'> Apakah Usaha Kita Kawan? | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, November 22, 2012

Apakah Usaha Kita Kawan?


Salam kawan2.

Kita kerapkali mendengar mengenai penindasan Israel terhadap bumi Palestin, bukan baru2 ini sahaja tetapi lebih setengah abad yang lalu. Saudara kita di sana saban hari bermati matian menyabung nyawa, hilang mata pencarian, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal malah lebih menyayat hati anak2 kecil yang belum puas menatap dunia turut menjadi korban. Yang kedengaran hanya ratapan si ibu mengiringi letusan beratus2 bom yang tiada hala tuju.

Sampai bila kita hanya bergantung kepada negara2 luar yang saban hari hanya bermesyuarat tanpa ada sebarang kata putus?Kecaman demi kecaman tapi Israel tetap kebal seolah2 kemungkaran dan kerosakan yang dilakukan mereka direstui? Adakah kita masih menunggu 'keajaiban' sambil berpeluk tubuh dan menggeleng2kan kepala

Di sini nak aku kongsikan kisah nabi Allah Ibrahim yang dibakar agar dapat kita berfikir sejenak dan jadikan iktibar. Sewaktu nabi Allah Ibrahim dibakar dalam bara api yang marak, datang seekor burung kecil membawa air dalam paruhnya untuk memadamkan api tersebut. Tindakannya disedari burung2 lain yang hanya melihat dan mentertawakannya. Ada seekor burung yang besar memperlekehkan burung kecil tersebut lalu bertanya 'Adakah air dari paruhmu yang kecil itu mampu memadam api yang besar?'

Balas burung kecil 'Ingatlah, Allah takkan tanya di akhirat nanti adakah air yang kubawa ini mampu memadamkan api.. tapi yang ditanya nanti apakah usaha aku untuk memadamkan api tersebut'

Jadi di sini aku menyeru rakan2 agar dapat menyumbangkan sesuatu untuk bumi berdarah Palestin. Walaupun kita tak tahu bagaimana kesudahannya, tapi aggaplah kita sudah menunaikan tanggungjawab kita.



Di sini aku ucapkan tahniah kepada rakan2 dan admin2 Geng Blogger Sengal dan Group Apakah kerana menggerakkan tabung derma kilat untuk saudara kita di Gaza. Mungkin pada mata kasar dunia tindakan kecil kita ini merupakan sesuatu yang takkan mengubah apa2.. tapi yakinilah yang Allah lebih mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang.

Wallahu'alam

11 comments:

  1. terbaik bro..aku copy entry ni tempek kat blog aku esok

    ReplyDelete
  2. kita umpama burung.. tolonglah apa yg termampu :)

    ReplyDelete
  3. kita bantu yg semampu..........
    InsyaAllah....

    ReplyDelete
  4. walaweiiiiiiiiiiiiiiiii rindu sm laki hot ni phuiiiiiiiiiii hahahaha

    ReplyDelete
  5. Sama-sama kita sebarkan..insyaAllah

    ReplyDelete
  6. sama2 kita membantu saudara kita di Palestin tu... :)

    ReplyDelete
  7. mari afzal sama2 kita membantu mereka disana.. :) Alhamdulillah gencatan senjata telah dipersetujui.

    ReplyDelete
  8. sy x mampu dari segi kewangan..hanya mampu berdoa berterusan supaya Allah selamatkan saudara kita di sana

    ReplyDelete
  9. sama2 kita bantu walau dari segi apa pun.duit doa dan boikot..

    ReplyDelete
  10. sama2 kite ringankn bebanan mereka yukk bantu :)

    singgah zal :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com