Review : Ghost Rider Spirit Of Vengeance

12:07 AM

As salam,

Tadi aku kua pegi tengok wayang. Entah la housemate aku sekarang ni rajin plak nengok wayang. Aku ikutkan je, asalkan dorang tak ajak aku men layang2 tengah jalan. So tiket sold out kat TGV East Coast Mall dan Berjaya Megamall, Kuantan. Nak taknak, mengikutkan ati dan nafsu serakah yang membuak2 kitorang pegi tengok kat Big Cinema, Teruntum. Penuh gak der. Ok cukup stakat sini mukadimah.

Watak yang sama Johnny Blaze (Nicholas Cage) kali ni dengan misi menyelamatkan seorang budak bernama Danny (Fergus Riordan) yang menjadi buruan syaitan yang suatu masa dahulu pernah membuat perjanjian dengannya. Kisahnya ibu Danny, Nadya (Violante Placido) telah cedera parah sewaktu melarikan diri dari polis kerana menyeludup senjata bersama bekas kekasihnya Ray Carrigan (Johnny Witworth). Sewaktu nazak akibat terjatuh dari bangunan,  Nadya ditawarkan peluang oleh syaitan Roarke (Ciaran Hinds) untuk hidup dengan anak dalam kandungannya sebagai pertukaran. Anak itu dijadikan Roarke sebagai medium untuk menumpangkan kuasanya dan genap 13 tahun, Danny akan dikorbankan untuk memulihkan kuasa Roarke kembali kepada yang asal.

Johnny Blaze dibantu oleh Moreau (Idris Elba) sami kaki arak yang menjanjikannya pertukaran seandainya Danny berjaya diselamatkan, Moreau akan membantunya menghapuskan sumpahannya sebagai penunggang hantu. Pertarungan demi pertarungan menyebabkan kekasih Nadya, Ray Carrigan yang bersetongkol dengan Roarke untuk mendapatkan Danny parah dan demi mencari Danny yang terlepas Roarke memberikannya kuasa baru untuk menghadapi penunggang hantu. Akhirnya pertarungan berlaku di antara mereka, di antara Penunggang Hantu yang tidak dapat mengawal kegilaan membunuh, Ray Carrigan yang mempunyai kuasa baru yang mengerikan dan matlamat Roarke untuk mendapatkan kuasanya kembali.

Pada aku cerita ni sedang2 je. Sekuel Ghost Rider kali ni tak terlalu serius, lebih komikal dan ada unsur2 lawak dalam babak penceritaannya. Walaupun banyak mengetengahkan aksi lebih2 lagi pertarungan sewaktu di kawasan lombong tetapi ending bagi sekuel kali ni nampak lemah. Aku harapkan pertarungan lebih mencabar, yela 2 musuh yang kuat dengan Ghost Rider tapi haram takde. Jalan cerita yang boleh dijangkakan dan Roarke mati macamtu saja setelah dibenamkan Ghost Rider ke dalam neraka.

Si Ghost Rider tengah muntahkan peluru yang ditembak

Ni la Ray Carrigan dengan kuasa baru dia? Agak2 korang apa ye?

Aku ingat si Ghot Rider ni bakar moto je.. ngan kapal2 korek dia bakar?

Ni la ending yang tak besh. Takde scene lawan langsung puih2


Rating
Jalan cerita                      -   3/5
Aksi pertarungan             -   3.5/5
Kepuasan                        -   3
Keseluruhan                    -   3

So kalau korang takde keje tu boleh la layan. Tapi jangan berharap sangatla ye..pada aku ok2 je la :)

You Might Also Like

21 comments

  1. ahaha ghost rider yg dulu pung biasa2 je.. aku siap tertido lagi dalam wayang tu.. haha yg baru punya ni xtengok lak lg

    ReplyDelete
  2. owh..tgk gambar pon dah tau tak best.. =.="


    *biar tak tau benda pon psal cerita ni.. (",)

    ReplyDelete
  3. nak tengok 3D lah citer ni..cambest je tu..jeles lah tok g tengok tak ajak orang kampung :p

    ReplyDelete
  4. nak tgk weekend nie...... nanti remy review pulak..... tgk mcm best !

    ReplyDelete
  5. tgok iklan kat tv makin kerap...yg pertama ayie tgok biasa2 jer.

    ReplyDelete
  6. awal2 lg x tertarik ngn citer ni...

    ReplyDelete
  7. 3 jerk??
    mmg cam x best ler ni..

    ReplyDelete
  8. <-- lagi teruk tak pernah tgk pun citer nie.. T_T

    ReplyDelete
  9. mcm kurang menarik je citer ni. mls lh nk tgk kt wayang.

    ReplyDelete
  10. hmmm, x jd la tgk.. save sket duit..

    ReplyDelete
  11. jom tgk!! lama tak tgk wayang! haha

    ReplyDelete
  12. fa memang tak minat ghost rider dari duluu.

    ReplyDelete
  13. ghost rider...hmmm..


    kalau rajin nak tengok la, nak rasa feel sama macam donat asmara kita ni..hihi

    ReplyDelete
  14. tok ketua,apsal tak tengok wayang kat CapitaMalls Asia tu..huahuahua..

    ReplyDelete
  15. suka tgk rating yang tok buat tu. haha :)

    ReplyDelete
  16. ehh, dah keluar ghost rider yang kedua ekk?!

    gila naif aku, nampak sangat jahil dengan perkembangan movie semasa hahaa..

    anyway, filem yang aku wajib tengok nanti.. tak kira la korang kata best atau pon menyampah giler baban hahaaa..

    ReplyDelete
  17. abg zal ni encem dan bucuk kan..jom la lanje ittew tgk ghost rider,,,ittew takut la..hak3...geli plak komen cmni...tp, mesti best kan citer ni...sangt suka genre citer cmni...

    ReplyDelete
  18. Alamak ingat menarik tp cam so so jerk...

    ReplyDelete
  19. yg first skal ghost rider tu best, tapi yg ni? hrm..mcam tak best pulak..nanti2 la tgk sendiri.

    ReplyDelete
  20. Mcm ta besh jek cite neh! baik tayah g tengok.Membazir..hahaa

    ReplyDelete
  21. Aku citer omputeh ni kureng sket. Mana best compare ngan citer antu yang ko dok asyik dapat sms aritu?

    ReplyDelete