Hot Juga Aku Rupanya..

10:50 PM

Fuad terkejut. Apa yang berlaku sebentar tadi sememangnya bukan imaginasinya semata2. Dia menoleh ke arah Zubir, kelihatan Zubir juga begitu. Adakah itu merupakan petanda mengatakan yang dia juga tergolong dalam kalangan jejaka 'howt' ?? Kembang kempis hidungnya, sekembang kempis hidung encik kuda belang sewaktu berlari2 tanpa henti di saujana padang yang luas terbentang. Perghh! Ni kalau mak dia tau, mesti mak dia turut bangga.. bangga sehingga menitik hingus tanda terharu. Hoho


2 tahun yang lepas, Fuad merupakan pelajar biasa yang berpeluang untuk belajar di sekolah berasrama penuh. Gelora jiwa muda mana yang tidak mahu berpasang pasangan. Ke kiri..ke kanan..pusing keliling asrama, matanya hanya mampu menatap pasangan2 pelajar bergurau senda berdua, berkejar kejaran, buat2 terjatuh berguling laksana adengan filem hindustan layaknya, makan pun bersuap suapan seolah2 melihat dua pasangan OKU yang tiada tangan. Ah sungguh indah pasangan2 yang hangat bercinta itu waima cinta munyit sekalipun. Bunyi seakan cemburu..Ya! Memang Fuad cemburu. Kenapa dia tidak berpeluang merasakan suasana sebegitu? Apakah tak cukup Amir Khan dirinya pada Zetty? Adakah kerana dia terlalu Aaron Aziz pada pandangan Aziah? Kerana itulah dia nekad..dia menganggotai Persatuan Agama Islam Maktab bagi menunjukkan rasa protes terhadap apa yang berlaku pada dirinya. Lagaknya seperti sida yang dikasi di istana..begitulah yang terjadi pada dirinya. Sebaik menjadi sebahagian daripada badan kepimpinan itu, tiada hiburan apatah lagi tiada perkataan wanita dalam kamus hidupnya selagi dia berada di sekolah berkenaan.

Tetapi apa yang berlaku tadi benar2 menduganya. Dia langsung tak menyangka masih ada orang yang tahu menilai seni dan menyimpan perasaan terhadapnya dari jauh. Surat yang diberikan oleh salah seorang pelajar junior itu tadi kepadanya, merupakan surat pertama yang diterimanya setelah dia hampir menapouse di sekolah tersebut. 'Abang..ada akak kat sana tu suruh bagi kat abang. Dia nak jumpa abang petang ni kat depan padang', kata2 dari budak tersebut sahaja sudah cukup membuatkan hatinya berbunga2 cinta. Lagu kau kunci cintaku di dalam hatimu nyanyian Ramlah Ram turut berkumandang di kotak fikirannya sebagai lagu tema percintaannya buat pertama kali itu. Fuad memandang Zubir, Fuad tersengih..Zubir mencebik. 'Elleh dengki lettew'

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 6 petang walaupun janji untuk berjumpa seawal pukul 5.30. Ah pedulikan itu semua.. lautan api sanggup direnangi inikan pula lewat setengah jam. Dia tau yang Laili, admirernya itu sedang bersolek2, menghias diri semata2 untuk bertemu dengannya. Laili, rakan tingkatannya itu cukup sinonim dengan gelaran gadis ayu sering menjadi perhatian rakan2nya yang lain. Selama ini Fuad tak tahu pulak yang Laili ada menyimpan perasaan terhadapnya. Itulah untungnya bagi mereka yang sabar.. tengok sekali yang datang awek cun laa!! Dari kejauhan Fuad melihat Laili berlari2 anak menghampirinya. 'Amboi bakal awek sape la ni..cantik yang amat!!', katanya di dalam hati.

Tatkala Laili ingin bersuara, Fuad lantas merapatkan jari telunjuknya ke bibir Laili sambil menggeleng2 kepala. 'Awak tak perlu kata apa2. Saya dah tahu segalanya. Saya tak sangka selama ini awak ada menyimpan perasaan terhadap saya. Saya appreciate perasaan awak itu tetapi malangnya saya tak dapat menerima awak buat masa ni kerana takut ramai lagi gadis lain makan hati berulam jantung melihat awak dengan saya. Walaupun awak ada nyatakan suka memerhatikan saya berjogging setiap petang.. padahal saya tak pernah jogging pun. Itu sudah cukup membuktikan yang perasaan awak pada saya selama ini adalah benar..' Perghh lancar dan teratur ayat yang disusunnya. Penat dari pagi tadi dia hafal, tak sia2 juga akhirnya. Sempat jugak dia keluarkan ayat jual mahal tadi.. saja nak bagi si Laili touching. Muka Laili berkerut.. haa..tu takutlah tu cintanya ditolak padahal Fuad la orang yang paling gersang beria2 macam munyit dapat bunga!

