'> Bisa Gugur Jantung Gue #5 | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, March 12, 2012

Bisa Gugur Jantung Gue #5

KLIK SINI untuk episod sebelum



'Assalamualaikum warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah..'

Selesai sudah satu lagi kewajipan fardhu yang dilakukan secara berjemaah. Sesudah habis berdoa, Man segera keluar mendapatkan seliparnya. Bukan apa, dia fobia asyik2 hilang selipar je. Man menunggu Hanif dan Ainul di luar. Mula2 dorang plan nak maghrib je, tapi ralit dok dengar kuliah agama tadi.. alang2 dorang terus Isyak sekali. Ainul ke tandas, itu yang diberitahunya tadi kepada Man. Hanif? Entah batang hidung dia masih tak nampak2 lagi..

Man kembali ke ruang solat. Kelihatan Hanif di saf dua dari depan sedang berteleku. Man jadi sedikit cemburu melihatkan kawannya yang sorang tu. Tak sangka segila2 Hanif.. tawadhuk dan kusyuk jugak mamat ni. Man mengesat air mata yang bergenang, kagum dengan kawannya yang sorang tu. Lama juga Man memerhati.. tatkala itu kelihatan imam sudah mahu memadamkan lampu surau. 'Ai tak siap2 lagi si Hanif ni??'

'Anak, pakcik nak kunci surau dah ni.. Nak?', ujar imam tersebut. Hanif masih duduk berteleku

Lalu imam tersebut menyentuh bahunya. Hanif tersentak. Sambil mengesat2 matanya.. dan kelihatan air liurnya sedikit menjejes dari tepi bibirnya. Mengeliat kemain.. macam2 gaya ada.

'Eeeeeeyaahhhh..sedaaaapppnye tido wehh. erk!', Hanif tersedar. Melihatkan dia masih berada di ruangan solat, dengan muka pakcik yang mana datang ntah ada kat depan muka dia dengan kerut2 di dahi, Hanif tanpa fikir panjang terus bersuara..

'Maafkan saya pakcik, saya memang tunggu peluang nak jumpa pakcik macamni. Muka pakcik mengingatkan saya kepada arwah pakcik saya. Huhuhuhu pakcik nak peluk! Nak hug!!', Hanif terus memeluk imam tersebut. Suaranya merengek buat2 nangis. Imam tersebut memujuknya supaya bertenang. Hanif sempat memandang Man yang memerhati dari jauh sambil buat muka sengalnya. Tu je cara kaberline paling bijak mustajab yang terlintas dalam kepala hotak dia. Man menepuk dahi. 'Mampos!'


**********


'Man ape plan ko malam ni? Ko janganlah pegi jauh2, perut aku tak berapa nak sihat nih', ujar Ainul sambil menggigit ibu jari, menahan tinjanya dari terus menguak lubang punggungnya untuk bebas keluar.. melihat alam yang terbentang luas ini.

'Releks bro releks. Aku cuma perlukan 3 nombor telefon je lagi. Aku dah mati kutu ngadap si Ain tu. Malam ni kita guna kaedah lain. Kehkehkeh', Man gelak jahat. Habis segala tasbih zikirnya sewaktu solat Isyak tadi.

Mereka menuju ke tasik seksyen 2. Gelap gelita, tapi siapa tahu di sebalik suasana begitu.. masih ada pasangan yang berdua2an memadu kasih, bercengkerama di bawah sinaran lampu minyak tanah. Hanif sudah dapat mengagak apakah rancangan Man seterusnya untuk mendapatkan lagi nombor telefon yang diminta oleh si Ain.

Nah! Dari jauh mereka memandang pasangan dua sejoli, lelaki pompuan yang tengah asyik bergurau senda, main2 suap capati. Adeh ni pasangan bajet ke hape ni, ada ke capati? Erk!! Man rasa macam mengadap adengan cerita tamil plak. Ni kalau dibiarkan lama2, mau ada scene guling2 ni kang.

