'> Bisa Gugur Jantung Gue #3 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, March 6, 2012

Bisa Gugur Jantung Gue #3

KLIK SINI untuk episod sebelum

Man monyok. Tak pasal2 dia kena denda balik lewat oleh Puan Mimi. Ada ke Puan Mimi kata dia buat2 pengsan? Chait!! Tu la spesis mata pakai stokin. Membebel Man sensorang. Dah la dia sorang2 je kena hadap si Ain, Puan Mimi lagi. Apa lah dosa mak abah dia dulu2 yek? Ni mesti kes abah dia suka rembat limau kat jirat cina. Balik2 cerita tu je yang abah dia bukak..Time isi minyak moto, dia bukak cerita tu. Time makan roti canai cerita tu lagi. Time masuk tido pon abah dia ceritakan benda yang sama. Ape kira thrill sangat ke rembat buah kat kubur orang? Adoyai rasanya perangai spastik dia ni.. terkenan kat abah dia la.

Ditatapnya jam swocth dia tu dah pukul 3.30 petang. Ah biar tak ori macam swatch janji ada bunyik. Perutnya pun dari tadi dok bertukar2 irama. Dari raggae, zapin dan ada kalanya lagu patriotik.. tak boleh tahan lapar. Mau cepat, time2 cenggini seksyen 2 Shah Alam kompom tipis harapan nak tapau lauk kegemarannya ikan keli goreng berlada. Man mengenakan helmet mahalnya V7 fullface, ni kalau lintas sebelah awek2 UiTM ni mau teruja nak tau siapakah gerangan si pemakainya. Man meggedik, menggigil2kan badan dia.. kelihatan beberapa gadis tertawa melihat keletahnya. 'Elleh nak ngurat i lettew',Man mencebik.

Man start moto. Selepas sekali, 2-3 kali dia cuba moto tak nak hidup plak. Alamak ni pehal plak ni?? Moto C70 pemberian abah dia buat hal lagi. Ni memang tahap buang laut buat tukun je. Harga helmet dia pun dah sama harga ngan moto tu. Adeh sadis tol ngan moto yang satu ni, tapi sebab abah dia yang adiahkan.. Man sabo je lagi. Man ingat lagi bila mana dia ditawarkan ke universiti dulu.. abah dia nak bagi present, nak suprise katanya.. siap tutup mata bagai ngalahkan orang buta!

'Dek kerano ekau bijak pandai kurang sikit jo dari abah.. ni abah adiahkan mutu kek ekau Man, terkojut tak? Terkojut tak? Jangan tacing2.. abah ado. Come to papa', penutup mata Man dibuka. Man ternganga.

'Ni bukan bukan mutu abah ko? La den ingat LC ko..125Z ko. Mutu ni kalau den poie kuliah, camno nak tekel awek ni abah? Adeh tak berzuriatlah kuarga kito ni. Malang sungguh nasib den', Man mencebik. Rupanya abahnya adiahkan moto peninggalan zaman jepun padanya. Adala nampak sikit perubahan pada moto tu, dulu takde bakul..sekarang dah ada bakul. Cover seat baru warna merah. Dulu pakai hon askim, sekarang dah takde lagi. Cat pon rasanya bah dia upah budak kampung mana ntah..cat macam guna cat tangan je. Rupa zirafah! Adeh

'Man, jangan dipersoalkan tang jodoh. Kek mano2 pon ado. Tu ha kalau takdo, anak Mak Jenab ado. Usah runsing2kan', mak dia plak menyampuk. Man terkedu. Ai balik2 anak Mak Jenab. Bukan Man tak suka, Si Sofea tu cantik orangnya.. tapi yela kan. Membesar satu kampung. Man mandi bogel pon si Sofea leh tengok cenggitu je. Aish tak kemana la rasanya hubungan dorang tu.. macam adik ngan abang je.

Dalam sibuk2 Man menggodek moto old skulnya tu, dia di sapa sat suara dari belakang.

'Salam. Encik tumpang tanya.. kat mana pejabat HEP? Bukan kat bangunan ni ke?', seorang gadis cantik, ikal mayang.. lemak merdu suaranya seperti susu cap teko menegur Man. Man terkedu. Perghh ni mana datang punya bidadari daa..

'Err. emm erk ..iskkk', Man gugup. Ni memang salah satu masalahnya, gugup bila berhadapan dengan gadis cantik ayu. Mukanya mula merah padam. Sedikit blushing di pipi.. macam kartun pon ada.

'Encik tau tempat dia? Boleh tunjukkan saya? Oh nama saya Amely. Jus kol me Mel. Encik?',sambil menghulurkan salam. Man menyambut salam Amely. 'Adeh batal air semayang aku!!', bisik Man sendirian. Lembutnya tangan Mel.. feel macam pegang pipi baby baru lahir. Rasa nak picit kuat2 je!

