Blog SEO vs Blog Personal

9:37 PM

Assalamualaikum,

Ai bermain emosi betul la aku tengok perlawanan bola Malaysia ngan Indonesia semalam. Sakit badan2 aku, kaki tangan aku pun naik sekali. Maki hamun takyah cakap la. Aku rasa sesia je hidup pemain dan pengadil tu makan maki aku. Kalau lah boleh diukur hayat hidup..esok gamaknya dorang mati gara2 kenyang makan maki aku! Haha

Dah lama aku nak berborak pasal topik ni. Aku tau dah ramai blogger bincangkannya, tapi aku rasa isu ni penting pada aku. Borak secara bersantai, mungkin korang pun ada idea atau pendapat..boleh kita kongsikan sama2. Mana lebih umpphh, blog SEO atau blog personal? Korang punya blog kategori macamana? Bila korang menjurus ke arah salah satu kategori kat atas, perubahan apa yang korang rasai sekarang?


Kalau dikaji mengikut enjin carian Google, rating tertinggi dimonpoli pada tajuk2 hot seperti gosip artis, berita2 panas dan sensasi, sukan, nama2 besar dan tutorial. Itulah yang dinamakan SEO. Rata2 kengkawan aku yang agak lama dalam berblogging kini sudah mula berjinak2 bermain SEO.Aku? Aku tak berminat. Bukan jiwa aku dan aku tak reti macam mankete, blog dia dah macam suratkhabar sukan dah. Bak kata orang dia bukan lagi mankete.. tapi manberita. Kihkihkih. Aku masih cetek dalam bidang ini lagi tapi aku gembira bila kawan2 aku beralih arah dan rating blog dorang naik mendadak kerana entry2 SEO contohnya macam harrazdani. Aku tengok pageview blog dia dah cecah 200k.. rasanya baru 2 minggu sudah dia celebrate blog dia sebab cecah 100k! Terbaiklah bro :)

Aku tak rasa nak lari dari niat asal aku berblogging. Aku senang dengan cara aku menyengal, aku nak menghasilkan sesuatu yang boleh dikongsikan dengan kengkawan aku yang lain. Apa aku rasa, apa yang terlintas dalam fikiran aku..itulah yang akan aku luah ke dalam entry. Aku tau takde orang akan cari tajuk Cucuk Pusat Aku, Pusat Kau Rasa Sakit dalam enjin carian Google, tapi sekiranya korang cukup hebat bercerita..blog personal korang akan setanding dengan blog SEO. Percayalah :) Lagipun aku rasa blog personal lebih menyentuh dari hati ke hati kot? Sapa setuju?

Aku pernah luahkan untuk bertukar arah ke blog SEO, tapi rata2 rakan blogger tidak bersetuju..alasan kerana aku punya readers sendiri. Aku pun rasa macamtu, tapi yang aku tau blog aku memang takde cerita pasal sukan..sebab ia bukan satu topik yang buat aku 'high' giler. Ramai je blogger blog personal yang dah berjaya, jadi tak mustahil kita blogger2 blog personal yang baru merangkak naik boleh jadi begitu gak :) Blog personal atau blog SEO..semua tu tarahal lah. Tepuk dada tanya selera :) Yang penting jangan putus asa dan tekadkan diri. Korang tahu apa yang korang mahukan :)

You Might Also Like

61 comments

  1. ooo , baru ta blog SEO tu cm mne . hihik :)

    ReplyDelete
  2. blog aku kategori perasan sendiri konon ramai pembaca. hahaha. bagi aku tu semua berbalik kepada niat asal kau berblog la. nak kejar trafik ke, kejar iklan ke.

    ReplyDelete
  3. Lagipun aku rasa blog personal lebih menyentuh dari hati ke hati kot? Sapa setuju?

