GAME : Tag, Tanya dan Jawab

9:35 AM

Assalamualaikum,

Wallaweh rasa dah 18 tahun aku tak jumpa korang, hari ni aku nak balas dendam, balas jejak dan balas segala apa yang wajib aku balas. So memulakan hari aku dengan bismillah, aku start dengan segmen. Yeah banyak pulak kengkawan aku tag segmen atas nama aku :) Takpe2 korang punya pasal..aku kasi habiskan semuanya dalam satu hari ni. Hehe


Segmen di atas telah di tag oleh Sis92. Ai macam2 soalan dia tanya, ape dia ingat aku ni datang temuduga kerja ke hape? Tapi dengan hati yang tulus mulus dan suci murni..sesuci minyak masak, sungguh suci..sungguh murni ni aku dengan rela hati menjawab segala pertanyaan yang membelenggu benak fikirannya itu :P

Nama sebenar awak dan nama manja dalam keluarga/kawan?
Okey nama sebenar aku Mohd Norafzal bin Narawi. Nama manja Cumi dan Ciki. Nak panggil comel pun boleh. Hahaha. Takde2. Dalam famili dorang panggil aku Along, ngan kengkawan dorang panggil aku Afzal

Bila diri sangat sedih atau teruja, siapakah orang pertama yang kamu kongsikan perasaan tu?

Aku kongsikan ngan sape? Aku terus shout dalam blog!

Umur awak dan hadiah hari jadi yang paling kamu sayang?

Umur aku dah sama umur ngan kawan aku yang sebaya masa sekolah rendah dulu. Hadiah yang paling aku sayang? Takde satu kot sebab semua pakat2 banje makan je..dah jadi taik!

Jenama laptop yang kamu guna sekarang?

Aku pakai Compaq Presario CQ40 dengan kebolehan lain menjadi mesin basuh separa automatik

Hobi dan minat kamu?

Aku suka membaca, aku suka berblogging, tengok movie dan main game

Bakat terpendam dalam diri kamu?

Boleh la melukis sikit2, karaoke kasi cuaca mendung


Masih solo atau tidak..nyatakan sebab..
Masih cuba merakam album solo dengan lagu aci2 buka pintu dan 18 lagu lain antaranya semut bertelur dipusatmu, teh tarik kurang manis straw lebih ikat tepi, dan kau kunci jandaku di dalam hatimu

Kenangan waktu sekolah yang paling kelakar

Aku tengok cerita senario.Memang kelakar habis lah!! Hahaha. Sampai sekarang tak habis lagi ketawa!!

Cerita kartun kegemaran?

3 Abdul dan intisari rancangan

Lagu  yang kamu paling benci?

Lagu tajuk Benci

Rakan blogger yang kamu paling suka dan kata-kata untuknya..berikan jantina berlawanan..

Kepada 'awak'..jangan lupa berus kaki sebelum tido sebab kaki awak bau cagu!


Ok sekarang tiba giliran aku pulak, aku akan bagi 11 soalan dan tag kepada geng2 lain. Macam tu caranya kan?


  1. Apakah perkara yang paling korang benci?
  2. Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan?
  3. Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan?
  4. Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan? Kenapa?
  5. Korang suka baca komik tak? Kalau ya watak apa yang paling korang minat? Kenapa?
  6. Korang nak pasangan yang macamana? (Selain beriman, hormat ibu bapa, bekerjaya bla bla bla - jawapan cliche)
  7. Korang suka tengok cerita genre macamana? Kenapa?
  8. Korang ni sensitif tak? Apa yang mudah menyebabkan korang terasa hati?
  9. Korang terjumpa RM100, apa yang akan korang lakukan?
  10. Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama?
  11. 1st impression korang terhadap aku? Hahaha :D
Aku nak tag beberapa nama kat sini




You Might Also Like

28 comments

  1. waa..tag aiN ey..TQ..nak join kex..nak join kex..rasenyer minggu niy minggu bersegmen..i'll..Thanx apzal..(^____^)..gudluck 4 u..

    ReplyDelete
  2. banyaknyer soklan zall...kene jawab semua atau pilih lima cam SPM..hahha

    ReplyDelete
  3. 11 soalan je? napa tak 11 x 3?? hahahaha...

    berpeluh hidung nak jawab ni...ok.. akan dijawab..tunggguuuuu~

    ReplyDelete
  4. tak menahan nak panggil ko comel..satgi ko asyik kembang jerk weh..hehehe =D

    yekeee bila sedih ke apa, takde ehem2 tlg dengar ke? =D

    ahaks! sengal lahhh ko minat intisari rancangan =D

    nanti nak jawab soalan rain...thankssss tag wani =)
    ingat lagi nama wani ye..hik3

    ReplyDelete
  5. okeh, kau kunci janda di dalam hati ku.. memang tak blh blah la apzal~!! Hahahaa, gudluck.~! =)

    ReplyDelete
  6. ewah2 cik afzal..jawapan mmg terbaik la pelakon baru popular ni..
    :P

    terima kasih :)

    ReplyDelete
  7. kwang jooooo kan hehehehe mencabar lagi ni...jup aku baru nak warm up otak ni...jup jup eyhhhh

    ReplyDelete
  8. jawapan masih solo..sgt2 cliche noks..kahkahkahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. bila nak rakam kesemua lagu tu?hehe tak sabar nak beli album nanti,teehee

    ReplyDelete
  10. waaaa cumi? biaq betul..meremang sume bulu..hahahaha

    ReplyDelete
  11. waaaa cumi? biaq betul..meremang sume bulu..hahahaha

    ReplyDelete
  12. comel celah mana xtau la tu. lubang idung mungkin.

    gugur bulu ketiak kalau dengar lagu afzal tu.

    ReplyDelete
  13. semut bertelur dipusatmu, teh tarik kurang manis straw lebih ikat tepi, dan kau kunci jandaku di dalam hatimu mmg lagu xleh blah..hahaha

    ReplyDelete
  14. pasni kene tukar suka suki ciki pulak lah :p

    ReplyDelete
  15. hai. saya rain. artis negara koroe dekat dekat korea..
    saya nak berkenalan dengan cumi. hai~

    ReplyDelete
  16. berpeloh aku nak jawap ni weyh hahahaha.....!!!!tetiba bizi lak nieeyy!!!!

    ReplyDelete
  17. hahahahahah suka tgk jawapan anda n saa nak tunggu album solo kuar :) nanti bila saya dah siap sapukan minyak pada thambi sebelah saya akan jawab ya:) tunggggggggggguuuuu uhuks

    ReplyDelete
  18. menda xtag gua banglong!ni boleh mengundang kemarahan. gua sunat lu lagi sekali bru tau.

    huahahaha!

    ReplyDelete
  19. tq tag aku..actually aku tgh busy kat ec mall ni..bro dtg sana cari aku kat kaunter urusetia..aku bertugas hari sabtu pagi sampai ptg

    ReplyDelete
  20. hahaha..
    jawapan bagi orang pening je..

    ReplyDelete
  21. SIAAAAPPPP!!! hahahaha
    http://ch000tz.blogspot.com/2011/10/segmen-tagging-mentagging.html

    ReplyDelete
  22. apa hal ni????? kahkahkahkahkah!@#$%$#@!@#$%

    ReplyDelete
  23. hahaha..terbaekk lah alongg!!!..

    lukis kartun untuk aku..hahahaha

    ReplyDelete
  24. adoi adoi.. sakit perut baca skema jawapan..

    ReplyDelete