Blog Sihatimerahjambu

Aku Bukan Malaikat

2:10 PM

Assalamualaikum,

Aku bukan malaikat..
Yang boleh baca isi hati dan menyelami perasaan orang setiap masa

Aku bukan malaikat..
Yang terhindar dari melakukan sebarang dosa2 samada sedar atau tidak

Aku bukan malaikat..
Yang mampu menjaga hati setiap insan yang berada di sekeliling aku


Ye..aku bukan malaikat. Aku cuma manusia biasa macam korang jugak. Aku tak tau di mana silap dan salah aku, aku dipandang sepi setiap masa. Aku ada buat salah ke? Ada sebarang tutur kata mahupun perbuatan aku yang buat korang terasa? Kalau ada..apa yang aku benar2 harapkan supaya korang meluahkan, bukan simpan di dalam hati yang lama kelamaan menjadi api membakar diri.

Ye.. aku bukan malaikat. Aku tak tahu apa yang korang mahukan apatahlagi apa yang korang harapkan daripada aku. Aku cuba lakukan yang terbaik. Aku juga cuba berbuat baik..berbual, tetapi aku disapa dengan pandangan yang sinis. Kenapa? Dulu kita tak macamni..kita akrab. Aku rasa kita dah macam adik beradik. Apa2 dikongsi bersama. Kenapa tidak sekarang?

Ye..aku bukan malaikat. Aku tak rasa hina bila kerapkali memohon maaf walaupun aku sendiri tak pasti di mana salah dan silap aku. Aku dihukum di atas kesalahan yang aku sendiri tak pasti. Katakanlah sesuatu walaupun ianya pahit buatku.. sekurang2nya aku tahu di mana kekhilafan aku selama ini dan aku cuba pastikan aku takkan mengulanginya lagi. Katakanlah kalau itu mampu mampu buat korang lega. Marilah kita selesaikan perkara yang terbuku..agar ia tidak akan dibawa ke hari pengadilan sana.

Maafkan aku..
Aku harap yang kau tahu aku cuba jadi rakan yang terbaik

Maafkan aku..
Andainya kata2 itu mampu melembutkan hatimu yang terluka

Maafkan aku..
Sesungguhnya aku perlukan kebenaran dalam hubungan persahabatan yang kita jalin selama ini

Sekiranya korang baca entry aku ini..
Aku nak korang tau..
Aku akan tetap berdoa..
Andaikata masih tiada jalan penyelesaian untuk masalah kita
Aku tawakal sahaja dan mohon Allah tunjukkan segala kebenarannya

Sesungguhnya aku bukan malaikat..

You Might Also Like

38 comments

  1. alamak. kau buat aku sendu la pulak tengah hari panas ni. lek la, kadang-kadang apa yang terjadi tu memang bukan salah kita, tapi memang ada orang yang dilahirkan untuk tidak sedar dan tak nak mengaku salah sendiri. chill yo.

    ReplyDelete
  2. aku tak tau salah siapa..tapi nampak gaya macam salah aku.Cuma aku tak tau apa yang aku dah buat sampai aku dihukum macam ni sekali.hmm

    ReplyDelete
  3. sudah kenapa ni?jangan bersedih lah ye..walaupun bukan salah kite atau kite sedar salah kite..yang penting kite dah mintak maaf..kalau 'die' nak hukum kite..itu hak die..tapi janganlah simpan dalam hati..biarkan perasan sedih itu pergi jauh jauh..shuuuh shuhhh..bersihkan fikiran dengan something yang boleh buatkan kite semangat untuk teruskan hidup..kalau terus fikir ..tak kemane lah kite...be strong enough ok?

    p/s: Saya maafkan awak..cehh.tetibe je kan..cheer up ensem..tak ensem la sedih sedih cenggini..

    ReplyDelete
  4. laaa pasaipa? ang gado dgn sapa? mai aku rimbuk dia nak?? :-)

    ReplyDelete
  5. Erk..patutla tacing sgt hari khamis aritu..biasala awak, kadang-kadang kita rasa kita dan layan semua orang dengan cara yang kita rasa dah cukup baik tapi kita takkan tahu apa yang ada dihati orang lain. Sabar la awak..kita anggap baik je..