'Ehem2. Assalamualaikum'

Kedua orang pasangan tersebut terkedu melihatkan 3 orang lelaki muda berkopiah berdiri di belakang mereka. Dua orang daripada mereka nampak normal berbaju melayu, berkain pelikat.. tetapi yang sorang lagi nampak macam tengah kemut2 pegang pinggang, terhuyung hayang sambil geget 8 jari tangan. Kaki kepit tak hengat.. ke yang sorang ni tengah berlatih sukaneka kepit belon celah kelengkang?

'Boleh bagi kad pengenalan? Apa yang kamu berdua buat malam2 kat sini, berada di tempat sunyi dan gelap sehingga boleh menimbulkan syak wasangka orang?', Man bersuara agak garau, sedikit serius

'Maaf encik, moto kami pancit. Jadi sementara tunggu kawan datang kami ke sini. Kami tak buat ape2.. kami.. kami.. makan je kat sini. Sumpah encik', jelas lelaki tersebut. Nampak sangat air mukanya seakan2 mahu menangis. Man dah tergelak2 dalam hati

'Ha kamu cik adik? Mana rumah kamu? Kamu tau apa yang kamu buat ni salah? Tak salah makan capati.. tapi cara kamu salah. Jangan cuba salahkan capati sebab capati yang kamu makan tu sememangnya tak bersalah. Bagi nombor telefon kamu', Man bersuara lagi, Hanif hanya memerhati dari tepi sambil menggeleng2 kepala sambil cakap 'Isk isk isk'.. itu je la tugas yang diberikan Man kepadanya. Rasa dah cukup berat watak yang dipegangnya tu. Nak harapkan Ainul.. eh, Ainul dah takde? Memerut la tu kat balik pokok.

Kelihatan gadis tersebut menangis sambil ditenangkan oleh teman lelakinya. Man menyuruh mereka berdua pulang setelah mendapatkan nombor telefon gadis berkenaan. Mereka dijanjikan Man, yang Man takkan ambil sebarang tindakan.. asalkan mereka boleh menyanyikan lagu Negaraku di hadapan mereka. Man dan Hanif menahan gelak apabila dua cencorot tersebut mengikut sahaja arahan mereka. Man akhirnya melepaskan mereka.. yang penting dia dah dapat apa yang dia mahu. Nombor telefon gadis tersebut.


**********


'Mana Ainul weh? Nak pegi makan pulak nih', Hanif mula merungut.. menampar2 nyamuk yang hinggap pada lengannya. Ada yang terlepas. Ada yang tersangkut, tak dapat keluar dari celah bulu tangannya.. mati dipukul Hanif. Dalam menunggu Ainul membuang hajat, Mata Man melihat seorang gadis.. tak jauh daripada mereka berlari2 dan terjun tasik. Hanif  tergamam, Man menjerit! Mereka lantas berlari mendapatkan wanita tersebut.

'Cik! Cik!', Man memanggil2 tapi yang kelihatan hanya air tasik yang berkocak2. Hanif tak sedap hati. Dia tak nak jadi saksi kejadian.. tak nak pegi balai polis buat report. Tak nak! Tak nak! Tak nak! Man pula hanya boleh menjerit2 sebab dia fobia dengan air. Adalah kisahnya..

Mereka menunggu tapi langsung tiada tanda2 orang lemas. Hairan jugak la kan. Suasana kembali sunyi sepi.. hanya kedengaran suara Ainul meneran2. Eyah.. uiikk.. plop2 semuanya ada. Bunyi2 yang dikeluarkan si Ainul tu, kalau dikumpulkan sekali, dah boleh buat kugiran.

'Abang berdua cari sapa?', Man menoleh sebaik sahaja terdengar suara menyapa mereka dari belakang. Kelihatan sesusuk tubuh tak sempurna. Tak sempurna di sini sebab wajah wanita tersebut kosong, hanya kelihatan mulut dengan baris gigi yang tak tersusun, menyeringai menghadap Man. Itulah wanita yang dicari2 mereka tadi.. alaa wanita yang terjun ke dalam tasik tadi tu!