    YESSS SETUJU :))

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dengan awak..memang betul, cara awak bercerita punya pengikut yang tersendiri..kalau awak dah tukar jd blog SEO tak de lagi la entry2 sengal untuk dibaca..awak tengok la ada ramai yg cari masa seminggu awak hilang..itu bermakna awak menyentuh hati diorang dan awak memang ada pembaca setia :)

    ReplyDelete
  5. boleh tak fiza kategorikan blog fiza sebagai blog campur-campur..ade personal,resepi,tuto,japanese lessons,freebies..semua tersebut tidak mementingkan traffic tapi sekadar berkongsi ilmu dan cerita saje..mmore fun bile camtu dari asik pikir traffic je...stress..blogging untuk hilangkan stress juga kan..hehe..blog afzal adalah suka suki afzal..memang kene dah tu tajuk dan isi ^________^

    blogging dengan cara sendiri..jadi diri sendiri lagi bagus..walaupun entry sengal2 ubi :p

    ReplyDelete
  6. blog seo giler trafic, hari2 pk trafic hari2 bgn pgi ingat trafic...kuikui

    ReplyDelete
  7. Okay jer blog ko tu bro..
    Ada stail penulisan dan identiti tersendiri..
    Aku masa mula2 berblog ada jugak hajat buat macam blog ko tu..
    Tapi aku terpaksa akui sebenarnya aku takde tokoh menulis...
    Sudahnya blog aku jadi yg macam sekarang ni laa..

    ReplyDelete
  8. akak ada jugak buat entry seo..
    tapi tak copy2 la..
    semua akak create sendiri.
    copy2 artikel ni memang akak akan elak kan.

    pasal seo tu..
    akak tengok masa jugak la..
    lebih tumpuan pada sukan.sebab akak ni suka tengok sukan.kalau bukan musim sukan tak de le dah post2 pasal result ke apa..

    ni sea games dah habis kan?/tak de la dah kot entry2 sea games.kalau ada pun mungkin cerita2 bola.tu pun kalau ada game la..

    akak pun tak minat blog berita.boleh lari kawan2..tujuan buat blog pun sebab nak kawan2..kan??
    buila dah buat blog berita mana nak ada kawan2 dah..nak kawan2 kena layan facebook la pulak..heheheh

    eh!!panjang pulak komen..ekekekeke

    ReplyDelete
  9. Oh ya.. Satu ketika dulu ada sorang blogger tu yang memang hari2 aku nak baca entri dia...
    Memang berbakat menulis...
    Semua entri dia ada unsur kelakar, bersahaja dan ada unsur2 sedikit saspens..
    Tapi sayang sekarang ni dia memutuskan utk berhenti berblog dan menutup blog nyer...
    Issshhkkk... kalau laa aku boleh menulis sepertinya...

    ReplyDelete
  10. aku pun sama bro...tak reti main dgn benda SEO ni...aku cuma tulis apa yang aku fikir saja walau ada berita yang aku tampalkan tapi di akhirnya tetap ada ulasan dan pandangan aku....aku suka untuk berbincang dgn kawan2 di ruangan komen ... di situ mcm idea atau pandangan yang boleh dibahaskan...apa pun masing2 org ada taste...tepuk keyboard taip apa yang nak...haha

    ReplyDelete
  11. entri seo best ke?akak selalu gak main entri seo tapi macam tak ada jiwa je..tah..x ada feel..last2 buat e-novel baru puas! ekeke

    ReplyDelete
  12. memang tak reti bnda alah apa la seo...buat blog tak da matlamat glemer..heheh

    Kurang vs Lebih

    ReplyDelete
  13. SEO ke ape ke blog ko tetap best..menten cmni je..

    ReplyDelete
  14. aku lagi la x reti seo ke ceo ke tp yg penting ada idea aku tulis blog aku ikut suka haha xpun share kan dari kawan2 lain

    ReplyDelete
  15. ape benda ntah SEO tu..huhu,lagi tak reti.blog personal ag bagus..santai~ :D

    ReplyDelete
  16. xberapa minat blog SEO.. lebih kepada personal. cerita harian.. pngalaman sesorg mcm tu suka la baca..

    ReplyDelete
  17. teruskan lerr ngan apa yg ko buat sekarang nihh.. tak payah nk tukar2 dah..

    kalau nk layan seo jugak.. beli hosting baru then bukak blog baru,,, haa,,, ada bran??