    "When we judge other we leave no room to love them"

    ReplyDelete
  6. no one perfect...pengajaran buat kita...

    ReplyDelete
  7. ye.. aku jugak bukan malaikat.. ~~


    knapa ni? mkna yg dalam semua ni..hee

    ReplyDelete
  8. semoge bersabar ! kadang2 mereka tidak menyedari silap mereka dan menuding jari dekat oranglain..ujian dari Allah..sabar itu sebahagian dari iman..Chill ! ~~..

    ReplyDelete
  9. walaupun tak tahu duduk perkara sebenar...tapi dapat rasakan apa yang dirasa... :)

    ReplyDelete
  10. alehai.. syahdu! sabar ye.. tak semua orang bole terima cara kite seadanya... harap mereka2 paham awak macam mana..

    ~chil! ^^

    ReplyDelete
  11. sabar ye..moga dia membaca entry ni & sudi memaafkan..wlupun tak tahu salah siapa..biasalah kita manusia..tak lepas dari melakukan kesilapan..Takde manusia yabg sempurna..

    ReplyDelete
  12. aku juga bukan bidadari untuk selalu berada disisimu..cewaaahhhhhhhhhh

    hahahahaha :P

    ni dah kenapa ni ? pasaipa ni? aduyaaii

    ReplyDelete
  13. akak x pernah layan zal dengan teruk tau..marah akak ke apa ni?hehehe.. :)

    ReplyDelete
  14. sabar la wahai sahabat. sape buat ko macam nie ? heeee

    ReplyDelete
  15. chill laa ~ nobody perfect laa bro :)

    ReplyDelete
  16. npe nyah...????? haaaiiissshhhh ckp ngan aku sape wat ko nih...biar aku lempank dia heheh lek luuu okaaay chil n wat dekk jer

    ReplyDelete
  17. setuju! kita bukan malaikat atau ahli silap mata yg blh selami perasaan dan hati org. setuju jugak bila ada masalah, luahkan. bukan dipendam :(

    ReplyDelete
  18. verily after each difficulty, there's a relief... jgn bersedih. Allah bersama kita.. :-)

    ReplyDelete
  19. xpe2..aku maafkan kau ok :) jgn sedih2 ye..haha..

    p/s: erm..susah kalo nk penuhi kehendak sume org..yg penting kita dh wat yg terbaik..chill ok? :)

    ReplyDelete
  20. Nak belek buku sastera form 5 tahun 95...

    ReplyDelete
  21. pernah mengalami perkara yg sama masa belajar dulu

    cuma sy jenis ego sikit,buat bodoh jer tak minta maaf.sbb mmg tak tau kt mana slh sy.hehe..

    ReplyDelete
  22. sebab ko penjajah terhebat so aku terpaksa ngeTag ko kat sini :D http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/contest-blogger-idol-by-achie-eyda.html

    ReplyDelete
  23. tanpa dugaan bukan kehidupan namanya..

    cari jalan penyelesaian...brbincang...
    w/pun x tau sape yg brsalah...xsalah kalau kita mulakn kata maaf dulu..

    hati kita akan tenang & org akan lebih respek kita...:)

    ReplyDelete
  24. urmmm...ak pun...

    jom bacer kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/belajar-dari-alam.html

    ReplyDelete
  25. Kalau kita dah minta maaf tapi orang masih tak mahu terima, kita nak buat macam mana.. takpe la, Allah pandang usaha, bukan hasilnya.

    Jom baca sini pulak - Adakah kita semakin galak menghina?

    ReplyDelete
  26. sabaq na . tade sape yg sempurna . mmg susah nak puas kan hati semua orang ..

    ReplyDelete
  27. erk...alololo...tamo la tacink2 ye sahabat....

    ReplyDelete
  28. Aku tak faham tp macam faham buat buat faham jelah faham tak ish tak fahamlah aku

    ReplyDelete
  29. i'm with u...ingat macam mana awak ada untuk saya masa saya down..sekarang tiba masanya saya ada untuk awak bila awak serabut...

    call me or sms me or pm me if u'r ready ya.

    sahabatmu,

    cha

    ReplyDelete
  30. tiada manusia yg sempurna dlm dunia ini

    ReplyDelete
  31. bersabarlah..semuanya ade hikmah..
    never give up!.

    ReplyDelete