'Omak kau takdo muko!! Erk!', Man terjelopok pengsan keras. Mengerekot tangan dan mukanya. Hanif dah menggigil2 dari tadi. Suaranya tak keluar langsung. Yang keluar hanya air kencing yang.. err deras macam air paip. Basah dah kain pelikatnya. Hanif nangis teresak2 memanggil2 maknya kat kampung. Sroot sroot bunyi hingus yang ditariknya dalam2. Takde masa nak kesat. Melihatkan Man dah pengsan.. atau buat2 pengsan dia sendiri tak tau, Hanif tak tunggu lama. Dipikulnya Man di belakang dan dia bersedia untuk lari lintang pukang. Tu kalau sempat sampai kedai makan dalam keadaan berkain pelikat, dah kira mujur. Kalau tak dari jauh boleh nampak dia berlari dengan boxer Spongebobnya tu.


**********


Ainul memerhati sekeliling, tiada lagi kedengaran suara Man dan Hanif malah kelibat mereka juga tiada.'Woi korang pegi mana? Jangan tinggalkan aku weh', Ainul istinjak ala kadar, plannya balik nanti basuh lagi. Dia mengomel sendirian kerana ditinggalkan. Kain pelikatnya cepat2 dililit kemas, sedikit tenang rasa perutnya.

'Nak balik dah abang?', suara yang sama menegur Ainul. Ainul menoleh.. dan2 kat situ gak dia terjelopok pengsan. Kemain berbuih mulut si Ainul, gamaknya nak menunjukkan betapa dia punya terkejut. Dah boleh bikin buih basuh pinggan. Pengsan plak betul2 sebelah tinja yang ditinggalkannya tadi. Pandai betul Ainul pilih port nak pengsan. Eww




(Bersambung)

25 comments:

  1. boxer spongebob tu wane kuning ke?

    ReplyDelete
  2. kahkah makan capati je? gila saving.
    eee ainul istinjak ala kadar. huarghh kotor! haha

    ReplyDelete
  3. mantoop je tempat ainul pengsan...kahkahkah!! takpe, senang sikit dia nak sedar..hahak

    ReplyDelete
  4. pendek sangat..x puas baca.. :)

    ReplyDelete
  5. hahaha boxer spongebob? haha mesti warne kuning kan :p

    hahaha pandainye pengsan sebelah ehem2 die..mmg port terbaek lah kan :)

    ReplyDelete
  6. Guling2 remy baca..... budget mkn capati..... kat tasik syeksen 2 tu....
    teringat zaman kat uitm dulu....ha3

    ReplyDelete
  7. hahahaha, kemain ber-capati tepi tasik. tebaik laa. sambung lagi tok ! :)

    ReplyDelete
  8. ahaha ...ada2 je ..

    bila watak aku sbg hero nk muncul ...ahak

    ReplyDelete
  9. wehhhh,sumpah klaka!!!!hahahahah
    penat aku gelak tau..paling siott time nyanyi negaraku...hahahhha...aduhhh=,='

    ReplyDelete
  10. semata mata nak dapatkan nombor tepon eh?

    ReplyDelete
  11. bleh plak pengsan sebelah mende alah dia tu..wekkk

    ReplyDelete
  12. kahkahkah...sakit perut eden baco...hehe..

    tok diet eh...hihi.. :)

    ReplyDelete
  13. hahaha ngek..makan capati je...bajet2..

    ReplyDelete
  14. part pengsan tu tak hengat2...

    ReplyDelete
  15. bila ko nak buat citer pasal aku ekkkkk :D

    ReplyDelete
  16. terkencing aku..
    tapi pendek sgt story ni

    ReplyDelete
  17. suka betul guna ayat pelik2 abg nie. hahaha.

    ReplyDelete
  18. hahahaa memacam lah tuk ketua ni.. sengal xhabes2~ :D

    ReplyDelete
  19. hahaha !~ Ainul bikin panas membuang merate.. :D

    ReplyDelete
  20. kali ni lebih best tapi pendek..ke rasa dh syok,sedar2 dh habis..hihih

    dan2 cover line peluk pak cik.kikiki
    nasib baik la unsur2 kelakar2..leh baca awal pagi ni..hihihi

    landing sebelah tuh??uewwkk..hihihi

    ReplyDelete
  21. ehehe sapa psgn bajet mkn capati yg kena nyanyi lagu negaraku tue...hihi

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com