Lagu Raya Punya Penangan

8:00 PM

Assalam,

Awal pose haritu aku balik Kajang. Mak abah aku ajak pegi bandar nak jenjalan katanya. Aku macam biasalah kalau balik Kajang je mesti jadi supir. Balik je jadi supir. Aku teringin gak nak jadik biskut cap ping pong.

"Jalan jejauh ni kang haus plak orang tua ni, mintak nak berbuka plak", kata hatiku manja.. semanja suara iklan buah kurma Yusuf Taiyoob.

"Jenjalan je tau. Jangan mintak2 lain baru 2 hari pose ni", abah mula bersuara tapi suaranya lagi manja dari suara hati aku tadi. Manja serupa suara Fauziah Gous.

Masuk je ke dalam pasaraya aku tengok dah penuh ngan booth2 baju raya, tapi yang tak menahannya time tu dah start berkumandang lagu raya. Baru 2 hari puasa la Jemah ko dah nak raya? Ko pose awal ke hape? Lagu Airmata Syawal nyanyian Dato' Siti Nurhaliza pulak tu. Kemain syahdu weh lagu feberet aku ni tapi aku masih dapat mengawal emosi, tidak terikut2 perasaan aku untuk menari2 kat situ.

Abah aku plak turut menitiskan air mata duduk bersimpuh kat tepi eskelator. Sedih lagu raya dah satu hal, ditambah plak adik2 aku buat muka unta sarkis mintak baju raya. Perghh aku cakap memang berhantu la lagu raya. Dia kasi tambah mood orang nak berbelanja weh!


Jadi aku syorkan kalau korang kua jenjalan anak beranak, pastikan lagu yang dimainkan tu bukan lagu raya. Lagu tiga kupang ke.. lagu sekolah ke supaya takde la anak beranak ko obses nak bershopping. Seyes!! *muka aku dah terkemut2 nak tunjukkan betapa seyesnya aku






P/s : Lagu raya pon memainkan peranan gak dalam menentukan hala tuju duit dalam poket
        ko hilang ke mana

You Might Also Like

19 comments

  1. hahahaha.. aku nak ko pamerkan muka seyes tu dalam projek video kita nanti..hehehe

    ReplyDelete
  2. zaman skrang memang macamtu. puasa xlagi sebok duk pasang lagu raya.
    #emosi-emosi.#

    ReplyDelete
  3. mmg tak suka pi shopping.. conpom tak suka

    ReplyDelete
  4. Belum beli baju raya lagi...hehe

    ReplyDelete
  5. adeh..baju raya blum beli lg..huhuk..

    ReplyDelete
  6. psiko sungguh bila dengar lagu raya

    ReplyDelete
  7. sogo sesak kot. pening kepala eden!

    ReplyDelete
  8. gji bulan ni la utk raya ..adesss

    ReplyDelete
  9. nak bg brg laku, kena la bg customer obses sket nak beli...

    ReplyDelete
  10. hehe, smangat nak raye psang lagu raye..

    ReplyDelete
  11. terlampau excited nak raya camtu le,pasang lagu raya awal-awal,haha.

    ReplyDelete
  12. kat radio pun dah main lagu raya..DJ gelak sakan macam hantu raya, pastu mainkan lagu raya..sesuai le tu!

    eh, emo pulak aku¬

    ReplyDelete
  13. akak paling suka kalau tengah shopping dengar lagu raya...lebih bersemangat nak pilih baju raya tu..hahaha

    ReplyDelete
  14. tak menahan bila part abah kau bersimpuh di tepi eskelator... teriba aku teringat melukut di tepi kentang.. ehhh

    ReplyDelete
  15. memang la smgt nk shopping~! lagu raya tu ada aura.. bhahaha sbb tu la shopping b4 raya. dapat sekat sawan shopping skit. =P

    ReplyDelete
  16. setuju zal.....
    lagu tu macam menarik2 jer duit keluar...... lagi sedih...lagi lebih....

    ReplyDelete