..huhu

    ReplyDelete
  16. cam seram je..ape jadi pastu..dah ok dah le?

    ReplyDelete
  17. boleh baca sampai habis...

    ka-gum... :)

    ReplyDelete
  18. huwaaaaaaa nasep bace siang hari.. tapi tapi tapi..... ahhh, lantak ah..takmo igt pape.. wuwuwuu

    penah tgk kawan kena rasuk dgn mata kepala sendir mase skola teknik dulu.. huk3

    seram sejuk! adeehhh =.='


    ~ sayetaksukemasam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. uwarghh! takut! penah jadi jugak kat jiran sebelah.mcm ni lar cerita dia.ada pak guard lalu kat tingkap padahal dia kat tingkat atas skali.
    meremang bulu roma..=.=

    ReplyDelete
  20. emm, citer hantu lagi,.dulu aku ske bace gakz cite2 hantu nie,tapi entah nape aku rase cam mengarut je,. sepanjang 20 tahun hidup nie, tak pernah lak aku alami ape2 yg pelik even dr form 1 sampai skrg aku stay asrama and hostel,.pagi2 buta g basuh baju sensorang kat blok lain,pegi toilet yg terletak hujung blok sowrg2,kdg2 jln belakang blok sowrg2 sambil mengelamun, nothing such story happened to me,.so adakah tu cerita benar or sekadar khayalan?

    ReplyDelete
  21. eleehhhhhh x takot pong...hahahhha

    ReplyDelete
  22. ade geng rupa2nye di bilik 404 itu...mantap...

    ReplyDelete
  23. boleh buat filem ni....panggil shaharudin thamby berlakon...jadi hero...hahaha

    ReplyDelete
  24. hehe boleh baca sampai habis..ngehngehngeh

    ReplyDelete
  25. :'( teringat pulak citer block 404 ..

    ReplyDelete
  26. betul2..teringat cite blok 404. huhuhu..nasib baik baca di siang hari.. huh..~!

    ReplyDelete
  27. hohoh..macam hantu dalam cite kak limah pulak....tapi hantu tu 'kopek' die je yang memanjang..muahahahhahahahaha :P

    ReplyDelete
  28. ct bce siang2 ckit eh..tgh mlm ni..ahahhaa

    ReplyDelete
  29. nasib baek tak bace entry nie malam. keh keh. selamat betol.

    ReplyDelete
  30. setelah lama menanti, AKHIRNYAAA cerita hantu kembali hehe penat tunggu huhu

    ReplyDelete