Blog Sihatimerahjambu

Bisa Gugur Jantung Gue #6

11:23 AM

KLIK SINI untuk episod sebelum


Hari ni seperti yang dijanjikan Man akan menyerahkan 'esaimen' yang dibuatnya kepada Ain setelah tempoh seminggu diberikan. Ain rasa puas, rasa segala amarahnya terhadap Man terbalas juga hari ni. 'Ha.. berani ko nak main2kan aku ye? Baru ko tau sape aku sekarang!! Ini Ain la..', getus hati kecilnya. Langkahnya dipercepatkan, tak sabar untuk melihat reaksi si Man di kelas.

Setibanya Ain di kelas Man, dia melihat Man menatap luar tingkap.. melepaskan pandangan di kejauhan. Heh bajet tacing la tu. Ah pedulik hape dia. Kalau la tak kerana si Man mulakan, semua ni pasti takkan berlaku. Ain ingat lagi peristiwa yang berlaku ke atas dirinya di mana dia dimalukan semester lepas. Kejadian itu memang tak dapat dia lupakan sampai bila2. Bila terpandang wajah Man, tetiba nafsunya nak geget2 cuping telinga kecil Man semakin membuak2, tak kisahlah berdaki ke hape telinga si Man tu.. janji dia dapat lepas geram!! Grrr..


***********
Semester lepas punya cerita...

'Man, mana port kita hari ni? Aku dah ngantuk peringkat daerah dah ni. Satu hape yang Encik Sarip ajar dari tadi haram tak masuk', Ainul bersuara. Man menguap sedari tadi manakala si Hanif sibuk dok betulkan zip seluarnya yang lari landasan. Memang tak la mamat tu, dah macam takde tempat lain nak kejekan zip dia tu. Depan orang ramai plak. Dasar kulit muka tebal!

'Jomla lepak tandas je, nak abis waktu karang.. kita masuk la kelas balik', Man mengutarakan idea, Hanif dan Ainul mengangguk tanda setuju.. tak banyak soal. Sebelum si Hanif hilang kawalan, tak cukup tangan betulkan zip.. dia beralih tarik zip guna gigi, Man rasa ada lebih baik dia bawak bebudak tu lepak kat tempat yang lebih privasi.

Macam biasa, dorang akan pilih port terbaik untuk tido, ofkos la tandas duduk. Pilihan tak banyak, siapa cepat dia dapat. Siapa bernasib baik, dapatlah tandas yang tak cukup sifat dengan aksesori tambahan. Tu kalau cenggitu punya horror masih boleh tido siap dengkur, tak tau la nak digolongkan ke dalam spesis apa.

Sedang masing2 tengah amik feel untuk tido, mereka menangkap kehadiran seseorang masuk ke dalam tandas tersebut. Sunyi sepi.. Tu kalau bunyi kentut halus pun, rasanya leh jelas kedengaran segenap sudut. Tiba2 Man terdengar suara seseorang mengomel dan mengerang kecil. Hanif dan Ainul diam.. entah2 mangkuk dua ekor tu dah bantai tido gamaknya. Man menguak pintu jambannya sedikit. Dia sedikit terkejut melihat seorang awek dalam tandas lelaki.. sedang cabut bulu kaki guna selotape! Man tak tahan gelak, akhirnya kewujudannya di situ disedari awek tersebut. Mukanya merah padam tahan malu.

'Hahaha kak long cabut bulu kaki ke? Eh tak perlu bimbang, selain ada khidmat buang air dan menunaikan hajat.. kami kat sini ada menyediakan khidmat cabut bulu kaki, cabut bulu dada malah trim bulu hidung juga disediakan. Wakakaka!', Man bantai gelak tak hengat dunia. Muka awk tu mencuka. Baru Man teringat yang tandas lelaki itu sudah hilang kemana signboardnya.

'Adoyai kak long oi, muka boley tahan tapi tak menahan tang bulu kaki. Dah serupa macam mop lantai ni. Tu kalau panjang sangat leh aku tocangkan. Hahaha', Man tak puas. Dibahannya awek tersebut lagi. Bila melihat awek tu tersengih2.. Man rasa tak sedap hati.