    ReplyDelete
  18. hi abg jiwa... ko menghanjingg aku yer ahahahhaha mankete jadi manberita ahahahhahahahahahah...

    aku suka blog ko bro ..bg aku yg dtg ni adalah rakan2 yg selalu bg support kat kita tidak kira blog itu personal or seo...

    nak ucap terima kasih la pada rakan2 yg selalu singgah kat blog aku..
    walaupon aku tak pandai mengarang ayat2 yg marveles mcm ko eheheh

    ReplyDelete
  19. teanjat boboi tgk first gol indon smlm.. haaaa sempot seb malaysia dpt gol.. manisnya sukan sea ini~~ msia mng!! yahuuuu :D kau ade reader tersendiri :)

    ReplyDelete
  20. Tak reti lah SEO ni..
    blog akak tu mostly citer ttg Qis jer.. :)

    ReplyDelete
  21. apa susah apezal oiii...buat jer mcm kpah ni..'beranak' jer banyak blog...perasan tak kpah ada byk blog...personal,kesihatan,dunia seni,berita dan yg paling kpah suka..blog shout..Blog personal tak de copypaste..yg lain2 tu mmg copy suratkabar jer..heeee..Tapi...jgn ingat nuffnang melonjak dgn buat byk blog..tau..

    ReplyDelete
  22. aku lagi suke blog personal bro.. lagi best.. sharing cerita sendiri.. orng lebih suka rasanya..

    ReplyDelete
  23. yup....afzal...kite sokong awak....kekalkan identiti awk...the way u write ur story is very nice....

    ReplyDelete
  24. yer betul la tu..tepuk dade tanyer selere..sumer same..=) yang penting blog i universal..semue boley masyuukk..cume perlukan idea untuk membuat ayat..=)

    ReplyDelete
  25. tahniah kepada team malaysia vs indonesia final sukan sea indonesia 2011. terbaik!!! - satu tajuk etry seo untuk entry nie....kekekekkek... dah, nak blah baca blog man berita plak.

    ReplyDelete
  26. setuju ngan ko bro... blog personal lebih menyentuh hati ke hati... penulis blog personal selalunya menulis dari hati...- dan itu yang membuatkan pembaca merasa mereka lebih dekat.

    ReplyDelete
  27. dalam banyak2 enrti...entri ni la yang paling aku suke bro...muahhh citet...hahaha....btw, SEO tu pe ek...yang aku tau CEO je...Chief Executive Officers..wahahaha

    ReplyDelete
  28. blog personal dari mata turun kehati manakala blog SEO lebih kepada dari mata naik ke otak...huhuhu...

    tepuk dada tanya selera, kadang2 kita nak info maka kita kearah blog SEO, kadang2 kita nak jiwa kita kearah blog personal...dua2 ada kelebihan...


    awak teruskan dengan kesengalan awak, itu yang kami cari disini... :)

    ReplyDelete
  29. aku lagi suka dari mata turun ke hati gitu hahahahaha

    ReplyDelete
  30. blog SEO.? huhuhu...belum mampu lagi. macam apzal kata, blog tempat untuk menyengal.. kita sama..~! i prefer blog personal. story come true from heart... =P

    ReplyDelete
  31. blog personal..

    sbb apa sbrnya tujuan kta berblog??

    haaa..;p

    ReplyDelete
  32. SEO tu hape yerkkk...hehe, nmpk sangat kan

    btw..truskan ye afzal, kak lang pun suka idea gila2 afzal tu

    ReplyDelete
  33. pernah try entri seo. dekat 2 ribu views untuk entri tu je. tapi tak best lah. buat apa yang kita suka lagi fun.

    ReplyDelete
  34. sangat setuju, apa salahnya blog personal. kan kita semua start dar blog personal juga :)

    *tepuk dada tanyala selera...hehe

    ReplyDelete
  35. suka blog personal lagi
    tp kdg2 nak gak main tarik2 buat SEO hahaha...tp blog kamoo dah ada reader sndiri ok watttt..xyahlah nak penin2 wat seo gitu

    ReplyDelete
  36. aku tk reti nk seo..dan tk reti nk mengarang2 ni..cuma best dpt berblog ni..tu je..

    ReplyDelete
  37. aku tk reti nk seo..dan tk reti nk mengarang2 ni..cuma best dpt berblog ni..tu je..

