Aku Tak Tau Apa Benda Tu !!

9:12 AM

Wani teruja. Inilah pertama kali dalam seumur hidupnya dia akan merantau ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Itupun setelah dipujuk rayu emak dan abahnya untuk membenarkan dia pergi menghadiri majlis perkahwinan kawan sekerjanya. Memandangkan dia pergi beramai2, jadi dia pasti akan mendapat keizinan daripada merka. Pada hari Jumaat selepas Asar, mereka seramai 8 orang dengan menaiki 2 buah kereta mula bergerak menuju ke arah Pantai Timur dan cerita mereka kini bermula...

Mereka tidak memandu laju. Cuaca malam itu dirasakan begitu dingin sekali, acapkali melihat pohon2 yang terbuai2 di pinggir jalan menunjukkan betapa kuatnya angin di luar. Wani yang memandu produa Myvi mengekori  kawannya di hadapan cepat2 memberikan signal ke kiri untuk masuk ke kawasan R&R. Jam pun telah menunjukkan pukul 9 malam. Mereka perlu berehat disamping menunaikan solat Jamak Isyak- Maghrib. Sebagai pemandu, Wani kelihatan letih. Suasana di hentian rehat tersebut sunyi sungguh.. tiada banyak kenderaan berhenti. Almaklumlah bukan cuti persekolahan mahupun cuti am. Wani bergegas menuju ke surau terlebih dahulu..mahu sahaja dia cepat2 selesaikan urusannya dengan Allah dan berehat. Dapat selelap dua pun jadilah katanya sementara menunggu rakan2nya yang lain bersolat pula.


"Wani bangun2..Jom kita nak gerak ni", Banun mengejutnya. Wani mengeliat..tak puas rasanya tido sebentar. Dilihatnya rakan2nya yang lain sedang sibuk bersolek bagai bersedia untuk bergerak. Tinggal Wani dan Banun di surau. Sementara menunggu Banun menggunakan cermin muka yang disediakan di surau berkenaan, Wani terperasan pelesit yang kerap berdecit di penjuru surau. Diabaikan kehadiran pelesit tersebut. Banun selesai bersiap dan menunggu Wani di pintu surau. Entah kenapa dengan tidak semena2 Banun memangil2 Wani untuk segera beredar dari situ. Wani yang terpinga2 tak tau sebab kenapa Banun bersikap demikian terus mendapatkannya dan beredar dari kawasan surau tersebut. Tetapi telinga Wani akhirnya dapat menangkap satu suara yang terus mengekori mereka dari belakang. Bunyi suara yang biasanya mampu meremangkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya. Heeeeeeee.... Jelas suara itu datang dari seorang wanita cuma tidak pasti milik siapa empunya suara tersebut.

Wani kembali ke dalam kereta. Kisah antara dia dan Banun sebentar tadi tak mampu dia ceritakan memandangkan mereka masih dalam perjalanan. Tapi dia pasti suara yang didengarinya sebentar tadi bukan suara orang. Mereka memulakan kembali perjalanan, jalan pada malam itu terus sepi..tiada biasan cahaya bulan. Mereka terpaksa memandu perlahan kerana ketiadaan lampu2 jalan menyukarkan lagi perjalanan mereka. Sampai di Gua Musang.. Wani menarik sedikit nafas lega kerana ada kenderaan yang mengekori mereka dari arah belakang walaupun dia tak pasti jenis kenderaan tersebut. Cahayanya cukup terang, seperti cahaya dari lampu sebuah bas cuma tak kedengaran bunyi enjinnya. Wani terus bergerak sambil memerhati dari cermin pandang belakang. Jarak cahaya tersebut dari arah kenderaannya tak pernah berubah..statik. Wani mula rasa tak sedap hati, dicuitnya Bahar yang duduk membatu di seat sebelah. Wani meminta Bahar memastikan apa yang berada dia belakang mereka. Bahar memerhati dari cermin sisi dan sekadar menggeleng, tapi mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Wani cuba meminta Ain yang berada di seat belakang tetapi Ain tak berani untuk melihat. Wani pun hilang arah..sekuat2 hatinya pun, mana tahan kalau diganggu berterusan. Dia pun hanya boleh membaca ayat2 lazim yang dihafalnya, nak diharapkan cd2 bacaan ayat suci Al Quran dalam keretanya..jangan harap lah. Semuanya lagu2 jiwang!