'Er kelakar la awak ni Fuad. Sorilah saya tak tau nak explain macamana, sebenarnya adik yang bawak surat ni tersalah hantar ke awak. Surat ni saya nak bagi kat Zubir sebenarnya. Maaf ye wak. No heart feeling ye?', kata2 daripada Laili itu membuatkan dunia Fuad gelap gelita..dah macam cerita Kasim Selamat! Mukanya serta merta terkemut ke dalam. Bila teringat apa yang diucapkannya tadi..macam gampang pulak! Manalah dia nak sorokkan muka. Patutlah dalam surat Laili ada menyatakan dia berjogging.. padahal dia tak pernah pun. Bukan setakat jogging, naik tangga ke kelas pun sudah buat dia semput. Fuad mencebik rasa mahu menangis. Dia lantas berlari2 manja meninggalkan Laili kebingungan. Tatkala itu juga dia mula membayangkan muka Zubir yang tersengih bagai kerang busuk mengejeknya. Dia pasti ceritanya ini akan jadi sejarah selama dia berada di maktab berkenaan. Hampeh!

You Might Also Like

36 comments

  1. Ish..sian kat Fuad..harapan dah menggunung,rupanya salah bg surat pulak..sadis sungguh

    kawan saya pernah cakap, lebih baik ditimpa kayu balak dari ditimpa perasaan..tapi saya tak setuju sgt..klu dah kena timpa kayu balak, klu tak meninggal, OKU seumur hidup.. :)

    ReplyDelete
  2. inilah bahananya kalau perasan....

    ReplyDelete
  3. hahahaha.."HOT"lah sgt..hot telinge berasap..kikiki

    ReplyDelete
  4. oh..apakah rasanya bila ditimpa perasaan..sakit tak?

    ReplyDelete
  5. siapa suruh perasan sgt! pdn mukeeeeeeee...

    ReplyDelete
  6. Perasan sampai macam tu sekali yang xley blah tu..kan dah malu sendiri..sorok muka balik dapur la jawabnya..haha :P

    ReplyDelete
  7. ish2...camno leh salah org ni..kesian puad...haha

    ReplyDelete
  8. terbaek..gaya bahasa yang bersahaja..santai gitu..

    ReplyDelete
  9. alahai.kesian fuad...tp xley bla time luahkan pasaan tuh...malunyerrr

    ReplyDelete
  10. dalam kes ni..zubir tak main peranan besar punn. tapi dia hero sebenar rupanyaaa..hahahah.

    fuadddd. ok la tu..atleast ade jugak yg hantar surat. niar tersalah punnn.hehe

    ReplyDelete
  11. malunya!! hehehe.. tu la perasan sgt... kcian kt fuad..

    ReplyDelete
  12. haha.. sian nye.. sabarla fuad oi.. hakhak

    ReplyDelete
  13. Please visit : http://taufiq-tour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. x pe....bunga bukan sekuntum....nanti ada lah yg berkenan kat fuad tu yer..hehhehe...

    ReplyDelete
  15. keh3....malu woah..~!! ter-perasan sudaa..

    ReplyDelete
  16. lari ala ala hidustann ahh, hahaha, xley blaa,boleh plak silap bagiii,malu gilaa weyyy.huhuhuuhu.. :)

    ReplyDelete
  17. konfiden sangat dalam berperasaan kadang2 tak salah...hihi..

    yang salahnya keadaan....mangsa keadaan...boleh silap bagi surat pulakkkk..cian dia... :)

    ReplyDelete
  18. hahaha!!~~nk anta ker zubir, teranta ker fuad..tian2..pemberi surat xexplain betol2 ler tu..hukhuk..malu2..=P

    ReplyDelete
  19. kesian..tapi tu la..
    nak tergelak....
    wakakakakk

    ReplyDelete
  20. hehehe siann..p 2laaa kna priksa btul2 sbelum wat papa or kta papa

    ReplyDelete
  21. rasa kesian dan nak tergelak sekali..dua dalam satu..hahahaha

    ReplyDelete
  22. lecturer sy cakap perasan dan perasaan xsame. perasan lagi teruk dari perasaan. hahaha

    ReplyDelete
  23. haha..mcm cerita dumb & dumber bro...

    ReplyDelete
  24. fuad adalah simbol lelaki sejati.....

    ReplyDelete
  25. bhahahaahaaa

    gelak gulink2 ni! maaf lah fuad tergelak kat awak.. ngeeee~

    ~fuad, cube lagi okeyh.. hihi

    ReplyDelete
  26. haha sentap fuad!
    pgajarannya jgn over eksaited!

    ReplyDelete
  27. *hanya mampu gelak..
    hahahhahaha..:P

    ReplyDelete