Nenek Yang Klako

12:21 PM



As salam,

Seminggu aku hilang kompom korang sangat merindui aku kan? Jangan cuba menidakkannya.. dari mata bling2, air liur meleleh dan ukurlilit lobang idong korng ternyata yang korang miss me sooo muchhh kahkahkah haram jadah. Aku pegi bercuti ke Terengganu Darul Takzim je haritu.

Aku nak citer ape ni?Berpusu2 idea datang mencurah2.. dah tahap desperate aku ni nak nekan keyboard. Masa kat Terengganu bagi kurangkan tahap ke-despretan aku tu..jejari aku umpil dinding hidung. Walaupun ternyata banyak hasil tapi tak mampu menampung kerinduan aku menaip entry.

Ok kita citer ringan2 la dulu la. 1st story dari Terengganu. Biasala kan kalau dah ke sana, mesti nak kena shopping kain. Ni geng2 Mak Jemah punya keje la, aku tak pasti la kenapa dorang tak shopping kat KL ke.. Nilai ke. Aku rasa sama je harganya kot. Mahal lagi pon ada.

Aku pegi kat stesen bas lama, kat situ nak cari tudung. Tapi wife aku nak cari kain. Kat pintu masuk tu aku tengok kain humangaih tahap 2-3 ratusan. Aku tau! Aku tau! Ni mesti kain kalis peluru ni. Kain ni kalau lapar.. kita boleh makan! Tapi aku bagitau wife aku yang kitorang nak cari kain baju kurung. So pegi la ke tempat lain plak.

Kitorang singgah satu kedai ni, jumpa nenek yang muka kudus gila. Ai sejuk uri tembuni aku tengok nenek ni. Tapi kedai dia jual tudung, kitorang pon tanyala kot2 ada kedai kain lain kat tempat tu. Nenek tu jawab dengan skema pemarkahannya

'Kat sini takdo oghe jua kaing selain mocik. Mocik soghe jo yang jual kat sini. Kalau ada pong sumo dah tutup' Ujar nenek tu sambil memperagakan kain2 pasang di kedainya.. adala 5-6 pasang yang design dia kena la ngan taste nenek aku.. kot??

Aku sengeh je la kat nenek tu. Aku pandang wife aku..dia gelak2 je. Baru aku jumpa kedai kain tadi. Klako plak nenek ni, kalau diketengahkan bakat dia ada harapan masuk maharaja lawak. Kalau gagal pon leh undi masuk balik :P



P/s : Aku tak reti cakap Ganu sebab tu aku kecek Klate :)

You Might Also Like

15 comments

  1. Selamat nenek gua tak mecem ni! akakakak

    ReplyDelete
  2. paragraph pertama..ok la betul..aku tertunggu2 update dr ko..rupanya cari kain..

    tp klimaks entri ni mana?

    hahahaahahahaaaa....

    aku tertanya2 ko beli ke x kain dgn nenek kelako tu?

    ReplyDelete
  3. ko ni Norasiah Nasir nama tajuk pon Nenek Yang Klako, lain la kalau aku letak tajuk Kain Nenek Yang Klako. Baru bulih aku citer pasal kain :P

    ReplyDelete
  4. Yang mana yg kelako tu? Sebab dia ckp ganu ke? Atau sebab kedai lain tutup? Ce cite.

    ReplyDelete
  5. alamak kak LydSunshine den pon tatau part mana yang klako sebab den tongah tengok Upin ngan Ipin time buek entry ni tadik

    ReplyDelete
  6. motif? hahah. mokcik try nak buat lawak

    ReplyDelete
  7. bab terengganu darul takzim tu, aku x tau la ko wat2 slh taip ke atau ko mmg salah taip. keh3... terengganu darul iman kot bang.

    ReplyDelete
  8. Nasib baik nenek tu tak kater nanang mung. So dapat tak beli kainnya? Cerah2 nenek tu plawok mu.

    ReplyDelete
  9. Selamat datang ke negeri kawe. Pasni datang la lagi. Kerepok lekor banyok. Haha.

    ReplyDelete
  10. baik punya markening nenek tu...... mesti tok tergoda dgn kata2nya....

    ReplyDelete
  11. hehee..camne g ganu kecek klate hahaaa..adoiii ^_^

    ReplyDelete
  12. hahaha..nak sgt jumpe nenek ni :)

    ReplyDelete
  13. sejak bila pulak tganu darul takzim

    adeh

    ke sebenanya apzal nak mai beraya thaipusam umah jaja kt johor

    hehe

    hye papa to be, sehak ke ;p

    ReplyDelete