Ai Lewat Plak Bulan Ni?

12:48 PM


As salam,

Empat hari lewat dah ni. Ai tunggang terbalik dah aku, bukan risau tapi mintak2 la dari 4 hari terus bertambah tambah harinya. Mak aku plak kemain dapat mimpi ada orang bagi kain kat dia, adik aku plak mimpi wife aku dah berisi. Perghh tak senang duduk aku. Aku punya mimpi? Ntah la gelap je aku nengok. Ke aku mimpi duduk dalam lubang idong?

Aku tatau la kalau apa yang aku perasan ni simptom2 awal dia. Aku nengok wife aku makin kuat makan plak. Nak kata dia ada 'membela'..aku tak pernah tau plak. Ni dia mintak nak makan kat Wong Solo plak. Alahai makan lagi?? Pastu kuat plak tidonya. Mak aku saspek dia dah berisi tapi aku tak nak berharap.. sebab aku musykil dia taknak muntah2 haha. Abah aku lagi sedap, ada dia adiahkan kitorang baju tido! Kahkahkah aku ingat dia beli untuk mak aku.. baru aku bajet nak tambah adik lagi hahaha.

Ada atau tak tu aku lepas tangan sebab itu bukan urusan aku, urusan Allah tu. Kalau ada, ada la.. kalau takde takpe. Belum rezeki namanya. Rata2 kawan opis aku berisi lepas 6 hingga 12 bulan. Seronok sebenarnya kalau kita tau yang wife kita dah berisi.. kalau korang tak percaya kawen la cecepat :)


Hari ni dah hari ke 4, aku plak tak putus2 berharap agar hari tersebut terus meningkat sebagaimana tak putus2 aku berdoa agar kami dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah di setiap penghujung solat aku.Harap Allah makbulkan salah satu daripadanya :)

Kalau la betul ada, seyes aku tak tau nak cakap apa dah. Alhamdulillah je la :D


P/s : Nak kembar boleh tak?


You Might Also Like

24 comments

  1. insya allah... keep on pray. moga2 ada rezeki u nanti

    ReplyDelete
  2. ada la tu kot..symptom2 dah nampak tu....moga cepat dapat twin..hehehe

    ReplyDelete
  3. semoga mimpi2 tu jadik kenyataan =D

    wahhh, bestnya ada baby sendiri, haha :P

    ReplyDelete
  4. tahniah in advance bro! moga2 ada rezeki tu abam afzal..doa banyak2 yer :) suruh wife jaga diri baik2.. jangan lasak2..

    ReplyDelete
  5. sabar zal...jangan terlalu mengharap....buat biasa dulu....kalau rezeki tak kemana....fuh!semangat zal nak jadi bapak ni!tak sabar sangat tu

    ReplyDelete
  6. insyaAllah. berdoa dan berusaha :D


    nak kawen..nak kawen. haha teruja baca entry ni.

    ReplyDelete
  7. insyaAllah.... murah rezeki tu......
    kita tunggu dua tiga hari lagi........

    ReplyDelete
  8. Weeeeeee dah ada feeling ayah2 ey? Aku doakan rezeki kau murah. Takpe2 takyah tunggu aku. Kau go je dulu. If rezeki kau sampai dulu pun, aku tumpang happy untuk korang. Selamat menjadi ayah kembar! Ceh, bajet betul kembar :P

    ReplyDelete
  9. assalaamualaikum. tumpang promote ga domain for all participants kat sini k,, do join :D

    mujadafewa.blogspot.com/2012/12/giveaway-free-domain-for-all.html

    ReplyDelete
  10. adaler tue.....cuba suruh adinda tue g cek tgk......silap2 mmg confirm kembar.......

    ReplyDelete
  11. amboi eksited ye. inshaAllah ade rezeki tu..

    ReplyDelete
  12. Orang tua-tua kata ni bunting pelamin..hehehhe
    Saya doakan ada baby....

    ReplyDelete
  13. Amin.... mudah2an yer. Takder simptom tu biasa, lagi bagus sebenarnya. Apa pun, all the best ok.

    ReplyDelete
  14. InsyaAllah..moga ada rezeki untuk apjal dan wife..aminnn

    ReplyDelete
  15. Hahaha.. lawak je aku cuba bayangkan mimpi ko dlm lubang hidung.

    Biasanya 'kedatangan' dia memang konsisten ke tak? Kalo setiap bulan konsisten, akak rasa... ehem..ehem..in sya Allah ada peluang ni. Akak pun nak kembar jgk. Sebab takyah beranak banyak kali. terus dpt 2. Tapi Allah lebih mengetahui. Tak kembar plak anak dlm kandungan ni.

    Masa awal2 mmg la tak muntah2 lagi. Dah nak masuk 2 bulan baru muntah2.

    ReplyDelete
  16. apapun tahniah la afzal.. semoga doa afzal dimakbulkan Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  17. bertuah lah badan.. Semoga diberkati Allah selalu

    ReplyDelete