Blog Sihatimerahjambu

Bisa Gugur Jantung Gue #2

6:25 PM

KLIK SINI untuk episod sebelum

Man termenung mengenang nasib. Awal hari ni dia ke kelas. Dia kena bersedia.. bersiap sedia atas beberapa faktor yang boleh buatkan dia gila. Ainul? Hanif? Melintang pukang atas katil. Dorang dah berazam dan bersumpah, selagi Cikgu Mimi handle subjek elektronik.. dorang mogok tanak masuk kelas. Ape ke bangang budak dua ekor ni. Tu la sebab 2 sem sangkut subjek yang sama gara2 sumpah setia makan kaki dorang tu! Puih puih!!

Puan Mimi? Perghh memang dasaaattt!! Bukak je mulut, gegak gempita kelas. Apa dia ingat ini kelas kanak2 khas cacat pendengaran ke hape? Man belum pernah kena, tapi setakat kena jeling ada la sekali dua. Baru kena jeling.. rasa dah nak tercabut mata hitam, tinggal mata putih je duduk ketakutan kat dalam. Tu pun sebab dia gelak si Ainul tersengguk2 tido dalam kelas, pensel dia tercocok lobang idong dia. Merah berair mata mamat tu tahan sakit, nak jerit kang kena jerit balik ngan Puan Mimi. Nak tak nak tahan azab je la. Man ada usha2 hidung si Ainul.. kot2 ada lobang tambahan untuk bantu si Ainul bernafas. Hahaha. Man rasa Puan Mimi sepatutnya dicampakkan ke sekolah kadet2 ke hape.. bukan kat sini!

Jam mula menunjukkan hampir pukul 8.30, kebanyakan pelajar sudah mengisi ruang kelas.. tapi masih sempat bergosip, gamaknya Twitter hang malam tadi kot? Giler! Man pulak kelihatan berpeluh2.. setakut2 Man pada Puan Mimi, dia lagi takut mengadap budak yang sorang ni. Rasa seperti vodoo dalam kehidupan mereka bertiga. Giler ahh basah ketiak jangan cakap la. Menitik2 macam atap zink bocor dah dek kerana cuak! Ni semua si Hanif punya pasal la.. sem lepas punya cerita..

'Man ajak la dia join kita, bagus dak ni kita jadikan askar.. siapkan esemen2 yang ada. Jinak pun jinak. Bernas tak kepala hotak aku ni. IQ 200 ni, kuat makan sugus!'

Man berkerut2 dilihatnya budak didepannya ni nampak boleh dimakan, almaklumlah budak baru kan?

'Ye la Man.. Lagipun ni la masanya kita nak perbesarkan kumpulan kita. Ko tak ingat visi, misi dan moto kumpulan kita ke? Biar Pakai Skirt, Janji Trim Bulu Kaki. Seiring dengan ganasnya moto kumpulan, aku dah dapatkan nama kumpulan yang ganas. Aku ada sebutkan kat Hanif.. perghh kencing sirap dia beb!! Menangis tido mintak teman. Apa kata kita namakan kumpulan kita ni.. Jin Tapak Taska', puas si Ainul menerangkan dengan terperinci siap berdiri satu kaki, sambil kedua tangan di atas gaya menerkam dengan buat2 muka seram.. cuba menambahkan keangkeran cerita dia..yang macam cerita Smurf!

'Mangkuk!! Adoi tak kisah la ko nak bagi nama apa pun. La ni ko budak, sebab kitorang tolong ko tolak moto ko yang takde minyak tu, sebagai ganti ko kena jadi askar kitorang amacam?', Man memancing tapi budak tu buat tak reti je. Demm

Hasil kerjasama dengan budak baru tersebut, berpandukan idea bangang si Hanif.. inilah hasilnya.

'Huh mana esemen yang aku suruh ko buat kelmarin?' suatu suara menyapa Man yang mengigil dari arah belakang.

'Opocot mak ko geget pelocok jamban!!', melatah Man namun sempat dia menutup mulut daripada didengar oleh rakan2 kelasnya yang lain.

