Bisa Gugur Jantung Gue #7

11:50 PM

KLIK SINI untuk episod sebelum


Man susun buku atas meja, kemain punya banyak. Ni kalau bebudak lain tengok mesti kata dia ulat buku. Puih! Buku bebanyak atas mejanya tu buat wayang je, coverline terbaik sesi membuta. Sebagai benteng pertahanannya dari serangan marker lecturer2nya lagi2 Puan Mimi. Man kuat mengatakan Puan Mimi pernah mewakili Daerah Ulu Tembeling, Pahang dalam acara lontar peluru dalam poket seluar belakang. Punyalah baik disusun macam susun bongkah LEGO, keliling meja tak hengat. Kalau takung air kompom tak bocor punya la.

Hanif dan Ainul dah mesej awal2, tunggu kat kafeteria katanya. Kelas habis awal plak harini, Encik Zaki ada miting. Bagus kalau hari2 cenggini, baru la seronok. Baru nampak kacak walaupun dia tau muka Encik Zaki tu.. perghh nak cakap pun segan. Kalau cakap karang orang kata mengumpat. Diamkan je la sendiri mau ingat.

Ni la yang malasnya kalau nak menunggu naik lif. Bebudak yang ramai satu hal.. ditambah pulak ngan spesis jenis main picit2 butang lif. Rajin kemain. Tapi Man steady, bajet ayu-manja lebih2 lagi dikelilingi freshies yang muda2 belia di kelilingnya. Gaya mau ada. Rambutnya disisir kemas menggunakan sikat kutu. Itu je sikat yang paling relevan dia ada, nak rembat sikat Ainul malu. Sikat tak cukup sifat. Rasanya ada la beberapa batang je yang tinggal, yang lain rongak. Tu kalau dia guna.. serupa macam orang tak sikat rambut la jawabnya.

Man rasa dia sorang je lelaki kat situ. Sempat dia mengenyit2 mata ke arah beberapa pelajar perempuan yang lain. Ada yang tersenyum dan ada gak yang buat tak tau. Tang kena yang buat taktau tu.. Man terus2 buat gosok mata sambil berkata 'Adeh sakit plak mataku ni. Ni la akibatnya banyak membaca..almaklumlah kena dekan lagi sem ni. Aku kan pelajar harapan keluarga..' Punya kemain panjang ayat, tapi bila dilihatnya sekor2 pelajar langsung tak mengendahkannya. Man tacing.. kesat peluh atas bibir akibat susun ayat kemain panjang.

'Ohoooo oi', tetiba semua mata memandang antara satu sama lain.. Siapa pula yang terlolong tengahari buta ni?? Man ape lagi tersengih2 sakan dan dia masih tercari2 dari mana datangnya suara itu. Nak je dia gelak kaw2 kalau dia dapat tau sape punya suara tu. Macam itik!

'Kalau lah mata bertentang mataaaa.. hati di dalam bagai nak gilaaaa. Heeyyy', tetiba semua mata yang ada di sekelilingnya menuju tepat ke arahnya. Ada yang tersengih, ada yang buat muka malah ada yang menari2. Eh menari2??

'Perghh ringtone enset aku nih!! Haramjadah kompom keje si Hanif ni!!', Man menyinga.. teringatkan muka innocent Hanif yang mintak dibelai2 dengan kakinya.. pada masa yang sama dilihatnya mangkuk entah mana masih menari2 mengikut irama ringtonenya. Cecepat dia jawab panggilan, dan serta merta mangkuk tadi berhenti menari. 'Sewel!'

'Ada mana bro? Ko ada kelas yoga ke? Jangan nak lama2 sangat ni ada orang nak jumpa ko ni', ujar suara iras2 Ramlah Ram versi lelaki di hujung talian.

'Jap2 aku sampai dalam 5 minit lagi', Man terus mematikan telefon sebaik sahaja pintu lif dibuka. Dilihatnya mangkuk yang menari2 tadi memandangnya tajam. Man merenungnya tajam.. tak berkelip. Sukar digambarkan situasi tegang tersebut. Berkerut dahi mereka berdua tak mahu mengalah. Tiba2 mangkuk hayun tersebut bersuara, 'Bang.. lagu M Daud Kilau seround. Nak joget!' Perghh Man terus hantuk dahi kat dinding lif 8 kali.



********** 


'Haa nape? Apesal tetiba nak jumpa aku ni? Sape nak jumpa aku?', Man menyinga. Ainul menyedut2 air milo ais kepunyaannya, manakala Hanif cuma pegang straw tanpa air.. tunggu turn sedut milo ais kepunyaan Ainul.

'Tu hah', Ainul menjuih. Man menoleh. Dilihatnya Ain berada di kaunter pembayaran. Perghh tetiba darahnya terus naik mencanak ke atas kepala. Turun naik nafasnya tatkala teringat apa yang berlaku di kelas tadi. Berdebar2 rasa amarah di jiwa. Buku limanya digenggam erat. 'Kali ni apa nak jadi pun jadilah.. tak kiralah ko laki ke pompuan', marah benar bunyinya.. seperti dia marahkan jerawat di mukanya pagi tadi.

'Aku belikan nescafe ais ni. Ko suka kan?', Ain menyerahkan kepada Man, Man terus duduk dan menyedut air nescafe tersebut. Sroot.. Sroot bunyiknya. Argghh lega rasanya. Bagus budak si Ain ni. Hilang terus segala amarah yang membuak2 dek kerana secawan nescafe tadi. 'Eh Ain tau aku suka nescafe?', Man memandang Ainul dan Hanif yang sedang berebut2 menyedut2 air milo yang secawan tu.