    ReplyDelete
  38. secara tak sedar aku terSEO...huhuu...aku takde masa nak karang2 dah..aku pun bukan berbakat sangat bab menulis ni....tp kalau ko perasan laaaa..setiap entry yang aku buat..walaupun SEO, tapi tu tajuk jer..ayat dalam tu kebanyakkan aku tulis sendiri...;)

    ReplyDelete
  39. tak pe lah afzal. campur2 pon ok ape. personal boleh SEO pon boleh. afzal dah ade readers sendiri. afzal buat macamane pon mereka tetap datang :) jijah blog campur2..weee~~

    ReplyDelete
  40. apa yg kak long perasan,blog afzal tetap dikunjungi ramai & diingati sbb afzal guna cara tersendiri.. (^_^)

    ReplyDelete
  41. kite blog personal jek, xreti SEO bagai. -.-

    ReplyDelete
  42. wat entry pun suka suki je mcm si afzal ni hehehe
    tak reti nak main SEO bagai :)

    ReplyDelete
  43. SEO..? huhu..blum lagi mampu.. i sama dgn apzal. blog tmpt untuk menyengal.. release segala bagai tension yg ada.. berkongsi suka duka dan segalanya. =)

    ReplyDelete
  44. Ini dah terbaik...xpayah tukarlah...entry SEO biasanya tak tahan lama pun...cepat naik, cepat merudum...ko nak???

    ReplyDelete
  45. Yang penting samada SEO atau personal..kita berblogging untuk kepuasan.
    Samada kepuasan nak dapatkan ranking atau pembaca.. tapi apa-apa pun bila berblogging mesti ada.....
    ada disiplin buat post dan ada displin bw.

    ReplyDelete
  46. bui pun tak reti nak main SEO ni..buat entry secara mem 'pig blind' jer..hihi

    ReplyDelete
  47. bui pun tak reti nak main SEO ni..buat entry secara mem 'pig blind' jer..hihi

    ReplyDelete
  48. blog ku blog personal..

    meh la turun padang..

    kita kongsi cerita.. :)

    ReplyDelete
  49. semua masuk..personal ada seo pun ada janji hapening blogging..p

    ReplyDelete
  50. tak minat buat entry SEO ni...kalo buat mmg la traffik tinggi, tp kepuasannye? TAKDO hahahaha....

    ReplyDelete
  51. ko ada bakat penulisan yg ramai akui tersengal abad ni..
    kalo ko rasa nak teruskan bercerita bab personal mmg aku rasa terbaik..
    dan sebenarnya ko ttp blh main seo dgn kesengalan tahap gaban ko ni..
    mcm entry ni.. ini juga salah satu tajuk seo yg ko sendiri x sedar atau buat2 tak sedar..
    seo sebenarnya tak lebih dari bermain tajuk dan keyword jer.. tapi cerita ttp sama.. :)

    ReplyDelete
  52. ammboi - tersengal abad ni?aku tak terima award pon?huhu.haah la aku baru sedar tajuk SEO ni.ngeh2.

    P/s : sebagai blogger picisan..aku terharu bila ramai kawan2 datang memberi sokongan..malah ada blogger2 otai turut sudi mengomen.aku rasa nak nangis,aku dah tacing nih

    ReplyDelete
  53. setiap orng punya sebb trsndiri bila buat blog, dan msing2 ada kelebihan trsndiri, gaya penyampaian pn berbeza. Ikut keselesaan masing2. Ape pon blog ni best

    ReplyDelete
  54. just be your self.. apa2 pun kita buat mesti ikhlas..untuk berjaya bukan sekadar entry seo je.. blog personal byk je yg berjaya.. lagi tik top dari blog seo taw.. apa2 pun kekal kan yg macam skunk..nak ada reader sendiri perlu pndi buat cerita yg menarik, seo punya entry pun diorang akan search ggoogle je, mna yg ada dulu blog itu diorg pergi.. susah nk dpt reader setia..

    ReplyDelete
  55. blog personal pon rmai gk yang dtg kan...tp tgk tajuk2 kamu pon dah menjurus seo..sO, teruskan begini :D

    ReplyDelete
  56. cooL.... uLan sudah melalui pengalaman itu.... seronok tetapi kepuasannya berbeza...

    ReplyDelete