'> Prologue : Bisa Gugur Jantung Gue | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, March 2, 2012

Prologue : Bisa Gugur Jantung Gue

'Hai adik manis.. sorang je ke?', sape jejaka separa belang wajahnya, ni tak lain tak bukan kes berjemur tengah panas la ni main bola jaring. Namun sapaannya langsung tak diendahkan cewek manis tersebut. Bajet retis!

'Ala takkan sombong kot. Jom abang berdua blanje main snooker'

'Klepap!!', tangan mamat yang sorang lagi menyinggah kat kepala lelaki tersebut. Dari gerak hidung, muncung yang menjuih2 dan mata berkelip2 dia akhirnya faham yang duit mereka cukup2 untuk tambang naik bas.

'Err..meh la dik kita jalan2 tengok papan kenyataan', sambil memegang tangan cewek tersebut dengan erat.

'Eh ape ni?? Lepaskan la tangan aku! Aku tak suka la', cewek tu meronta2 namun langsung tak dipedulikan kedua lelaki berkanaan.

'Hey kamu kamu yang di sana!!', tiba2 muncul seorang jejaka yang entah datang dari mana, dengan seluar senteng nampak bulu kaki, mulutnya yang tengah kunyah straw dan tangan menongkat dagu atas kepala lutut. Macam S Romainor muda2 dulu. Tatkala itu kedengaran pula lagu tamil, ringtone jejaka tersebut seolah2 sengaja dijadikan lagu latar belakang dalam aksi gaduh dushum dushum cerita tamil.

Tiba2 si jejaka mula menyusun kuda2.. err tak nampak macam kuda2 silat, tapi lebih kepada kuda2 laut. Bersepah gerakan.. macam gaya orang nak pungut daun kering pun ada. Hantam sajalah janji bergaya, jambul rambutnya langsung tak bergerak walaupun kuat ditiup angin. Penat bikin dari pagi. Dua mamat tadi buat muka, nak tak nak dorang kena beredar dari situ. Bertindak mengikut arahan la katakan.

'Woi jangan lari woi. Aku takleh kejar.. seliper aku putus!!', jejaka tersebut menjerit tapi disebabkan tangan lembut cewek tadi mendakapnya, terus halus bunyi suara yang keluar dari kerongkongnya. 'Amboi lembutnya tangan.. ni pasti pengguna produk Johnson & Johnson nih', jejaka tersebut tersengih2 memandang cewek ayu dihadapannya tersipu2 malu. Aww

'Mekasih la abang tolong saya, kalau tak..tak tau la camne saya tadi'

'Takpe semol de pises. Abang kan PBSM haruslah saling bantu membantu. Nak CPR? Abang leh buatkan. Jangan risau abang tak makan pape yang berbau sejak pagi tadi, gigi pun bersih lagi', kembang kempis idong jejaka tersebut.. rasa dah sedap sangat la dia mengayat cewek itu.

'Hmm macamana saya nak balas budi baik abang ni? Jom saya belanja makan'

'Sekarang? Sekarang tak boleh sebab abang nak kena fotostat kertas soalan. Almaklumlah ketua kelas yang berwibawa lagi berdedikasi. Kang lecturer marah abang plak. Apakata Cik..err'

'Mira.. Mira Edora Syed Suffian'

'Ha Cik Mira bagi contact no, bila saya tak fotostat kertas soalan.. saya roger cik Mira ye. Leh la makan mekdi ke kepsi ke. Almaklumla saya ni jakun nak pegi tempat2 cenggitu. Bukan takde duit..err duit not besar, kaunter kata takde duit tukar. Hehe'

Mira tersenyum, gelihati melihat karenah jejaka tersebut. Muka boleh tahan, tapi ting tong jugak. Mereka bertukar nombor. Mira akhirnya berlalu meninggalkan jejaka tersebut dengan menaiki bas mini nombor 64. Tersengih2 jejaka tersebut melayan perasaan. Kalau hari2 macamni..berjujuk nombor telefon awek dalam henfon dia gamaknya.