'Saya Man. Panggil je Man. Saya peminat cerita hindustan, berbintang Virgo. Anak jati Negeri Sembilan. Makanan kegemaran rahsia. Minuman kegemaran pun rahsia. Saya suka kumpul cengkerang siput sedut..dan'

'Err Man it's ok. Panjang sangat pengenalannya tu. Hehe..', Mel tertawa. Man makin berbunga. Alahai cantiknya.. rasa nak geget2 je idong dia. Grr

'So Man boleh tunjukkan saya HEP?'

'Err boleh2 Mel ku sayam..erp!', Man tersasul. Amely gelak lagi. Man terpaksa geget bucu buku, tak tahan geram.

'Tapi Mel, camne nak cakap ye. Moto saya rosak ni..'

'Takpe, naik sekali ngan saya la. Takpe saya hantar awak balik. Kereta saya kat sana', pelawa Amely. Man terbeliak. Kereta kegemaran dia tu volkswagen Golf GTi. Kombang kompih idong dia tercungap2 macam baru pas berenang dalam guni pikul pasu 4x400 meter kuak kupu2.

Pertama kali Man merasa naik kereta mewah.. padanya la. Wangi je bau kereta tu.. sewangi bau Amely. Aww. Layan pun lagu jazz. Kalau dia ngan si Hanif ngan Ainul, balik2 lagu dikir barat dan adakalanya datang buang tebiat lagu kindergarten bebudak tadika pon ada dorang pasang. Siap joget2 bagai..tetengah malam. Adeh punah masa depan!

'Err Man.. Boleh Mel cakap something??'

'Ye Mel katakanlah. Katakanlah apa yang terbuku di sudut hati kecilmu itu sayam'

'Err Man kita dalam kereta ni, Man tak nak bukak helmet?', Amely tertawa kecil. Gulp!! Tertelan air luir secawan.

'Ehh Man memang biasa pakai helmet dalam kereta, maka double langkah keselamatannya kan?', Man malu2 alang dengan harapan coverlinenya menjadik. Amely tertawa lagi. Janganla ketawa macamtu Amely oii.. adeh bisa gugur jantung gue!

'Grrrrrrrr..', tetiba perut Man berbunyi lagi. Lagi panjang harakatnya kali ni

'Man lapar? Kita lunch lepas pegi HEP ye', Amely pelawa lagi sekali. Man buat muka bersalah. Malu..segan.. terharu..gembira..takut diapa2kan semuanya bercampur jadi satu. Hatinya berbunga2, mulutnya humming lagu Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof. Perghh gembira tak hengat!

Ada hikmah rupanya dia kena denda. Kalau macamni Puan Mimi nak denda dia hari2 pun dia tak kisah. Yippie!!




(Bersambung)

23 comments:

  1. Hahahaha..pakai helmet dalam kete tu xboleh blaaaaa !!! huhuhuhuhu.....

    ReplyDelete
  2. gedik betullah man ni...sy mcm nak terajang je...dahlah pakai helmet

    ReplyDelete
  3. tinggalah motor naiklah kereta... :)


    best la..hehe

    ReplyDelete
  4. hahah double safety pun boleh man hahaha

    ReplyDelete
  5. pakai helmet pon boleh....utk keselamatan jgk...=)
    hahaha...

    ReplyDelete
  6. hahaha..seronoklah man kan sampai terlupa nak bukak helmet mahal semahal moto tu.huhu

    ReplyDelete
  7. hahakk~ malu giler! pakai helmet dalam kete. Safety first kot.hewhew

    ReplyDelete
  8. tuu dia sis amely dh masuk. haha . man man..

    ReplyDelete
  9. rally ngan F1 je kan pakai helmet dalam kete satu lagi sprint test huhu

    ReplyDelete
  10. nice2.. suka2.
    sila sambung. hehe~

    P/s: saya pun dah lama tak sambung cerpen.

    ReplyDelete
  11. hahaha betapa kelakarnya kalau betul2 pakai helmet msuk kete..unik sungguh!

    ReplyDelete
  12. hahaha..... kan dah terlopeh gelak den petang2 ari ni. eksited le tu naik kete ngan awek cun smpai helmet pun lupe nak tanggal

    ReplyDelete
  13. hahaha siot je... macam f1 pulak nak pakai helmet dlm kete..syg sgt kot.

    ReplyDelete
  14. kalo boleh sume kandungan biodata man nak kasi tau kt amely kan,kan,kan?
    hehehe

    ReplyDelete
  15. ekekeke caya lah man dpt naik kereta mewah tu smp terlupa bukak helmet ekk....=)

    ReplyDelete
  16. haha boleh plak lupe bukak helmet kan. habislah man dah tngkp cintan dgn mel :)

    ReplyDelete
  17. ni bukan mutu abah ko? ngehahaha sengal tok memanjang tak hengat..hahak

    ReplyDelete
  18. check this out. http://chocolatemousse2.blogspot.com/. i have deleted my previous blog.so thiis is the new one.:)

    ReplyDelete
  19. double protection ler konon.....
    sengal la man nie....

    ReplyDelete
  20. adoii.. sakit perut den pepagi gini.. :D

    ReplyDelete
  21. haha man dan hindustan tak boleh dipisahkan. sengal.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com