'Err aku dah buat tapiiii... tak cukup lagi 3 err. Tak sempat', Man mengecut..segala2 yang ada pada badannya mengecut serta merta. Spender yang dipakainya turut terawang2.. berangin..

Mata budak tersebut menjegil, kolar baju Man direnggut pantas! Tadi air peluh, kini keluar pula air hingus pada hidung Man..bertakung canteekk tak melimpah atas bibir. Pandai Man mengawalnya.

'Aku bagi masa hari ni je. Completekan lagi nombor2 telefon awek yang ko tak dapat lagi. Ingat!! Tak complete.. Siap!!', amarannya kepada Man sambil membuat gaya torehan pada leher.

Kalau nak diikutkan maunya Man kitai je budak tersebut.. tapi dia kesian..

'Ko nak kitai aku???', jerkah budak tersebut. Man melatah lagi. Humangaih sampai cenggini sekali intitusi dia kat aku!! Tahap baca fikiran. Dia ni sama type ngan Hanif gamaknya, IQ 200.. kuat makan sugus?

Kalau lelaki takpe.. tapi budak tu pompuan! Ain namanya. Nama kemain sedap tapi perangai nauzubillah cam setan! Mata Man mengekori Ain sehingga hujung pintu sebab Ain budak kelas lain. Sebelum meninggalkan kelas, Ain sempat menoleh sambil menunjuk genggaman penumbuk kepada Man.

Alahai Man terjelopok fengsan!




(Bersambung)

You Might Also Like

31 comments

  1. lawak tang melatah tu..terbarai gigi pelesu ni...

    ReplyDelete
  2. pandai man kawal hingus?? ewwww haha

    ReplyDelete
  3. bhahahahaha...klaka gile...sambung cepat!! hari ni jugak! *gaya si ain mintak esemen...* ngahahahaha

    ReplyDelete
  4. baca fikiran kawal hingus!! hahaha..terbaik...sambung lagi zal...

    ReplyDelete
  5. sakit perut akak nak habiskan citer ni...rasa tak nak dah baca sambungannya nanti..takut terkancing pulak hahaa

    ReplyDelete
  6. hahahaha.... eh wait, sugus my fevret tau ms umur 12 tahun ke bawah;)

    ReplyDelete
  7. cikgu mimi tu sape? hihihi :)

    ReplyDelete
  8. lorrr seganaz2 man takut kat ain kerr hihi...sabau jer la... (~_~)

    ReplyDelete
  9. bebudak yg suka mkn gula2 cam sugus nih mmg aktif terlampau.....patot lah..

    ReplyDelete
  10. amboi tok ketua.. putus urat kentut taw nurul baca ni.. kahkahkah

    ReplyDelete
  11. aku selalu mkn kismis je..pasni mkn sugus plak la ;-)

    ReplyDelete
  12. sugus ? kahkah... siap mintak cmpletekan no2 aweks lagi.. haihh xD

    ReplyDelete
  13. Sungguh sengal! Jup aku nk try kawal hingus aku Jup hahaha

    ReplyDelete
  14. geng tapak taska? biar pakai skirt janji trim bulu kaki? hingus bertakung atas bibir.. hahahha..aduiyai. bahasa buat pecah perut je membacanya. kahkahkah...

    ReplyDelete
  15. hahahaha..lawak tol citer eykau yer..sian man diperlakukan begitu..hanif pulak, jahatnyer lah..nantikan sambungan name afzalsukasuki lak..hukhukhuk.. :P

    ReplyDelete
  16. kehkehkeh.. spender berawangan ?erkk =="

    ReplyDelete
  17. kikiki
    moto visi misi sungguh tak boleh blah..hihihi

    menunggu sambungan...

    ReplyDelete
  18. wah terel gile man kontrol hingus die dr jatuh :) haha

    ReplyDelete
  19. melatah tak blh tahan..panjang ha...hikhikhik

    ReplyDelete
  20. Pasnie sume kena makan sugus sampai luruh gigi. hehe

    ReplyDelete
  21. teror ler man..... ade skil....

    ReplyDelete
  22. jeles apzal ada mood tlis cta best...bla mood tu nk ada kt aku??muahahaha...

    ReplyDelete