'Oo mop lantai ye?? Nah ko punya mop lantai!' 

'Plepap!!', santek je mop lantai berbulu, sedikit lembab dengan bau hamis hancing melekat kat muka jambu Man. Dia sendiri tak sedar bila masa awek tersebut capai mop lantai yang datang entah dai mana tu. Man terjelopok ke lantai, tapi belum sempat dia bangun.. awek tersebut terus membuat side kick ke arah pintu jamban berhampirannya. Berlubang.. deh kerana hentakan tumit kasut tingginya dengan halaju anggaran 60km/jam.

'Ko berani bersuara lagi? Ko nak aku lubangkan kepala ko macamni??', nadanya semakin serius. Man pucat, kalau kena kat dari dia ni mau berlekuk.. leh buat tadah air hujan nih. Man menggeleng2, tiba2 skema semacam. Berdiri tegak sambil senang diri. Macam nak nyanyi lagu Negaraku pun ada. Awek tersebut sempat mengerling tajam padanya, menunjukkan isyarat penumbuk sebelum berlalu pergi. Man pula sedari tadi mengangguk2 kepala, sepatah haram suaranya tak kedengaran lagi. Dasyattt betul awek ni! Hanya Man sahaja yang tau apa yang berlaku sewaktu itu. Nak harapkan Ainul ngan Hanif? Ape pon tak boleh.. bantai dengkur lagi adalah. Puih!

Itulah sebabnya kenapa Ain bengang sangat ngan Man. Mulut mengalahkan pompuan. Nah sekarang baru dia tahu langit tinggi rendah. Tapi kadang2 rasa bersalah jugak bila dia perlakukan Man macamtu. Tapi dalam hatinya dia akui, Man tak seperti lelaki lain yang dikenalinya. Nampak je ganas, tapi jiwa dalam macam Ziana Zain!

***********

Ain menghampiri Man yang dilihatnya menyandarkan kepala di cermin tingkap. 'Man.. oo Man', lembut suaranya memanggil, tapi tiada reaksi daripada Man. Bila dia memerhati dengan lebih dekat, dilihatnya muka Man melekat di cermin tingkap dengan lidah terjelir keluar membasahi cermin. Sangkanya Man sedang termenung ke hape, rupa2nya dibantainya tido!

'Woi Man!!', jerkah Ain, Man terkejut terus berdiri sambil jerit 'Puan panggil saya??'. Beberapa orang pelajar yang memerhati tergelak2 sinis memerhatikan fiil Man. Man tersipu2 malu, mukanya kembali kelat tatkala melihat wajah si Ain terpampang jelas di hadapannya.

'Mana kerja yang aku suruh ko buat?? Dah siap ke?'

'Err ada2. Ni ha. Complete 10 nama dan nombor telefon', jelas Man, nampak sangat terkulat2 takut dengan si Ain.

'Macamana aku nak tau nombor2 telefon ni betul semuanya?', Ain was2 kalau si Man klepet dia. Bukan boleh percaya sangat dengan dia ni, banyak akalnya.

'Err kalau tak percaya, meh aku dailkan satu nombor. Ko boleh cakap ngan dia sendiri', ujar Man sungguh2 lalu mendail satu nombor dalam kertas tersebut. Telefon bertukar tangan.

'Helo sape ni?', Ain memulakan perbualan tatkala terdengar suara di hujung talian.

'Saya Balkis Qistina Umairah Sapiee. Sape ni? Awak sape?', suara sedikit garau berdehem membalas perbualan yang dimulakan Ain. Ain sedikit terkejut, bunyi macam suara lelaki ada.. macam suara maknyah pun boley.

'Awak jangan nak main2 ye. Titew tak shukew tau macamni koling2 titew. Mincik la macamni, terbantut titew nak sidai baju. Ilang nafsu! Kalau awak kacau2 titew lagi, titew bagitau abah titew. Abah titew RELA tau, jaga parking kenduri kawen!', Ain terkesima, berubah mukanya tatkala mendengar ayat gedik awek tersebut. Err tetiba meremang bulu tengkuknya. Lantas terus mematikan panggilan.