'Woi Man amacam? Ai layan feeling sensorang.. bahagian kitorang amacam? Jangan ko buat2 ilang ingatan plak. Penat aku berlatih malam tadi, ni si Zarol siap nangis2 bagai.. dia ingat ada part nangis2 tadi', Hanif dan Zarol menyapa dari belakang, dua mangkuk hayun yang kemain menyakat cewek bernama Mira tadi.. alkisahnya askar2 si Man

'Relek2 aku dah dapat nombor cewek tadi, bagusla betul lakonan korang.. ni kalau masuk rancangan Bintang Kecil ni, mau leh pegi jauh korang ni. Jom seperti yang dijanjikan aku banje korang makan ABC Special seksyen 2', Man berpuas hati.. umpannya mengena. Ai.. ni semua si Ain punya pasal la.. Tak pasal2 dia kena buat keje haram nih. Mincik!

'Kitorang memang bagus, tapi ko yang berlakon macam hero tamil apehal? Nasib la kitorang ngaku ko kawan lagi. Kot2 ko terjelopok tepi jalan tadi..memang kompom2 malu orang nak tolong dengan gaya tak semenggah ko ni! Siap ringtone tamil lagi wakakakaka!! ', berdekah2 mereka tertawa.

(Bersambung)

48 comments:

  1. Wah...bagus..bagus..cpt sket sambung :)

    ReplyDelete
  2. hahahahahah. sambung sambung. <- angkat sepanduk

    ReplyDelete
  3. lagi tiok lagi.. gelak sensorang tak puas agi ni..keke

    ReplyDelete
  4. Apa nama ringtone lagu Tamil tu?

    ReplyDelete
  5. pastikan kesinambungan dipost secepatnya ye.

    ReplyDelete
  6. haha kemain extream pendahuluan dia.

    ReplyDelete
  7. tang sengal mesti ada..hik3...cepat sambung citerr ni...

    ReplyDelete
  8. Pelakon tsmbahan je aku,,,tak pe, lepas ni aku nak jadi watak utama plak. hehehehe

    ReplyDelete
  9. aku nak no tepon mira tu bleh ??

    ReplyDelete
  10. bestnyeee cite niii...clap clap clap untuk afzal..syabas bete....

    ReplyDelete
  11. haha nak dengar lagu ringtone tamil tue :)) smbung cecepat ye :)

    ReplyDelete
  12. best best......
    tak sabar nak tunggu sambungan.....

    ReplyDelete
  13. best best......
    tak sabar nak tunggu sambungan.....

    ReplyDelete
  14. cepat sambung!!
    akak tengah rajin nak membaca nih.>:p

    ReplyDelete
  15. cian miera edora kena tipu

    har2

    ReplyDelete
  16. cian miera edora kena tipu

    har2

    ReplyDelete
  17. first time layan cerita kat on9..& menarik sgt..

    leh lak planning rupanya..

    ReplyDelete
  18. best ^_^"


    next~


    *novel sengal best jugak...

    ReplyDelete
  19. wakakka...tok..ingat e-novel cintan cintun versi serius upa2nya tok buat versi lawak...gud job tok...xder ka tensen bila baca sbb asik gelak guling2 jer... (~_~)

    ReplyDelete
  20. sambung..cpt2 sambung :P
    tak sbar nk tnggu :)


    *sah2 si man tu terpngaruh ngn flem hndustan tiap2 hari sbtu...huhu

    ReplyDelete
  21. depa lah buaya tembaga.. haha.

    ReplyDelete
  22. haha... ayat takleh blah... kreatif punye

    ReplyDelete
  23. next page..eh bersambung pulak..saya tunguuuu ^_^

    ReplyDelete
  24. btw nak tny psl geng blogger sengal tu..kau ketua kampung kan?hah..tu group kat pesbuk ape nama nya?nak join jgk..tp search xjmpe plk group tu..leh pass kat aku tak?korang ke yg nk buat gathering 17hb ni??

    ReplyDelete
  25. wah, tak sabar aku nak tunggu sambungan nya...taktik tu memang harem...

    ReplyDelete
  26. wah...ada kesambungan pulak..cepat tok sambung....

    ReplyDelete
  27. wah...ada kesambungan pulak..cepat tok sambung....

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Fuh!!! ada bakat sebagai penulis novel...

    ReplyDelete
  31. jahatnya man! tiga samdol yg jahat. sape hero?

    ReplyDelete
  32. hahaha nama heroin best :p kita suka ayat semol de pises. kahkah. cepat smbunggg

    ReplyDelete
  33. Dah gugur ke blom jantung tu? If belum biar aku gugurkan hahahah

    ReplyDelete
  34. tuan tanah, boleh try masukkan cerita sukasuki ni dalam portal http://ilham.karangkraf.com/. untung2 boleh dibukukan. hik hik :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com