Tiba di suatu selekoh Wani terkejut apabila mendapati cahaya yang mengekori mereka dari belakang sejak dari tadi melompat2 dari kiri ke kanan jalan sebelum terus melompat ke arah lereng bukit yang dipenuhi hutan belukar. Berderau darah Wani, seandainya ditoreh mukanya saat itu pastu tiada setitis darah pun akan mengalir. Wani terus meneruskan perjalanan.. apa yang berlaku padanya sebentar tadi benar2 buatkan dia buntang mata. Akhirnya mereka tiba jua di destinasi yang dituju pada pukul 1 pagi.. walaupun perjalanan mereka pada malam itu benar2 menguji tahap keberanian mereka. Mereka mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur nanti pada hari siang..tak sanggup lagi berhadapan dengan perkara2 yang tak tercapai oleh akal fikiran yang waras.

P/s : Ini adalah kisah benar, berdasarkan kisah adik aku.. Wani yang diceritakan kepada aku.

You Might Also Like

27 comments

  1. cik tikah pernah dgr suara mengelai pontianak masa lalu jalan lama kat kelantan. scary kot!!! ini pun kisha benar..

    ReplyDelete
  2. seram la cerita ni...

    wani tu angah ea?

    ReplyDelete
  3. takut...
    tamolah jmpe bnd2 cmni..huhu

    ReplyDelete
  4. seram sial cite ni meremang bulu tengkuk

    ReplyDelete
  5. wuu dush2 nape cite seram2 ni

    wuu :(

    ReplyDelete
  6. uih...suspen~!! seram. takut. ketaq. err...apalagi? hantu ke?

    ReplyDelete
  7. eerrrrrr......suspen weeeeiiii..hukhukhukkk..(~____^)..

    ReplyDelete
  8. huhuhu..penah jugak selalu kene kacau mse kt hostel..

    ReplyDelete
  9. adeiii...mintak jauh lahhh...huhuhu

    ReplyDelete
  10. mintak simpangla benda2 cmni..huhu...tkot kot..

    ReplyDelete
  11. jangan lah weyhh...aku dah la tggal sowanggg jer kat umah >_<

    ReplyDelete
  12. bace halfway jer.. takut kang dok terbayang2 plak mlm kang.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. tak penah jumpa tak penah dengar tapi mmg tak nak jumpa laa..

    ReplyDelete
  14. Ngam la tu. Kena pulak ada bau kemenyan dr belog haku, hahahahahah. Eh aku selalu buat kerja sensorang kat opis sampai 2 pg. Pasal ko buat entri nih? Mampos aku x pegi opis dah pas ni belah malam :(

    ReplyDelete
  15. uik..apo yang loncat2 tu..jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri,,

    ReplyDelete
  16. menyesal baca sampoai habis..citer seram rupanya..
    lain kali akak nak baca komen dulu sebelum baca entry kamu..
    waakakk...

    akak tag kamu!

    ReplyDelete
  17. sy pernh ade pengalamn... tp kt UM.. kolej tersebt di rhsiakan.. heeh.. blik pun same... semua rumate n sy kene.... huuhuhu...

    ReplyDelete
  18. fuhh..berdebar2 aku baca post ni...saje aku reservekan cite hantu ko last2..dah la kt kelantan..huu...

    ReplyDelete
  19. gila seram... tak sanggup nak baca sampai habis.. huhuhu..

    ReplyDelete
  20. yelah.. saya pun meremang nak baca kisah ni... dah lah saya sorg2 kat umah... wakaka
    Salam kunjung mengunjung ye.. ada masa jenguk2 lah blog Gen2Merah ye.. salam persahabatan.. (",)

    ReplyDelete
  21. seramm! kena pulak baca sorang2 kat opis nih. berderau!!

    ReplyDelete