'Mana ko dapat awek2 ni? Kat blakang Jalan Tunku Abdul Rahman ke hape??', Ain mencuka. Nak dimarah pon tak boley, Man dah laksanakan tugasnya. Man pula tersengih2.. tak tau apa yaang sedang bermain2 difikirannya sekarang, tapi yang pasti bukan sesuatu yang normal. Mana taknya, nombor yang didailnya tadi adalah nombor Hanif, dan Hanif la yang menyamar sebagai pompuan tadi. Tak sangka betul yang Hanif memang ada gaya jadi maknyah! Aww

'Ok aku puas hati', lantas kertas berisi nombor telefon yang diberikan oleh Man tadi, di raciknya halus2 di hadapan Man. Man terkedu, perghh menanah hatinya. Apa yang dia buat selama ini.. hanya untuk dikoyakkan?? Lagi bertambah geram bila Ain buat2 muka comel depannya.. err rasa nak picit2 je muka awek sorang tu, tapi dia tak boleh buat ape mengenangkan pintu jamban yang berlubang.. kejadian itu masih jelas dalam ingatannya. Ai sabo je la, nasib ko comel Ain..


***********

'Arggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!', Man melepaskan tekanan di tandas.

'Bedebab!!', terdengar suatu bunyi jatuh dari dalam jamban yang tertutup. Erk! Man tak perasan ada orang lain di dalam tandas tersebut. Seketika kemudian keluar seorang lelaki dengan seluar separuh basah menghampiri Man.

'Ekau dongar ado orang menjerit tadi?', Man hanya menggeleng2 kepala

'Humang aih nasib den tak terperosok masuk dalam lubang jamban!! Apo gilo ko menjorit dalam tandas ngalahkan oghang buasir! Nak jorit2 bagai.. apo dio ingat ni bilik jamming ko?', lelaki tersebuet mengomel sendirian sambil berdiri bawah pengering, nak keringkan seluarnya yang basah. Dah ada gaya dah.. sebijik gaya macam Mr Bean!! Mata Man pandang atas sambil kedua tangan atas bahu.



(Bersambung)

You Might Also Like

20 comments

  1. kahkah jaga parking dekat kenduri. haha

    ReplyDelete
  2. HAHAHA. titeww mencikk2 ! bhahaha, terbaek la tok ~ putus urat kentot wa bace :D

    ReplyDelete
  3. kahkahkahkah..lawak antarebangse malaysia nih !!~ haru giler oden baco..hahaha..

    ReplyDelete
  4. macam biasa buat je afzal keringkan seluar basah guna pengering :P

    ReplyDelete
  5. afiq pun pernah gigit cuping telinga org.. ha3
    degil sgt

    ReplyDelete
  6. makin lama mkn menarik!!!!
    die cukup bulu kaki pakai apa zal ????

    ReplyDelete
  7. ahahahahahahahaha....mengalir air mate gwa bce mende alah ni...adoi ai~~~ sakit pwot gwa...

    ReplyDelete
  8. hahahahahaha

    jaja suka bila afzal buat watak utk hanif.hahahahah


    hahahahahahha

    ermmkomen lain..jaja rasa man kena main peranan lbh penting.lebih besarr..hahaha

    ReplyDelete
  9. adoii..suke beno dok dalam toilet apehal tu..hahaha

    ReplyDelete
  10. hahah malampau tuh gna gigi tarik zip.hahah..bulu macam mop?hahaha..kreatif sungguh!

    ReplyDelete
  11. kehkehkeh...den golak dr atas smpai bwh...hehe

    ReplyDelete
  12. kreatif giler....LIKE!!


    *habih den golak bosar baca semua ni... :D

    ReplyDelete
  13. ahaks...tak boleh blah gaya penyamaran hanif...terserlah kegedikan dia...ikikiki

    ReplyDelete
  14. cabut blu kaki x mnahan uh!kui3

    ReplyDelete
  15. Senak perut baca.. cepat sambung tok ketua

    ReplyDelete
  16. abah titew RELA jg parking kt umah org kenduri.. kakakakkaakka...

    ReplyDelete