'Man ko marahkan aku lagi ke? Sori la beb, aku nak pulang paku buah keras je kat ko. Sekarang 0 -0 ye. Selamat hari raya', Ain menghulur tangan. Man memuncung mulut, buat muka ala2 alas meja pun ada. Buruk haktuih rasa macam nak ikat je bibir dia ngan reben.

'Tanak! Tanak! Ye aku nampak je ganas, tapi hati di dalam macam kapas. Ko apa tau', Man mencebik lagi. Kali ni makin panjang juih bibirnya.

'Man sayang.. janganla macamni. Kita berdamai ye', Ain masih tak putus asa memujuk.

'Tiada maaf bagimu. Ye aku nampak je ganas, tapi hati di dalam macam kapas. Eh macam dah cakap je tadik. Ah bencik!', muncung bibirnya makin panjang.. hampir2 masuk ke dalam gelas Milo si Ainul tapi sempat diketis Hanif menggunakan straw.

'Woi aku cakap bebaik ni ko nak tacing2 plak ngan aku pehal?? Ko nak kena rejam ngan garfu ke hape??', suara Ain meninggi.. lebih tinggi dari ego si Man. Man terkedu, terus terselit ke penjuru meja. Terkulat2 mukanya ketakutan. Bajet nak tacing2.. nah sekali hamik ko sedas!

'Err ok2 la Ain. Ala aku baru nak manja2 ngan ko. Baru nak dibelai2 manja, almaklumlah aku kan lahir tahun kucing'

'Eh Man bukan ko lahir tahun babi ke?', Hanif mencelah. Sempat gak la buku Kejuruteraan Elektrik Man singgah menempek ke arah mukanya. Bahana masuk tak bagi salam.

Ainul yang sedari tadi meliar matanya memerhati sekeliling, dia menangkap sesusuk tubuh dengan raut wajah yang sangat awesome datang merapati mereka. Cantek sangat, sebijik macam dia kalau pakai skirt labuh, dalam bentuk perempuan dengan bulu idong yang telah di trim. Tak nak mengalah langsung!

'Man.. Man kan? Kenal saya lagi? Mel.. Amely. Moto awak rosak? HEP?', sapa awek tersebut manja bersama beberapa orang kawannya yang lain. Man menoleh terus terkedu keras sebaik memandang Amely, tak tercakap apa apa.

'Ni ke kawan2 yang awak maksudkan? Hanif? Ainul? Dan awak??'

'Ain.. Ainul Mardhiah', Ain menyambut salam Amely tanpa banyak bicara.

'Hanif.. awek ni sebut nama aku!! Adeh putus haid aku!!', Ainul tertunggeng pengsan, dah macam orang buat sujud sahwi tengah2 kafeteria tu.

Hanif sedari tadi dah terlangkup mukanya dengan kedua2 belah tangan. Berbaloi hidupnya selama 20 tahun ini kerana akhirnya ada jugak awek cantik rupawan yang tak buta warna dan tak juling mengenali dan memanggil namanya. Hanif berlari lemah longlai.. sambil menggigit bucu sapu tangan meninggalkan mereka menuju ke tandas. Bodoh piang!!

Man?? KO jugak tapi masih kontrol kacak dengan tangan menongkat dagu, mengeras sambil tersenyum memandang Amely. Amely tertawa, tak tahan melihat karenah mereka bertiga. Man nampak comel dengan gaya sebegitu, ye Man comel macam teletubbies. Amely rasa macam nak cubit je pipi montel Man tu tapi apakan daya..

Ain pula? Hanya sekadar menatap dalam2 raut wajah Amely. Memang tak dinafikan Amely sememangnya cantik dan punya pakej yang lengkap..serba serbi sempurna. Tetapi macamana Man boleh kenal umat secantik Amely? Ain tak tau entah kenapa hatinya terasa sakit.. Sangat sakit seolah2 diracik halus2. Demm!!




(Bersambung)

You Might Also Like

19 comments

  1. cam biase..klaka!hahha..
    teruskan2..aku setia menunggu episod seterusnya..xD

    ReplyDelete
  2. cam haremmm.hahahaha..sambung2

    ReplyDelete
  3. cik tikah ada kawan yang suka tekan tekan butang lif. geram oh!

    ReplyDelete
  4. ain mesti rase tercabar kan dgn kehadiran amely tue,,,

    ReplyDelete
  5. tok, cerita ni 18sg ke? ade unsur bhasa ni... sy bru 17 tahun.. huuhu...
    fobia den naik lif.. sbb lif pernah tersekat. nyaris x sampai seminit kat genting.

    ReplyDelete
  6. apa ke saving sgt hanif dengan ainul tu. gay ke hape? heee

    ReplyDelete
  7. potong stim ler pulak..... dah nak kena tunggu sambungan....

    ReplyDelete
  8. apakah ain menaruh hati pada man yg comey cam teletubbies itu?

    ReplyDelete
  9. aku suka spesis budak yg suka tekan tekan butang lif tu haha

    ReplyDelete
  10. smua part best n kelakar..rasa nk sekeh2 je netbook ni msa bca.hihihi

    wahh ain dh de unsur2 kejelesan nya..huhuhu

    ReplyDelete
  11. mereka pun lari apabila saya bertindak ganas terhadap mereka ~~~~

    #comel la hanif ngn ainul...kongsi mengkongsi...indhnye doniaaa

    ReplyDelete
  12. eeee,, knpae msti wtak pmpuan tuh.. hmm..

    ReplyDelete